Tuesday, May 29, 2012

Sumber Peradaban Islam -

4.1 KITAB AL-QURAN AL-KARIM

Apakah al-Quran? Untuk mengenali al-Quran, marilah kita lihat ciri-cirinya, asal-usul dan perbandingan dengan kitab-kitab samawi yang lain.

4.1.1 Wahyu daripada Tuhan

Kitab suci al-Quran al-Karim merupakan kitab suci samawi (langit) terakhir bagi umat manusia, selepas turunnya kitab Taurat, Zabur dan Injil. Kitab suci samawi ini diturunkan kepada penyudah segala rasul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran yang disampaikan ini dikenah sebagai Islam, Melalui kitab ini, wahyu daripada Allah s.w.t. diturunkan dan disampaikan kepada umat Islam dengan matlamat untuk menjadi garis panduan dan membentuk umat manusia dengan suatu cara kehidupan yang diredai oleh Pencipta Semesta Alam, RabbuJalil. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesungguhnya al-Quran jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin. yang mengerjakan amalan baik bahawa mereka disediakan pembalasan yang baik (Surah Al-Israa: Ayat 9).

Berbanding dengan kitab-kitab suci samawi lain, al-Quran menyatakan dengan terang dan jelas bahawa ia merupakan wahyu dan terlalu banyak ayatnya yang menerangkan bahawa ia datang dari Allah s.w.t. Antara ayat-ayat suci yang menerangkan maksud tersebut ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunnkan oleh Tuhan semesta alam (Surah Asy Syu'araa': Ayat 192); Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu semua bukti kebenaran dari Tuhan kamu (Muhammad dengan mukji'zatnya)dan telah Kami tumnkan kepada kamu cahaya yang terang benderang al-Quran) (Surah An-Nisaa': Ayat 174); Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) inipada malam Lailatul- Qadar (Surah Al-Qadr: Ayat \};Dan sesungguhnya kamu benar-benardiberi al-Quran dari sisi A llah •yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui (Surah Al-NamI: Ayat 6); dan Yang tidak datang kepadanya (al-Quran) kebatilan, baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji (Surah Fussilat: Ayat 42). Ayat-ayat suci ini memben perkhabaran yang sama iaitu al- Quran merupakan kalam daripada Allah s.w.t., Pencipta Alam Semesta.

Namun begitu, terdapat beberapa sarjana Barat (orientalisme) yang menolak dan sebaliknya, mengemukakan tuduhan bahawa al-Quran itu merupakan ciptaan manusia, bukan kitab suci samawi. Tuduhan ini sehingga masa kini, masih tersebar dengan matlamat untuk menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada umat Islam. Seorang orientalis Barat, H.A.R. Gibb mengemukakan pendapat bahawa Muhammad ingin menguasai kepimpman Makkah. Oleh kerana agama memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi Makkah, maka Muhammad cuba untuk mempergunakan pengaruh agama atau revolusi bercorak agama untuk tujuan tersebut dengan mencipta sebuah agama yang dmamakan Islam. Beliau beranggapan isi kandungan al- Quran sebenarnya telah dibawa oleh agama Nasrani dan Yahudi. Maka berdasarkan ini, al-Quran merupakan ciptaan manusia, iaitu Muhammad dengan agama ciptaannya, Islam. Pendapat ini disokong oleh seorang orientalis Barat lain, iaitu D. B. Mac Donald yang menuduh bahawa al-Quran merupakan ciptaan Muhammad dan bukannya daripada Tuhan.

Untuk menghadapi dan menolak tuduhan-tuduhan tersebut, tidaklah diperlukan kepada kajian mendalam. Sebaliknya, berdasarkan fakta-fakta persejarahan dapat memperjelas kebenaran ini. Tuduhan-tuduhan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, tuduhan bahawa Muhammad inginkan kepimpinan Makkah melalui agama; kedua, tuduhan bahawa al-Quran mendapat ilham dari kitab-kitab suci terdahulu; dan ketiga, tuduhan bahawa al- Quran itu ciptaan Muhammad, bukannya Tuhan.

Mengenai tuduhan pertama, yang menyatakan bahawa Muhammad inginkan kepimpinan Makkah melalui agama ternyata sangat bertentangan dengan fakta sejarah. Berdasarkan sejarah, Rasulullah s.a.w. tidak pernah melahirkan hasrat, keinginan dan sikap yang menjurus ke arah perancangan itu sebaliknya sejak kanak-kanak lagi, baginda menggembala kambing dan semasa mudanya

menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Sekiranya baginda Rasulullah s.a.w. mempunyai hasrat, keingman dan sikap sedemikan, sudah tentu suatu perancangan telah diatur, paling tidak bersama ahli keluarga dan para sahabat-sahabat yang terdekat. Keadaan tersebut diperjelas melalui suatu peristiwa, iaitu tawaran orang Quraisy Makkah kepada Rasulullah s.a.w. supaya meninggalkan dakwahnya mengenai Islam dan sebagai ganjaran, baginda akan dianugerahi apa sahaja yang dikehendaki sama ada pangkat yang lebih tinggi dan harta kekayaan yang paling banyak. Sekiranya, Rasulullah s.a.w. ingin mencapai matlamat sebagaimana tuduhan tersebut, sudah tentu ia akan diterima kerana ini merupakan jalan mudah dan pintas untuk mendapatkan kekuasaan kepimpinan Makkah. Sebaliknya, dengan tegas Rasulullah s.a.w. menolak tawaran ini melalui bapa saudaranya yang menjadi wakil orang Quraisy dengan sabdanya; yang bermaksud: Kalaulah orang-orang Quraisy menawarkan matahari dan bulan sekalipun supaya dengan itu aku meninggalkan dakivah ini, nescaya tidak aku meninggalnya, kecuali setelah aku berjaya atau aku mati. Jawapan Rasulullah s.a.w. yang jelas dan tegas ini menunjukkan dakwah yang dilaksanakan bukan untuk mendapat kepentingan dunia, sama ada pangkat, kekayaan dan sebagainya tetapi adalah untuk melaksanakan tanggungjawab yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bahkan, baginda setelah menerima wahyu pertama ketika mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira', merasa sangat cemas, ketakutan dan balik berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah. Berikutan peristiwa ini, Siti Khadijah terus berjumpa dengan Waraqah b. Nawfal, sepupunya untuk mengetahui dengan jelas rahsia di sebalik peristiwa yang berlaku terhadap suaminya. Waraqah b. Nawfal merupakan seorang pendeta yang mempunyai maklumat dan mengetahui tentang kitab-kitab suci samawi terdahulu. Beliau menjelaskan kepada Siti Khadijah dan baginda bahawa itulah malaikatJibnl yang pernah menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya. Waraqah b. Nawfal berjanji akan membenkan pertolongan bersungguh-sungguh jika beliau masih hidup kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w.'' Peristiwa tersebut di luar dugaan Nabi Muhammad s.a.w. yang menunjukkan baginda tiada maklumat atau mengetahui tentang itu.

Tuduhan kedua, ialah al-Quran mendapat ilham dari kitab-kitab suci samawi yang terdahulu dalam penulisan isi kandungannya. Ini merupakan satu tuduhan liar dan dapat dipertikaikan kerana ia ternyata di luar dari kebenaran fakta sejarah. Sejarah membuktikan dengan jelas bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah menuntut dengan mana-mana tokoh pemikir atau pendeta pada masa itu, malah baginda juga tidak mempelajari atau mendengar isu-isu yang terkandung dalam kitab orang Nasrani dan Yahudi. Mengenai Waraqah b. Nawfal, baginda hanya dipertemukan melalui Siti Khadijah di peringkat pertama menerima wahyu, dan pendeta ini berjanji akan membantu baginda sekiranya dipanjangkan usia. Waraqah b. Nawfal tidak berkesempatan untuk melaksanakan janjinya kerana ditakdirkan menmggal dunia. Di samping itu, baginda sendiri

tidak boleh membaca untuk mendapatkan bahan maklumat melalui tulisan. Dari segi pergerakan, baginda Rasulullah s.a.w. tidak merahsiakan atau bukan merupakan suatu rahsia. Antaranya perjalanan baginda dua kali ke Syam iaitu semasa kanak-kanak dan keduanya remaja, tetapi atas urusan perniagaan.

Dari segi kandungan pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., sememangnya wujud persamaan dengan kitab-kitab suci samawi yang lebih dahulu pada sesetengah bahagian. Ini kerana kitab al-Quran merupakan kesinambungan dari kitab-kitab terdahulu yang berasal dan sumber yang sama, iaitu wahyu dari Allah s.w.t. dan melalui perantaraan malaikat Jibril. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dia telah mensyarakkan hagi kamu tentangagama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nahi Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang Kami telah wasiatkan kepada Nahi Ihrahim, Nahi Musa, Nahi Isa ... (Surah Asy Syu'araa': Ayat 13). Berdasarkan firman Allah s.w.t., maka nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu diutuskan melalui Suhufdun kitab- kitab samawi dari sumber yang sama dan ini membuktikan wujudnya beberapa persamaan dalam syariat masing-masing. Kitab suci al-Quran merupakan rangkuman danpada seluruh wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. secara lengkap, dan dengan turunnya kitab suci ini, maka termansuhlah kitab-kitab suci samawi sebelum ini.

Tuduhan ketiga ialah mereka menyatakan al-Quran merupakan ciptaan manusia iaitu Muhammad, dan ini merupakan tuduhan yang sengaja direka- reka dengan matlamat untuk menimbulkan syak, keraguan dan ketidak yakinan terhadap Islam terutama kalangan umat Islam. Tuduhan-tuduhan tidak berasas ini dapat diketepikan, sekiranya kita meneliti kepada beberapa bukti mengenainya. Pertama, hakikatnya Rasulullah s.a.w. tiada mempunyai idea atau maklumat atau rancangan untuk menyampaikan kandungan dan al-Quran. Mengapakah dapat dikatakan sedemikian? Ini kerana berdasarkan fakta sejarahnya dan menurut al-Quran sendiri, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menuntut ilmu atau mendengar dari mana-mana mengenai idea-idea kandungan atau kitab- kitab terdahulu; baginda sendiri tidak boleh membaca dan menulis; dan tiada orang di sebaliknya yang memberitahu mengenai semua ini. Berdasarkan fakta sejarah juga, sewaktu terputusnya wahyu seketika, Rasulullah s.a.w. merasa begitu risau dan dukacita sehingga akhirnya turunlah Surah Adh Dhuhaa. Kedua, dengan merujuk kepada latar belakang Rasulullah s.a.w. dan keadaan masyarakat jahiliah di Makkah ketika itu, mungkinkah baginda atau mungkin orang lain berkemampuan untuk mencipta sebuah kitab seperti yang ada sekarang ini? Hakikatnya, berdasarkan latar belakang dan keadaan ini, Rasulullah s.a.w. tidak mungkin dapat mencipta kitab suci al-Quran al-Karim kerana ia merupakan sebuah kitab yang lengkap, sesuai dengan fitrah manusia dan seimbang antara semua bahagian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya (Surah An-Nisaa':

Ayat 82). Ketiga, al-Quran merupakan kitab suci samawi yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi, sama ada dari sudut akidah dan syariat, akhlak dan moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan keintelektualan, kekemajuanan, rahsia alam dan semesta, dan sebagainya; sesuai sepanjang masa dan ruang; dan lengkap (syumul). Sesuai dengan tahap pemikiran manusia dan kekemajuanan dari sudut kajian dan penemuan rahsia alam sangat rendah di zaman Rasulullah s.a.w., maka rahsia-rahsia (mukjizat) tersebut hanya dapat ditemui oleh manusia sebahagian besarnya semasa pencapaian kekemajuanan Islam yang tinggi dan pada kurun ke-20. Kajian-kajian dan penemuan-penemuan ini, sama ada dilakukan oleh pengkaji Islam atau bukan Islam selaras dengan kandungan al- Quran, dalam semua bidang kehidupan kekemajuanan manusia termasuk ilmu sains dan teknologi. Dan keempat, fakta sejarah membuktikan bagaimana Allah s.w.t., menerusi al-Quran sejak awalnya telah mencabar sesiapa sahaja untuk mengemukakan walau sebans ayat seperti al-Quran, sekiranya mereka meraguinya dan sekiranya benar kitab ini dicipta oleh Muhammad. Ternyata, tiada tokoh semasa ketika itu sama ada ahli pemikir, pendeta atau penyair- penyair yang terkenal masyarakat jahiliah yang boleh menghasilkannya walaupun pada bahagian yang kecil sahaja.

Menerusi kajian dan penelitian, terdapat sarjana-sarjana Islam kontemporari yang memperkatakan mengenai al-Quran sebagai sumber wahyu dan Allah s.w.t. dan merupakan sebuah mukjizat. Antaranya ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi yang menjelaskan bahawa al-Quran adalah Kalam Allah yang tulen, tidak dicampur dengan pemikiran dan hawa nafsu manusia yang penuh dengan unsur-unsur penyelewengan, dan seratus peratus dari Allah s.w.t. Wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. yang kemudian menerima, menjaga dan menyampaikan kandungan ajarannya kepada umat manusia melalui perantaraan malaikat, Jibril. Manakala Abd al-Qadir 'Audah pula menjelaskan bahawa syariat Islam sebagaimana terkandung dalam al-Quran bukanlah ciptaan manusia, dan bukan juga sebagai kesan daripada perkembangan manusia, sebagaimana yang berlaku ke atas perundangan ciptaan manusia. Syariat merupakan ciptaan Pencipta Alam Semesta ini yang bermatlamat untuk menyusun masyarakat supaya menjadi contoh dan baik dalam semua aspek kekemajuanan manusia.

Berdasarkan bukti-bukti dan hujah-hujah ini, termasuk dari fakta-fakta sejarah dan kandungan al-Quran itu sendin, dapat disimpulkan bahawa al-Quran itu merupakan suatu mukjizat dan tidak mungkin dicipta oleh manusia, khasnya Rasulullah s.a.w. Pengakuan Allah s.w.t., menerusi firman-firmannya dalam al- Quran membenkan pengukuhan kepada pemikiran manusia bahawa ia adalah wahyu dari Allah s.w.t.

4.1.2 Sifat Asli dan Kekal Sepanjang Zaman

Berdasarkan hakikat al-Quran itu merupakan mukjizat maka keistimewaan Kalam Allah ini antaranya ialah masih asli atau tulen iaitu tiada perubahan pada

ayat-ayatnya, sama ada semasa mula-mula diwahyukan, zaman kegemilangan kemajuan Islam, sehingga masa kini, dan akan terus terpelihara di masa depan.

Mengapakah al-Quran dapat dipelihara, dikekalkan dan terjamin keaslian atau ketulenan bersesuaian dengan semua masa dan ruang (tempat)? Ini dilihat melalui dua faktor terpenting iaitu pertama, al-Quran dituliskan sejak mula- mula diwahyukan; dan kedua, al-Quran dihafal sejak mula-mula diwahyukan oleh kalangan para sahabat, generasi seterusnya dan sehingga masa kini.

Berdasarkan fakta sejarah, ayat-ayat al-Quran dituliskan pada peringkat permulaan, iaitu selepas sahaja ia diturunkan. Di peringkat permulaan ini, al- Quran tidak ditulis di atas kertas, sebaliknya di atas bahan-bahan yang digunakan ketika itu untuk mencatatkan segala maklumat. Bahan-bahan yang digunakan antaranya ialah kulit binatang terutama kulit kambing, pelepah-pelepah pokok tamar, batu-batu yang licin dan sebagainya, manakala kertas belum diperkenalkan ketika itu. Selepas kemajuan Islam berinteraksi dengan kemajuan Cina, barulah teknologi membuat kertas diperkenalkan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda mempunyai beberapa orang penulis wahyu terutama dari kalangan para sahabat, selain beberapa sahabat yang menulis tanpa disuruh olehnya. Menurut Sheikh Muhammad Alt Ash Shabuni, apabila turunnya mana-mana ayat al-Quran, Rasulullah s.a.w. akan menyuruh mereka (penults wahyu) menulisnya dengan suatu catatan yang jelas. Penults wahyu yang utama pada masa Rasulullah s.a.w. ialah Zatd b. Thabit, Ubai b. Kaab. Muaz b. Jabal. Muawiyah b. Abi Sufian, dan khalifah-khalifah yang empat (Khulafa' al-Rasyidin). Manakala dalam sebuah hadis, Anas b. Malik memberitahu bahawa al-Quran dikumpul pada masa Rasulullah s.a.w. oleh empat orang yang kesemuanya dari golongan Ansar, iaitu Ubai b. Kaab, Muaz b. Jabal, Zaid b. Thabit dan Abu Zaid.

Dengan menggunakan penulisan (catatan dan rekod) terus pada ayat- ayat al-Quran ini sejak dari peringkat permulaan, maka tidak mungkin ia berubah dan terseleweng daripada yang apa yang telah diwahyukan di peringkat awal atau aslinya.

Selain dari al-Quran itu direkod melalui tulisan, ia juga dihafal oleh para sahabat sejak diwahyukan, generasi seterusnya dan sehingga masa kini. Menurut al-Qattan, mana-mana ayat al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. akan terus dihafal oleh sesetengah para sahabat, dan orang Arab sememangnya terkenal sebagai golongan yang kuat ingatan (hafal). Rasulullah sendiri pernah berpesan supaya mengambil al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah ibn Mas'ud, Salim, Muaz b. Jabal dan Ubai b. Kaab. Namun begitu, penghafal al- Quran ketika itu bilangannya lebih ramai daripada empat tokoh yang disebutkan dalam hadis tersebut, cuma mereka kurang diketahui umum sebagai penghafal al-Quran. Ini dibuktikan menerusi sesetengah riwayat, yang menyebutkan dalam peristiwa pembunuhan Bi'r Ma'unah seramai 70 orang penghafal al-Quran terbunuh. Bi'r Ma'unah ialah nama suatu tempat di luar Kota Madinah. Di situ

berlaku pembunuhan mubaligh Islam yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk berdakwah. Manakala dalam peperangan al-Yammamah seramai 70 orang penghafal al-Quran turut syahid.

Berdasarkan kepada al-Quran itu dituliskan sejak diwahyukan dan al- Quran ku dihafal sejak diwahyukan maka keaslian al-Quran itu tetap terpelihara sehingga bila-bila masa. Ini selaras dengan janji Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kam ilah yang memelihara dan menjaganya (Surah Al Hijr: Ayat 9).

4.1.3 Kitab Mukjizat

Berdasarkan perbincangan di atas, al-Quran merupakan kitab mukjizat yang diturunkan (wahyu) dari Allah s.w.t., terpelihara dan berbeza berbanding dengan kitab-kitab suci lain. Selain menerangkan suatu model kehidupan manusia berkemajuan, al-Quran juga memaparkan beberapa pengetahuan asas tentang rahsia tabiat semula jadi yang ada pada alam ini, memperkuatkan lagi bahawa kitab ini tidak syak lagi datangnya daripada Pencipta Yang Maha Agung atas sifat-Nya yang mengetahui seluruh perkara, sama ada yang tersembunyi atau terbuka. Pemikiran manusia pada ketika al-Quran diturunkan tidak mungkin mengetahui ilmu dan maklumat dalam bidang tersebut. Manusia tidak dapat menyahut cabaran dari Allah s.w.t., sekiranya mereka merasa syak al-Quran itu merupakan ciptaan manusia. Selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Makajika kamu tidak dapat membuat (menyahut cabaran)danpasti kamu tidak dapat membuatnya,... (Surah Al-Baqarah: Ayat 24). Allah s.w.t. mengetahui kelemahan manusia untuk menyahut cabaran ini dan membenkan penngatan. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Peliharalah din kamu dari api neraka yang bahan bakamya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orangkafir (Surah Al-Baqarah: Ayat 24).

Dalam konteks ini, mukjizat al-Quran dapat dilihat dalam beberapa aspek penting, secara umumnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, mukjizat pada bahasa; kedua, muk}izat yang menyentuh rahsia tabiat semula jadi alam; dan ketiga, mukjizat dalam perundangan.

Al-Quran Sebagai Mukjizat Pada Bahasa: Sukar bagi mereka yang tidak mendalami bahasa Arab terutamanya orang bukan Arab untuk melihat mukjizat al-Quran dan aspek bahasa. Ketinggian dan keindahan bahasa tidak akan difahami dan dinikmati oleh orang yang bukan pakar di dalam bidangnya. Untuk itu, perbincangan tentang mukjizat dalam bahasa tidak perlu dipanjangkan.

Semasa keputeraan Rasulullah s.a.w., menurut beberapa pendapat sejarawan, masyarakat ketika itu telah mencapai satu tahap yang tinggi dalam bidang kesusasteraan khususnya mengenai syair dan ia merupakan sesuatu yang istimewa bagi masyarakat Jahiliah. Menurut Ahmad Shalabi, penyair-penyair mendapat tempat dan kedudukan yang tinggi di kalangan masyarakat Arab

jahiliah, malah setinggi-tinggi tempat di hati mereka. Apabila lahir penyair yang baik di kalangan sesuatu kabilah, maka datanglah rombongan dari kabilah-kabilah lain untuk mengucapkan tahniah. Manakala menurut Muhammad Subaih, sekiranya melihat pemikiran orang Arab jahiliah dari sudut kesusasteraan, la jelas menunjukkan bahawa mereka telah sampai ke satu peringkat pemikiran yang matang, melintasi perbatasan Badwi (masyarakat luar bandar) dan telah sampai ke peringkat kekemajuanan yang tinggi. Inilah pendapat mereka mengenai pencapaian masyarakat Arab jahiliah dalam bidang kesusasteraan. Hakikatnya, dalam bidang kesusasteraan, karya-karya jahiliah sama ada berbentuk ghazal (sajak cinta), ritha (sajak ratapan), madh (sajak pujian) atau haja' (sajak sindir-cerca) hanyalah bertujuan untuk berhibur dan berseronok. Sajak-sajak yang dihasilkan oleh penyair-penyair ini banyak mengandungi kata- kata kurang sopan termasuklah mengenai wanita, arak dan judi, dan kelahiran karya-karya seperti ini sebenarnya dicorakkan atau berlatarkan dan berlandaskan kepada latar belakang penyair dan masyarakatnya yang hidup dalam zaman jahiliah, terutama dari segi pegangan akidah dan akhlak.

Walaupun wujud pendapat, pencapaian begitu tinggi masyarakat Arab jahiliah dalam bidang kesusasteraan, namun sekiranya dibandingkan dengan apa yang dibawa oleh al-Quran ternyata terlampau berbeza dan tidak terbanding. Melalui penggunaan bahasa yang sama, dengan huruf yang sama dan kaedah yang sama, al-Quran dibentuk dan disampaikan dalam keadaan yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia, sama ada masa itu atau sampai bila-bila masa pun. Keindahan dari segi bahasa, susunan ayat-ayat, gaya persembahan, ketepatan kaedah dan kekuatan hujah menampakkan mutu al-Quran terlalu tinggi berbanding dengan bahasa biasa yang ditulis, walaupun oleh pakar-pakar bahasa Arab.

Dapat disimpulkan, bahawa kelemahan manusia termasuklah pakar- pakar bahasa Arab sama ada di zaman jahiliah, terkemudian dan sehingga masa kini untuk meniru dan mencipta dan sudut bahasa merupakan suatu mukjizat al-Quran yang menunjukkan la bukan hasil ciptaan manusia, tetapi wahyu dan Allah s.w.t. yang tidak terbanding.

Al-Quran Sebagai Mukjizat yang Menyentuh Rahsia Tabiat Semula jadi Alam; Pada zaman Rasulullah s.a.w., boleh dikatakan masih belum terdapat kajian-kajian mengenai rahsia tabiat semula jadi alam atau disebut kajian sains tabii dan sains astronomi. Maklumat mengenai rahsia tabiat semula jadi alam mengenai proses kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, air dan udara, angkasa lepas dan kandungannya, dan sebagainya belum diketahui dengan baik oleh manusia pada ketika itu. Dalam konteks ini, al-Quran memerintahkan manusia supaya mengkaji rahsia semula jadi alam dengan matlamat hakiki iaitu untuk menernui kebenaran.

Dalam al-Quran, terlalu banyak ayat yang memerintahkan manusia supaya meneliti dan mengkaji apa yang ada pada din mereka dan sekelilingnya

(alam semujadi). Antaranya menurut firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan juga pada din kamu sendiri, Mengapa kamu tidak mahu melihatserta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (Surah Adz-Dzaariyaat: Ayat 51) dan menurut firman Allah s.w.t. lagi, yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad), perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dan segala kejadian yang menajakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya),.. (Surah Yunus: Ayat 10). Berpandukan ayat-ayat al-Quran ini, menerusi penelitian, manusia akan dapat mengetahui rahsia pada diri mereka dan alam semulajadi dalam mencan kebenaran, dan mengakui keagungan Pencipta Alam Semesta, Allah s.w.t.

Melalui penelitian dan pengkajian ini, ayat-ayat al-Quran memberikan panduan untuk cuba menyingkap pintu rahsia semula jadi alam. Menjelang kurun ke-19 dan ke-20, penemuan-penemuan ahli sains terhadap segala macam rahsia alam semula jadi adalah selaras dengan maklumat asas yang diberikan oleh al-Quran, yang memerlukan pemikiran tentang asal usul al-Quran. Antara contoh-contoh rahsia semula jadi alam (ilmu sains) yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran ialah langit dan bumi asalnya adalah satu (Surah Al Anbiyaa': Ayat 30); semua cakerawala bergerak terapung-apung (Surah Yaa Siin: Ayat 40); bumi dalam keadaan bergerak (Surah An Nami: Ayat 88); atom benda paling kecil (Surah Yunus: Ayat 61); pokok menghasilkan bahan bakar atau api (Surah Yaa Siin: Ayat 80); semakin tinggi semakin sukar bernafas (Surah Al An'aam: Ayat 125); semua makhluk berpasangan (Surah Adz-Dzaariyaat: Ayat 49); langit yangterkawal (Surah Al Anbiyaa': Ayat 32); proses kejadian manusia (Surah Al Mu'minuun); peringkat-peringkat kehidupan manusia (Surah Ar Ruum: Ayat 54); al-Quran dan fitrah hidup manusia (Surah Ali'lmran: Ayat 14); dan sebagamya.

Oleh sebab pada masa turunnya al-Quran, manusia belum mengetahui tentang maklumat-maklumat berhubung dengan ilmu sains, maka ia menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quran bukan dicipta oleh manusia.

Mukjizat dalam Perundangan: Islam mengandungi ajaran yang mementingkan susunan kehidupan manusia yang berkemajuan supaya tidak sahaja mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia (duniawi) semata-mata tetapi juga akhirat (ukhrawi), danjambatan ke akhirat ialah kehidupan di dunia. Untuk menyusun kehidupan manusia, Islam datang membawa peraturan dan perundangan dan ini telah diperakui oleh umat Islam menerusi Kalimah Syahadah. Peraturan dan perundangan Islam yang dibawa oleh al-Quran merupakan suatu yang lengkap (syumul) mengandungi perkara-perkara berhubung dengan akidah dan akhlak, ibadat-ibadat khusus, politik dan pentadbiran, perekonomian, sosial dan kebudayaan, kemasyarakatan dan kekeluargaan, dan cabang-cabang kehidupan lain.

Islam tidak melihat keperluan perundangan semata-mata untuk menyusun kehidupan yang sejahtera, dan ia perlu disertakan terlebih dahulu dengan akidah termasuk keyakinan dan kesedaran. Akidah Islam adalah asas

kepada pembinaan hukum syarak dan sesuatu pembinaan hukum syarak tidak akan sempurna sekiranya tidak dilandaskan atas asas yang kukuh. Maka itu Islam mementingkan pendidikan, untuk kekuatan akidah di peringkat keluarga atau masyarakat."

Dalam konteks mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, Islam telah menetapkan suatu bentuk undang-undang jenayah yang mantap termasuk bentuk-bentuk hukuman dan bersifat adil. Hukuman dijatuhkan setelah meneliti aspek-aspek tertentu dan bukan berbentuk menghukum atau mendera, tetapi sebagai satu pengajaran dan pemulihan. Untuk mencapai kehidupan sejahtera, manusia hendaklah mengamalkan lima perkara asas dan jika melanggarnya, akan menerima hukuman sesuai dengan hukum syarak. Pertama, agama iaitu kawalan terhadap agama supaya tidak rosak; kedua, diri iaitu kawalan terhadap diri supaya tidak binasa; ketiga, harta iaitu kawalan terhadap harta supaya terjamin dan tidak tergugat pemilikannya; keempat, akal iaitu kawalan terhadap akal supaya tidak rosak; dan kelima, keturunan iaitu kawalan terhadap keturunan supaya dapat dipertanggungjawabkan.

Antara sebab mengapa berlakunya kemerosotan dalam kemajuan manusia masa kini, termasuk orang Islam ialah kerana tidak mementingkan nilai-nilai keagamaan atau kerohanian, dan mementingkan keduniaan semata-mata atau berfaham sekular. Dalam konteks ini, al-Quran telah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat dan kemajuan Islam, termasuk kemajuan dunia. Segala peraturan dan perundangan sesuai terhadap manusia pada semua masa dan semua ruang kehidupan. Maka itu, masyarakat terdahulu iaitu di zaman kegemilangan kemajuan Islam mereka membentuk umat Islam yang berkemajuan tinggi dan natijahnya dapat dirasai sehingga masa kini.

4.1.4 Keistimewaan Al-Quran

Mementingkan Kesejahteraan Hidup: Menurut firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, henlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka (Surah Al-Baqarah: Ayat 201). Berdasarkan firman Allah s.w.t., manusia sememangnya disuruh berbuat demikian iaitu memohon permintaan untuk kesejahteraan hidup, di dunia dan di akhirat. Untuk melahirkan dan menikmati kehidupan yang baik dan sejahtera sebagaimana yang dipohon, dua kepentingan perlu dipenuhi iaitu kepentingan tubuh badan (fizikal) dan kepentingan kerohanian (spiritual), kerana kejadian manusia berdasarkan bahagian-bahagian ini.

Kepentingan atau keperluan tubuh badan hendaklah sentiasa dijaga dan dikawal dari segi keperluan memakan makanan yang baik, menjaga kebersihan dan kesihatan, tidak mendedahkan diri kepada kerosakan dan kebinasaan dan lain-lam aspek negatif. Kepentingan atau keperluan kerohanian hendaklah dengan kawalan melalui kefahaman yang betui, penjagaan akal fikiran, peribadatan dan pemujaan, keyakinan dan kesedaran dan lain-lain aspek positif.

Dalam konteks ini, Islam begitu mementingkan kesejahteraan umat, dengan kerosakan terhadap seseorang individu atau keluarganya atau masyarakatnya akan menjejaskan kesejahteraan umat. Dalam keadaan ini, Islam menekankan peri pentingnya mematuhi peraturan dan perundangan yang dibahagikan kepada suruhan dan larangan. Antara suruhan dalam ibadat ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji yang wajib dilaksanakan tetapi berdasarkan syarat-syarat tertentu yang telah digariskan dalam Islam. Ibadat sembahyang untuk mengelakkan keburukan dan kemungkaran, supaya faham dan sabar ketika genting, mengajak kepada kebaikan, dan berdisiplin dalam kehidupan. Puasa untuk mencegah sikap tamak dan keras hati, penyakit dan buruk akhlak. Zakat untuk membersihkan hati, tamak haloba, pertolongan dan persamaan perasaan. Haji untuk menyucikan hati, membiasakan dengan perjalanan dan kesukaran hidup, berkenal-kenalan, mengeratkan hubungan persaudaraan, pertolongan berdasarkan kebaikan dan melawan keburukan.

Di peringkat sejagat, jaminan kesejahteraan dapat dilihat dalam beberapa peraturan yang telah ditentukan oleh al-Quran yang menyentuh umat Islam khususnya dan seluruh manusia umumnya. Antara nilai-nilai peraturan ini ialah berbuat baik antara satu sama lain; memaafkan; bersederhana dalam semua aspek; bertanggungjawab; tidak menuduh, mencaci, menghina dan bermusuhan; hidup bersaudara; bertolong-tolongan; bekerja dan beramal; benar; mematuhi janji; amanah; cekal; sabar; dan berlumba-lumba ke arah membuat kebaikan dan kebajikan.

Berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang digariskan dalam Islam, ianya bermatlamat untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia. Kesejahteraan ini tidak hanya meliputi terhadap umat Islam semata-mata tetapi kepada kesejahteraan di peringkat sejagat atau seluruh manusia.

Melayan Tabiat Semulajadi Manusia: Dalam konteks ini, al-Quran melayan segala keingman dan kebencian semulajadi manusia, iaitu menyuruh manusia berbuat baik dan melarang atau menegah manusia berbuat buruk. Misalannya, al-Quran menyuruh manusia berbuat demikian iaitu manusia memerlukan makanan dan minuman, tidur, kebersihan, kasih sayang, bekerjasama dan sebagamya. Manakala itu, al-Quran melarang manusia berbuat demikian iaitu kezaliman, penipuan, kekotoran, permusuhan dan perbalahan, dan sebagainya kerana ianya tidak disukai oleh manusia.

Suruhan dan larangan ini menunjukkan bahawa agama itu diasaskan di atas fitrah manusia. Dengan itu wujudlah keselarasan antara agama dengan manusia. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah. Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusiamenurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus.Tetapi kehanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Ar-Ruum: Ayat 30).

Kegagalan untuk mematuhi suruhan dan larangan tersebut dianggap telah melanggar atau menyelewengkan fitrah manusia. Misalannya, seseorang yang tamak, rendah akhlaknya dan mementingkan diri tidak bersetuju dengan larangan al-Quran terhadap riba dan berjudi; minum arak dan seks bebas; dan mengetepikan zakat dengan membiarkan orang lain susah tanpa dibantu.

Fleksibel (Berubah, Bersesuaian): Kandungan al-Quran itu selalunya fleksibel iaitu boleh berubah mengikut keadaan-keadaan tertentu, dan bermakna sesuai sepanjang masa dan di setiap ruang atau tempat. Dengan ini, mempermudahkan merupakan salah satu ciri al-Quran dan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Tuhan mahu mempermudahkan dan tidak memayahkan (Surah Al-Baqarah: Ayat 185). Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, al-Quran itu mudah bacaannya, mudah memahaminya, mudah menghayatinya bagi orang yang mahu, tidak membebankan, apalagi merasai dipaksa.

Segala perintah-Nya, masih di dalam keupayaan manusia untuk mengikutmya. Malah, perintah-perintah biasa akan diubah mengikut keadaan- keadaan tertentu, misalannya diharuskan sembahyang qasar dan jamak dalam keadaan musafir atau dibenarkan untuk menqadak ibadat puasa, sembahyang dan lain-lain, menurut syarat-syarat yang digariskan dalam syariat Islam. Ini menunjukkan kandungan al-Quran yang fleksibel sesuai untuk seluruh umat manusia yang dicorakkan melalui latar belakang yang berbeza dan berlainan di antara satu sama lain.

Praktikal: Dari sudut akidah dan syariah, Islam merupakan satu agama yang praktikal kerana ia merupakan agama yang senang difahami, jelas dan selaras dengan akal yang fitrah. Di dalam al-Quran, semua ajaran terutama di peringkat asas diterangkan dengan jelas dan nyata, memudahkan untuk difahami dan tidak membawa kepada kekeliruan atau silap pengertian.

Dalam konteks ini, Allah s.w.t. menjelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berhati-hatilah kamu. jika kamu herpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kamihanyalah menyampaikan agama Allah dengan terangnyata (Surah Al-Maa'idah:Ayat 92). Berdasarkan firman Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w. telah membawa ajaran yang menerangkan mengenai perkara-perkara yang ditegah dan dilarang, dengan terang dan nyata. Maka itu terpulanglah kepada setiap individu untuk mematuhinya atau mengingkarinya dengan kesanggupan untuk menerima risikonya.

Praktikal dalam ajaran al-Quran juga dapat dilihat dalam imbangan ajarannya antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dan dapat dilaksanakan oleh seseorang yang faham dengan baik. Ajaran al-Quran dilihat mempunyai dua kepentingan iaitu pertama, sesiapa yang melaksanakan perintah dan suruhan dengan sempuma akan mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan sama

ada di dunia atau akhirat. Kedua, al-Quran merupakan kitab yang praktikal bagi setiap masa dan tempat.

Syumul: Kesyumulan al-Quran bermakna bahawa apa sahaja perkara yang membawa kebaikan dan kesejahteraan umat sejagat di dunia dan di akhirat dijelaskan asas-asasnya dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, ... Dan Kami tumnkan kepadamu al-Quran 'menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk serta rahmat dan khabargembira bagi orang-orangyang berserah din (Surah An-Nahl: Ayat 89). Berdasarkan kepada ayat al-Quran ini, Allah s.w.t. telah menurunkan kitab ini kepada Rasulullah s.a.w. untuk menjelaskan tentang semua aspek dalam ajaran Islam; dan penjelasan ini secara langsung atau tidak langsung ditafsirkan Rasul-Nya menerusi hadis (sunnah).

Menurut al-Sayyid al-Wakil, beliau menyatakan Islam merupakan satu agama yang menyusun hubungan manusia dengan Pencipta, menyusun hubungan manusia sesama manusia untuk melahirkan sebuah masyarakat yang dibina di atas dasar kasih sayang dan keadilan, di samping memerangi tingkatan kelas dan permusuhan, dan mengatur hal-ehwal berkaitan dengan ekonomi dan politik yang berdasarkan kemuliaan akhlak. Manakala Dr. Zaydan menyatakan bahawa Islam merupakan suatu peraturan yang menyeluruh dalam semua urusan kehidupan dan pekerti manusia. Maka itu, perbuatan seseorang dan urusannya dengan orang lain tidak terkeluar dari lingkungan hukum agama sama ada wajib, sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal.

Dengan kesyumulan al-Quran ini, ianya begitu berbeza dengan kitab- kitab lain, kerana kandungan kitab-kitab terdahulu tidak begitu lengkap berbanding al-Quran yang memberikan dengan begitu mendalam kandungannya.

Seimbang: Kandungan al-Quran adalah seimbang antara semua bahagian dan antara satu sama lain, tersusun dan selaras. Misalannya, al-Quran melarang perbuatan zina, maka segala dorongan ke arah itu dilarang termasuk dilarang menghampirinya. Ini mendorong kepada pembentukan institusi perkahwinan sebagai jalan keluar daripada zina, atau terdapatnya pilihan lain yang selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam menentukan ganjaran baik dan pembalasan buruk, al-Quran memberikan keseimbangan iaitu apabila sesuatu suruhan itu penting, maka ganjarannya lebih besar berbanding dengan yang kurang penting. Sebaliknya, apabila sesuatu larangan itu begitu keras, maka balasan kepada yang melanggarnya adalah lebih keras berbanding dengan larangan yang kurang keras.

Dengan adanya keseimbangan dan keselarasan ini, menunjukkan bahawa al-Quran datang dari Pencipta Yang Maha Agung. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan darisisiAllah, tentulah inereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya (Surah An-Nisaa': Ayat 82). Berdasarkan ayat ini, ianya merupakan

suatu bukti bahawa al-Quran itu datangnya dari Allah s.w.t. kerana wujudnya keseimbaugan, keselarasan dan tiada perselisihan dalam kandungannya.

Keseimbangan al-Quran tidak tertentu kepada menyusun kehidupan manusia semata-mata, sebaliknya terdapat juga keseimbangan antara peraturan manusia dengan peraturan lain yang menyusun seluruh alam ini. Peraturan pada alam kosmos, peraturan pada alam tumbuh-tumbuhan, peraturan pada alam haiwan dan lain-lain, semuanya seimbang antara satu sama lain.

Berdasarkan kepada penelitian dan kajian terhadap keistimewaan- keistimewaan al-Quran, wujud persoalan, adakah al-Quran masih diperlukan oleh manusia masa kini? Sedangkan diketahui bahawa al-Quran, dari segi kandungan dan ajarannya bersesuaian atau fleksibel dengan sepanjang masa atau zaman dan bersesuaian dalam semua ruang (tempat). Untuk menjawab persoalan ini, maka beberapa aspek perlu diteliti iaitu pertama, keadaan manusia pada masa kini dan perbezaannya dengan masa dahulu. Pada asasnya tiada perubahan terhadap perwatakan dan keperluan manusia. Perwatakan manusia menunjukkan, manusia memerlukan perkara-perkara bersifat fizikal dan spiritual, yang mempunyai beberapa sifat dan perasaan. Perubahan hanya berlaku dari segi teknik dan cara untuk memenuhi perwatakan dan keperluan manusia. Dengan ini, keperluan manusia pada masa kini sama dengan keperluan manusia ketika 14 kurun yang lalu, bermakna masyarakar sekarang memerlukan al-Quran sebagaimana masyarakat terdahulu.

Kedua, al-Quran diperlukan oleh manusia di sepanjang masa dan ruang, kerana kandungannya merupakan bimbingan untuk menyelamatkan mereka daripada kehancuran dan kebinasaan di dunia dan akhirat. Pada masa kini, manusia mendakwa mereka telah mencapal tahap kekemajuanan yang tinggi, terutama dari sudut sains dan teknologi tetapi mereka terlalu rendah dari segi nilai kemanusiaan. Seorang sarjana Barat, Roger Graudy melalui penelitian dan kajian terhadap kemajuan Barat, mendapati kemajuan ini tidak berjaya untuk membawa manusia ke jalan kesempurnaan dan kebaikan. Sebaliknya, ia merosakkan sistem nilai kemanusiaan itu sendiri kerana krisis moral yang berlaku di Barat. Ini merupakan petanda-petanda permulaan kejatuhan setiap peradaban dan kemajuan manusia, natijah daripada tindakan mengetepikan peranan agama (rohani) melalui fahaman sekular.

Dan ketiga, al-Quran diperlukan kerana manusia bukanlah makhluk yang sempurna, malah merupakan makhluk yang lemah. Manusia tidak mengetahui beberapa perkara antaranya pertama, Siapakah Tuhan yang sebenar untuk diberikan perhambaan diri dan taat setia? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Inilah agama kamu yang satu dan Aku Tuhan kamu, maka hendaklah kamu menyembah Aku (Surah Al-Anbiyaa": Ayat 92). Penyembahan kepada Tuhan, sebenarnya merupakan keperluan utama manusia untuk membina kerohanian. Kedua, apakah yang akan berlaku terhadap manusia dan masa depan? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Dan sesungguhnya Hari Kiamat itupastilah datang, tidak ada

Keraguan padanya dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan semua orang di dalam kubur (Surah Al-Hajj: Ayat 7). Manusia hidup di dalam dunia berpenghujung, hari Kiamat berlaku dan manusia akan dibangkitkan dari alam kubur. Ketiga, bagaimanakah cara untuk manusia mendapat kesenangan di hari akhirat nanti? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Adapun orang-orangyang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan (Surah As-Sajdah: Ayat 19). Allah s.w.t. menunjukkan cara-cara unruk mencapai kesenangan iaitu dengan beriman dan mengerjakan amalan-amalan saleh, agar diberikan balasan pahala dan syurga. Keempat, bagaimanakah cara menyusun kehidupan yang sempurna di dunia dan bagaimanakah cara mengongkong nafsu jahat dan sifat negatif yang terdapat pada manusia? Dan kelima, tidak akan dapat menatap sebuah kitab yang boleh dibaca, diteliti dan dikaji, dan dibuat panduan dalam pembentukan masyarakat manusia berkemajuan.

Secara umumnya, berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan iaitu al-Quran sebuah kitab suci samawi yang mempunyai keistimewaan yang tinggi dan manusia memerlukannya sepanjang zaman dan ruang. Maka itu, al-Quran merupakan kitab yang sesuai untuk dijadikan petunjuk kepada umat Islam dan seluruh manusia sejagat.

4.1.5 Kandungan al-Quran

Berdasarkan kandungan, kitab suci al-Quran al-Karim mengandungi tiga perkara asas iaitu akidah, syariah dan akhlak. Tiga perkara asas ini kemudiannya bercabang-cabang dan beranting-ranting dengan asas-asas dalam semua kehidupan manusia. Walaupun al-Quran mengandungi semua asas-asas kehidupan manusia yang terdapat pada tempat-tempat yang bertaburan di dalamnya, namun ia tidak menunjukkan percanggahan atau bertentangan antara satu sama lain, malah wujud keselarasan dan jalinan sesamanya yang tetap terjamin. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang bariyak didalamnya (Surah An-Nisaa': Ayat 82). Percanggahan dan pertentangan antara satu sama lain tidak berlaku, walaupun diketahui bahawa Rasulullah s.a.w. menerima wahyu selama 23 tahun dan di tempat-tempat yang berbeza.

Seorang sarjana Islam, 'Izzudin Baliq telah menggariskan bahawa Islam yang dibawa oleh al-Quran itu secara kasarnya mengandungi Akidah, iaitu untuk membebaskan pemikiran manusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan sesama makhluk ke arah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan kepada Yang Maha Agung. Asas akidah ini terdapat pada Rukun Iman. la mengandungi Ibadat Khusus, iaitu untuk peningkatan kerohanian yang akan membawa kepada kemantapan hidup. Asas dalam ibadat khusus ini terdapat pada Rukun Islam. Akhlak, pula adalah untuk membangunkan keperibadian yang membawa kepada

keharmonian hidup sejagat. Asas akhlak ini ialah seperti sikap tolong menolong, bersatupadu, belas kasihan, murah hati dan suka pada kebaikan. Peraturan, adalah untuk memastikan kemuslihatan hidup dan menjamin keadilan sesama makhluk. Asas dalam peraturan ini ialah seperti peraturan nikah kahwin, jual belt, kemasyarakatan dan kenegaraan. Secara umumnya, menurut beliau lagi kandungan Islam yang dibawa oleh al-Quran dan al-hadis merangkumi perkara- perkara ibadat dan ketaatan; akhlak baik dan akhlak buruk, kekeluargaan; kemasyarakatan; kerajaan; perekonomian; hukum tasyri'; adab-adab kemasyarakatan; jihad; politik dan hubungan dalam dan luar; akidah; dan mengenali kelompok-kelompok manusia, siapakah orang mukmin, orang kafir dan ahli kitab.

Kandungan al-Quran dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, perkara-perkara yang disuruh, iaitu prasyarat kepada kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat; dan kedua, perkara-perkara yang dilarang kerana boleh menjejaskan kesejahteraan dan kebahagian. Al-Quran ternyata berbeza dengan kitab-kitab agama lain kerana kandungannya yang menyeluruh dan menjangkau keseluruhan asas kehidupan manusia, sedangkan kitab-kitab agama lain lebih menumpukan aspek cara-cara pemujaan, bacaan-bacaan dan sejarah-sejarah lampau.

4.1.6 Hubungan al-Quran dengan Sains

Kajian-kajian sains telah banyak menghasilkan penemuan (sains dan teknologi) rahsia semula jadi alam yang membawa kemudahan dan kesenangan kepada manusia, dalam kehidupan. Namun begitu, terdapat penemuan ini yang disalahgunakan sehingga membawa kepada kerosakan dan penderitaan terhadap manusia dan alam semula jadi. Pada masa kini, penemuan dan ciptaan hasil kajian sains memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia.

Timbullah persoalan, kalaulah peranan penemuan dan ciptaan sains sangat mempengaruhi kehidupan manusia hari ini, apakah pula pandangan al- Quran terhadapnya? Apakah al-Quran akan menerimanya, menggalakkannya, ataupun menolaknya atau tanpa sebarang pendapat mengenainya? Untuk menjawab persoalan tersebut hendaklah diketahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan sains? Sains dari perkataan bahasa Inggeris, science iaitu ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji (dibuktikan) kebenarannya. Pengertian tersebut tidak jauh bezanya dengan pengertian ijtihad dalam Islam. Ijtihad mengikut penggunaan istilah ialah penumpuan usaha dan tenaga oleh ahli fikah untuk menyelesaikan masalah hukum syarak amali berasaskan dalil-dalil syarak yang terperinci, dengan kesedaran bahawa itulah usaha yang paling maksimum untuk tujuan tersebut. Dari sudut konsepnya, terdapat dua persamaan antara ilmu sains dan ilmu ijtihad, iaitu pertama, kesungguhan dalam penumpuan usaha tenaga; dan kedua, ketelitian dan teratur. Bahagian pertama adalah jelas wujud pada kedua-dua perkara di atas. Manakala

bahagian kedua jelas wujud pada ilmu sains. Pada ijtihad juga wujud, iaitu dengan adanya banyak syarat yang mesti diikuti oleh mujtahid. Dengan demikian, seorang mujtahid berijtihad melakukan ijtihadnya dengan teliti dan teratur.

Bagi memastikan lebih jelas tentang apakah hubungan antara al-Quran dengan sains, telitikan kedudukan ilmu dalam Islam. Dilihat dari sudut tersebut dapat ditegaskan bahawa al-Quran sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan ayat yang mula-mula tumn, Surah al 'Alaq membawa pengertian suruhan terhadap membaca, yang membuktikan dengan jelas betapa kuatnya penekanan al-Quran terhadap ilmu. Apakah pula ilmu yang diperintahkan oleh al-Quran supaya dipelajari oleh orang Islam? Iaitu semua ilmu yang berfaedah dan memberikan manfaat kepada manusia di dunia dan di akhirat. Maka itu, pembahagian ilmu dalam Islam itu terdiri daripada dua bahagian iaitu pertama, bahagian ilmu fardu ain. la merangkumi pelbagai asas ilmu yang menjadi syarat ke arah pembinaan individu muslim, seperti ilmu asas dalam akidah Islam dan ilmu asas untuk melakukan ibadah khusus. Kedua, bahagian ilmu fardu kifayah. la merangkumi berbagai-bagai ilmu yang membawa faedah kepada kehidupan manusia, seperti ilmu sains tabii, teknologi dan sebagainya.

Al-Quran menyuruh manusia memerhati dan meneliti kejadian alam ini, kerana di sebalik setiap kejadian alam ini ada rahsia yang tersembunyi. Ini membuktikan, al-Quran mementingkan penelitian dan kajian, dalam mencari ilmu pengetahuan. Semasa manusia masih diselubungi kejahilan dalam bidang sains, al-Quran telah menyingkap beberapa isu berhubung dengan sunnah alam, kemudian menyuruh manusia melakukan penelitian dan kajian selanjutnya.

Sebagai kesimpulannya, al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan dan berhubung rapat dengan bidang sains, dan oleh sebab itu Islam menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan sebagai asas pembentukan kemajuan manusia. Terdapat beberapa sebab mengapa hubungan kedua-dua, al-Quran dan ilmu pengetahuan (sains) dianggap rapat iaitu Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan umatnya untuk melakukan penelitian dan kajian terhadap alam semula jadi ini; Islam mementingkan kesejahteraan umat manusia sejagat yang boleh disumbangkan melalui penemuan-penemuan sains; wahyu dan sunnah alam ditentukan oleh Allah s.w.t. Dengan itu wahyu merupakan asas kepada Islam dan sunnah alam yang merupakan asas kepada ilmu sains datang dari sumber yang sama.

4.1.7 Hubungan al-Quran dengan Kitab Samawi Lain

Hubungan kitab al-Quran dengan kitab samawi lain dikaitkan dengan tugas dan peranan rasul. Rasul dilantik untuk menyampaikan ajaran agama Allah s.w.t. kepada manusia dengan menerangkan jalan menuju keselamatan dan menolak jalan yang membawa kepada kebinasaan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat. untuk menyerukan masyarakat mereka supaya menyembah Allahdan menjauhi taghut... (Surah An-Nahl:

Ayat 36). Ayat di atas menjelaskan mengenai tujuan dan peranan Allah s.w.t. melantik rasul-rasul-Nya di kalangan masyarakat ialah untuk menyembah Allah s.w.t. dan mengelakkan dari memperhambakan diri kepada taghut, kerana ia akan membawa kebinasaan.

Rasul dilantik sebagai rantaian perutusan Allah s.w.t. kepada umat manusia sepanjang zaman dan seramai 313 rasul utusan dilantik, dan pengakhir kepada rasul-rasul ini ialah Rasulullah s.a.w. Di dalam al-Quran, disebutkan 25 orang rasul dan lima daripadanya digelar ulu al-‘azm iaitu Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. (kitab Taurat), Nabi Isa a.s. (kitab Injil), dan Nabi Muhammad s.a.w. (kitab al-Quran). Ketiga-tiga kitab suci samawi iaitu Taurat, Injil dan al-Quran bersumberkan Allah s.w.t., maka ia saling berkait rapat dan saling membenarkan antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika itu Isa Putra Maryam berkata; "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang diturun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang nyata". (Surah Ash-Shaff: Ayat 6)

Ayat di atas menjelaskan hubungan rapat antara tiga orang rasul terakhir ini, iaitu Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan Nabi Muhammad s.a.w., yang saling benar-membenar antara satu sama lain. Apabila diutuskan seseorang rasul, maka rasul yang terkini mesti diterima pakai ajaran yang disampaikannya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

Katakanlah wahai orang-orang mukmin; Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak cucunya, dan apa yang diturunkan kepada Musa dan Isa serta apa yang diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza- bezakan seseorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk dan patuh kepada-Nya. (Surah Al-Baqarah: Ayat 136)

Berdasarkan ayat di atas, setiap umat Islam wajib mempercayai kepada semua nabi dan rasul yang diutuskan Allah s.w.t., tanpa membeza-bezakan antara mereka. Setiap rasul menyampaikan asas-asas dakwah yang sama laitu mempercayai Allah s.w.t. dengan segala yang ada pada-Nya; mempercayai semua rasul dan utusan Allah kepada manusia; mempercayai wujudnya hari akhirat dan apa yang berlaku padanya; dan kelakuan dalam kehidupan yang berasaskan keimanan dan kepercayaan.

Kitab suci al-Quran, kitab Taurat dan kitab Injil merupakan kitab yang membawa petunjuk, hidayah dan cahaya dari Allah s.w.t. kepada seluruh umat Islam dan umat manusia. Firman Allah mengenai kitab suci al-Quran yang bermaksud: Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan dan kesejahteraan kepada. sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dan gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman)yang terang benderang, dengan izin-Nya dan (dengannyajuga) Tnhan menunjukkan mereka kejalan 'yang lurus (Surah Al-Maa'idah:Ayat 16). Firman Allah s.w.t. mengenai kitab suci Taurat yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitah Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi... (Surah Al-Maa'idah: Ayat 44). Firman Allah mengenai kitab suci Injil yang bermaksud:... Dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk (hidayah) dan cahayayang menerangi... (Surah Al-Maa'idah: Ayat 46). Berdasarkan kepada sumber yang sama iaitu wahyu Allah s.w.t., maka wujud persamaan-persamaan yang ada pada kitab-kitab samawi dan ini menolaktuduhan bahawa al-Quran meniru dari kitab-kitab suci samawi terdahulu. Sebaliknya, ini merupakan kesepaduan kitab-kitab suci samawi yang datang dari sumber yang sama, Allah s.w.t.

4.2 AL-HADIS

4.2.1 Pengenalan Hadis

Al-Hadis (al-Sunnah) ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Al-Hadis diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh para Sahabat, Tabiin dan seterusnya, sehingga dikumpulkan dan ditulis oleh ulama-ulama hadis. Dalam konteks ini, umat Islam telah bersepakat (ijmak) bahawa al-Hadis merupakan sumber hukum syariah (perundangan Islam). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang ditegahnya maka tinggalkan ia (Surah Al-Hasy: Ayat 7). Sebagai sumber hukum syariah, al-Hadis melengkapi al-Quran dengan melalui tiga cara iaitu pertama, ia menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran; kedua, menjelaskan apa yang tidak diperincikan oleh kitab al-Quran; dan ketiga, ia menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran tetapi hukum ini bertepatan dengan prinsip umum dalam al-Quran.

Namun begitu terdapat sebahagian daripada al-Hadis yang bukan menjadi hukum kepada umat Islam iaitu terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai seorang insan seperti bangun, duduk, tidur, dan makan; kecuali baginda memerintahkannya. Perkara-perkara duniawi yang diperolehi dari pengalaman baginda sendiri, dari segi pertanian, perniagaan, peperangan, dan sebagainya. Perkara-perkara yang khusus bagi baginda sahaja seperti puasa tanpa buka, wajib bertahajud dan lain-lain.

4.2.2 Hubungan al-Quran dengan al-Hadis

Mengenai hubungan kitab suci al-Quran al-Karim dengan al-Hadis, kedua-duanya meniiliki hubungan rapat kerana berasaskan sumber yang sama iaitu wahyu Allah s.w.t. Walaupun hadis itu dari Rasulullah s.a.w., namun dari sudut ajarannya tetap berpandukan wahyu. Rasulullah s.a.w., sebagai pesuruh Allah akan menerima ajaran dan arahan untuk disampaikan kepada umat manusia, mesti diikuti dan ditaati oleh umatnya berdasarkan wahyu. Rasulullah s.a.w. juga melakukan ijtihad, tetapi bukanlah bererti terlepas dari panduan wahyu, kerana ijtihad itu lebih banyak bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umatnya.

Hubungan al-Quran dengan hadis dirapatkan lagi dengan pergantungan antara satu sama lain. Al-Quran memerlukan hadis, kerana banyak perkara umum ditafsirkan dan diberi secara terperinci oleh hadis. Seandainya, tiada tafsiran dari hadis banyak perkara dalam al-Quran tidak dapat difahami dan dilakukan. Begitu juga hadis memerlukan al-Quran, kerana al-Quran merupakan induk kepada hadis dan tanpa al-Quran agama Islam tiada.

Menurut al-Sayyid Nawfal, al-Quran diturunkan untuk menerangkan urusan Islam kesemuanya. Manakala peranan al-Hadis atau al-Sunnah ialah menerangkan dan mentafsirkan al-Quran. Dengan itu, hadis diperlukan untuk memahami al-Quran. Dari sudut ini, ada beberapa persamaan dengan peranan mahkamah (hakim) yang mentafsirkan undang-undang, termasuk undang-undang perlembagaan negara. Dr. Mustafa al-Siba'i menerangkan bahawa banyak ayat al-Quran diturunkan dalam bentuk umum, dengan tidak diperincikan. Maka itu banyak hukum tidak dapat dilaksanakan jika tidak dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengetahui kedudukan yang jelas. Penjelasan hukumnya adalah Rasulullah s.a.w. yang bertindak sebagai jurucakap dan penjelasan dari Tuhan.

Namun begitu, wujud satu fahaman yang berpendapat bahawa hadis tidak diperlukan kerana al-Quran merupakan kitab yang sempurna dan terdapat di dalamnya segala yang diperlukan. Antara hujah fahaman ini ialah kerana terdapat ayat yang menyebut, firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan tidaklah binatan-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya melainkan umat seperti kamu juga. Tidaklah kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan (Surah Al-An'aam: Ayat 38). Ayat di atas, jelas menyatakan bahawa setiap sesuatu terdapat di dalam al-Kitab, namun yang dimaksudkan dengan al-Kitab di sini ialah Luh

Mahfuz. Kebanyakan ahli tafsir berpendapat demikian, misalannya al-Qurtubi dan al-Maraghi yang lebih bersetuju kepada Luh Mahfuz. Berdasarkan hubungan ayat di atas dengan bahagian sebelum dan selepasnya, ia menunjukkan hubungannya dengan ilmu Allah s.w.t.. Maka ia lebih bersesuaian dengan maksud Luh Mahfuz.

Walaupun begitu, ulama tafsir yang berpendapat bahawa maksud al- Kitab itu ialah al-Quran, tidaklah bererti bahawa mereka bersetuju terdapat semua perkara di dalam al-Quran. Ini kerana, maksudnya ialah al-Quran mengandungi semua perkara (lengkap) secara umum. Maksud tersebut adalah jelas, iaitu perkara-perkara yang berhubung dengan sams dan teknologi tidak disebut di dalam al-Quran, dan kalau disebut ia adalah secara sepintas lalu sahaja.

Dalam perkara-perkara tertentu jelas bahawa al-Quran memerlukan tafsiran hadis, kerana hadis lebih memperincikan. Misalannya, seseorang yang mempelajari Islam melalui al-Quran sahaja, maka bagaimanakah dia dapat melakukan ibadat sembahyang, haji dan sebagainya? Ini kerana keterangan melakukan ibadat-ibadat tersebut dengan terperincinya tidak disebut di dalam al-Quran.

Hubungan, saling bergantungan dan gandingan antara al-Quran dan hadis dapat dilihat dalam beberapa ayat al-Quran. Antaranya firman Allah s.w.t. yang bermaksud:... Apa yang diberikan Rasul kepada kamu maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya ke atas kamu maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada A llah, kerana sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya (Surah Al-Hasyr: Ayat 7). Ayat ini dengan jelas menyebut mengenai kewajipan setiap orang untuk mematuhi semua perintah Rasulullah s.a.w. dan mengikuti perintahnya. Kewajipan tersebut ditujukan kepada umat terdahlulu dan umat kini, dan tidak terhad kepada para sahabat atau yang sezaman dengan Rasulullah s.a.w. sahaja dan berterusan.

Dalam hubungan ini Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat (Surah All' Imran: Ayat 132). Firman Allah s.w.t. lagi, yang bermaksud: Katakanlah, Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir (Surah Ali' Imran: Ayat 32) dan, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah Rasul-Nya dan ulilamridi antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan ia kepada Allah (al- Quran) dan Rasul (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih utama dan lebik baik akibatnya (Surah An-Nisaa': Ayat 59). Ketiga-tiga ayat tersebut menyentuh tentang orang Islam diperintahkan supaya taat kepada Rasul, pesuruh Allah s.w.t. Ayat-ayat tersebut tidak boleh digunakan pada masa kini, sekiranya ketaatan kepada Rasulullah itu berlaku hanya pada zaman kehidupan baginda. Ini sudah tentu bercanggah dengan dasar ayat-ayat tersebut, kerana ia tiada nas yang menunjukkan demikian. Perintah supaya kembali kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya jika berlaku kelainan pendapat ialah kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasul selepas wafatnya.

Maksud tersebut jelas kerana taat akan Allah membawa erti mengikut kitab- Nya, al-Quran; taat akan Rasul bererti mengamalkan sunnah dan taat akan ulul amri ialah mengikuti perintah-perintah yang tidak bercanggah dengan kehendak Allah s.w.

No comments:

Post a Comment