Kesusasteraan Melayu -

11.1 BAHASA MELAYU SEBAGAI WAHANA KEPADA PERTUMBUHAN KEMAJUAN MELAYU

Dalam sejarah pertumbuhan kemajuan Melayu, terdapat tinggalan sejarah yang menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan- kerajaan awal di rantau Alam Melayu. Dalam konteks penggunaan bahasa Melayu di zaman empayar Srivijaya, melalui kaedah arkeologi telah ditemui batu-batu bersurat atau prasasti di sekitar Palembang, yang dipercayai berperanan sebagai ibu kota (pusat) empayar agung Melayu ini, dan juga di beberapa tempat yang berdekatan. Antaranya ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 Masihi dan Batu Bersurat Talang Tuwo bertarikh 684 Masihi di Palembang, Batu Bersurat Kota Kapur bertarikh 686 Masihi di Pulau Bangka dan Batu Bersurat Karang Berahi bertarikh 692 Masihi di Jambi. Kandungan inskripsi pada batu-batu bersurat ini membuktikan dengan jelas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara umumnya merupakan bahasa wahana (saluran, perantaraan) pembentukan sebuah kemajuan Melayu. Isi kandungan pada batu-batu bersurat (yang terserap dengan pinjaman perkataan


Sanskrit sebanyak kira-kira 30 peratus) menunjukkan dengan jelas kewujudan sebuah kerajaan yang agak besar yang bernama Srivijaya (daripada bahasa Sanskrit bermakna "kejayaan yang gilang-gemilang'). Kerajaan ini wujud kira-kira selama enam ratus tahun iaitu sekitar kurun ke-7 sehingga kurun ke-14.

Srivijaya melaksanakan dasar peluasan kuasa (imperialisme) dengan menguasai keseluruhan Kepulauan Sumatera; kawasan Segenting Kra dan Semenanjung Tanah Melayu; barat PulauJawa; dan malahan sehingga sampai ke Sri Lanka. Bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan Srivijaya telah berkembang dari segi kosa kata, istilah dan daya pengungkapannya dengan penyerapan daripada bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa agama, budaya, sastera, seni, pentadbiran, perdagangan dan lain-lain kegiatan yang dikaitkan dengan urusan rasmi bagi sesebuah empayar yang besar. Antara contoh kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit ialah "anggota, rupa, sendi, kepala, nama, masa, ketika, dewasa, kala, hari, sentiasa, pertama, purnama, sutera, kapas, neraca, angka, bonda, emas, tembaga, mastika, permata, pancalogam, kunci, peti, jentera, punca, pangkat, bangsa, jiwa, bangsa, bahasa, saudara, suami, isteri, dara, teruna, kerja, derma, suka, duka, cita, cinta, budi, dosa, tentera, kota, senjata, keris, panglima, raja, baginda, paduka, menteri, hulubalang, satria, kurnia, negeri, denda, penjara, kuasa, merdeka, pesaka, agama, guru, puji, puja, syurga, neraka, dewata, bidadari, pujangga, hantu, sastera dan bijaksana".

Pada mulanya bahasa Melayu hanya merupakan satu bahasa kumpulan etnik Melayu dan kerajaan Melayu kecil (kerajaan Malayu-Jambi) yang terletak di kawasan daerahJambi sekarang, menurut catatan ahli pelayaran Cina. Namun setelah kerajaan Srivijaya menakluki kerajaan Melayu itu dan mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana kecekapan bahasa itu, maka bahasa Melayu telah berkembang dan meningkat maju selaras dengan tahap perkembangan kerajaan itu. Inilah zaman kegemilangan pertama bahasa Melayu yang telah menjadi wahana dan pengantar kepada sebuah kerajaan dan kemajuan Melayu yang pertama yang merentasi beberapa wilayah di Alam Melayu. Tulisan Pallawa dari India telah digunakan dan ratusan istilah daripada bahasa Sanskrit dalam pelbagai bidang kehidupan telah diserap ke dalam bahasa Melayu terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan, agama, politik dan pentadbiran, ekonomi dan perdagangan, kesenian dan kesusasteraan, aspek-aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan yang lain.

Apabila kerajaan Majapahit yang ditubuhkan oleh Raden Wijaya pada tahun 1293 semakin berkembang, maka kerajaan ini menjalankan dasar peluasan kuasa (imperialisme) melalui penaklukan ke atas seluruh PulauJawa dan kawasan berdekatan, sehingga kuasanya melangkau ke Pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada waktu yang sama, kerajaan Srivijaya sedang mengalami zaman kemerosotan sehinggalah ibu kotanya, Palembang diletakkan di bawah penguasaan Majapahit. Walaupun pendukung utama bahasa Melayu iaitu Srivijaya mengalami kemerosotan dan akhirnya runtuh, bahasa Melayu


seterusnya telah mendapat satu tenaga baru atau menerima sunrikan baru dalam proses perkembangannya iaitu kedatangan agama Islam.

Mengenai kedatangan agama Islam ke Alam Melayu ini, antara tanda yang terawal ialah penemuan batu nisan di Brunei yang dikatakan bertarikh 447 Hijrah atau bersamaan tahun 1048 Masihi; penemuan batu nisan di Leran, Surabaya di Jawa Timur yang dikatakan bertarikh 481 Hijrah atau bersamaan 1082 Masihi; dan batu nisan Sultan Malik al-Saleh, Raja Pasai yang dikatakan bertarikh 696 Hijrah bersamaan 1297 Masihi dijumpai di Pasai.

Namun begitu, bukti pertama yang menunjukkan penggunaan bahasa Melayu untuk mengungkapkan ajaran agama Islam ialah Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Kandungan batu bersurat ini menunjukkan dengan jelas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi sesebuah kerajaan Melayu, dan pelaksanaan hukum Islam (syariah) dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.

11.2 PENGARUH AGAMA HINDU-BUDDHA DAN ISLAM

Dalam bidang ilmu pengetahuan, pada zaman pengaruhan agama Hindu-Buddha la terkongkong di kawasan istana dan kraton, iaitu di kalangan bangsawan dan pemermtah, sebagai pusat ilmu pengetahuan. Dengan kedatangan agama Islam, ilmu pengetahuan tidak lagi dikongkong atau dibataskan kepada golongan- golongan tertentu sebaliknya turut disebarkan dan diajarkan di kalangan rakyat jelata sama ada melalui pendidikan dan pengajaran secara rasmi (formal) atau tidak rasmi seperti di madrasah, pondok atau pesantren, masjid, surau ataupun di rumah-rumah alim ulama.

Dalam perubahan dan perkembangan ini, tumpuan terhadap ilmu pengetahuan dan persuratan bukan lagi menekankan aspek estetik, romantis, ketakjuban, daya khayalan dan imaginasi, tetapi kepada yang lebih rasional, akali dan intelektual, yang terhasil dari cetusan dan dorongan secara langsung danpada sumber kemajuan Islam iaitu A I- Quran dan A l-Hadis (Sunnah). Sumber kemajuan Islam ini memberikan penekanan kepada aspek kerasionalan berdasarkan akal budi dan ilmu yang sahih dan nyata.

11.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Kawasan dunia atau rantau ini diberikan nama rantau Alam Melayu; Gugusan Kepulauan Melayu atau TanahJawi kerana agama Islam yang tersebar dan dianuti berkembang melalui penggunaan bahasa Melayu dan kitab-kitab Melayu Jawi. Kitab-kitab Melayu yang tertulis dalam tulisanJawi telah tersebar meluas ke merata pelosok kawasan di Alam Melayu termasuk tempat-tempat penghijrahan yang baru seperti Sri Lanka, Malagas! (Madagascar), dan Afrika Selatan. Tulisan  Jawi telah digunakan sejak permulaan kedatangan Islam. Istilah 'Jawi' besar kemungkinan berpunca daripada istilah Arab, al-Jaivah iaitu namauntuk merujuk kepada utara Pulau Sumatera (Perlak-Samudera-Pasai-Aceh) yang mula-mula menerima agama Islam. Al-Jawah bermaksud 'tanah hujung' merujuk kepada hujung utara Sumatera. Jawi ialah adjektif al-Ja'wah dan tulisan ini telah mengambil alih peranan tulisan Pallawa dan Kawi dari kemajuan India untuk mengeja bahasa Melayu. Dengan kedatangan kuasa dan pengaruh Barat, mubaligh-mubaligh Kristian yang datang ke Alam Melayu juga telah menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi untuk menyebarkan ajaran agama itu. Terjemahan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu tertulis dalam tulisan Jawi.

Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian, dan persuratan Islam di Alam Melayu adalah kerana sifat dalaman bahasa Melayu yang sederhana, cekap dan tepat, kosa katanya tanpa banyak perlambangan dan tafsiran yang berlapis-lapis. Di samping itu juga, terdapat peranan yang telah dimainkan oleh daerah-daerah atau wilayah- wilayah Melayu di Sumatera (Aceh, Riau); dan di Semenanjung Tanah Melayu (Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Patani) dalam penyebaran agama Islam ke seluruh Alam Melayu dan sebahagian daripada Indo-China. Juga bahasa Melayu telah mencapai taraf lingua franca atau bahasa perantaraan di kalangan penduduk wilayah ini pada zaman empayar Srivijaya.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan pernyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik. Karya-karya yang demikian telah muncul dengan subumya dalam kurun ke-16 dan ke-17 yang memperkatakan tentang metafizik, falsafah, dan teologi yang rasional dan logikal. Karya terawal yang dijumpai setakat ini ialah terjemahan kitab Aqa'idal-Nasafi daripada bahasa Arab, yang menghuraikan hakikat, sifat dan sumber ilmu (epistemologi), hakikat kewujudan (ontologi) dan hakikat alam semesta (kosmologi) yang sebenarnya menjadi tunjang dan asas akidah Islam.

11.4 KEDATANGAN BARAT DAN PENGARUH KE ATAS BAHASA MELAYU

Kedatangan kuasa Barat telah membantutkan perkembangan kemajuan Melayu dari aspek politik dan pentadbiran, ekonomi dan juga, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam aspek pemikiran orang Melayu Islam iaitu kemasukan fahaman sekular yang menjejaskan pemikiran dan pegangan orang Melayu Islam sehingga menimbulkan satu keadaan kecelaruan ilmu. Namun dari segi yang lain Barat juga membawa semangat dan elemen rasionaliti dalam ilmu pengetahuan dan pendidikan, iaitu unsur yang telah pun disemai oleh Islam  sebelum ini. Oleh itu, pendedahan ilmu pengetahuan yang lebih saintifik dan rasional dalam sistem pendidikan orang Melayu di Malaysia dan juga di Indonesia, dan penggunaan bahasa Melayu sebagai pengantar pendidikan sepenuhnya, telah meningkatkan lagi kecekapan dan kewibawaan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan yang tinggi pada masa ini.

11.5 TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI ALAM MELAYU

Secara umumnya, keintelektualan membawa makna keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju ke arah kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur, dan tersusun. Ciri-ciri keintelektualan itu dapat dilihat pada proses berfikir secara kreatifdan juga pada kerasionalan idea dan hujah yang dapat pula dipertanggungjawabkan alasannya, dalam mencari sesuatu jawapan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Keintelektualan dibezakan daripada proses merasa {to feel) dengan pancaindera, dan proses berkehendak (to will) melalui keinginan nafsu.

Tradisi keintelektualan Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan. Bentuk lisan dan tulisan berkembang secara terus-menerus selaras dengan perkembangan kemajuan Melayu. Sastera lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi melalui proses sosialisasi anggota masyarakat merupakan satu unsur local genius kebijaksanaan tempatan, yang memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakatnya yang bermula pada zaman praliterasi. Bentuk-bentuk sastera lisan itu misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang, mitos, legenda, cerita asal-usul dan lain- lain. Bentuk-bentuk ucapan lisan yang lain seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitith, seloka dan seumpamanya (yang kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan), menampakkan ciri-ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangam segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada proses pengintelektualan orang Melayu sepanjang zaman.

Sejarah keagungan perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu yang bertulis bermula dengan kemunculan empayar Srivijaya sekitar tahun 650-1200; Pasai sekitar tahun 1250-1524; Melaka sekitar tahun 1400-1511; diikuti kesusasteraan zaman Johor 1528-1779; kesusasteraan zaman Palembang sekitar tahun 1650-1824; kesusasteraan di Patani sekitar tahun 1500-1900; di Brunei bermula dengan pemerintahan sultan ketiganya iaitu Sultan Sharif All (1425-1432); dan di Riau sekitar tahun 1673 sehingga tahun 1911. Keagungan kerajaan-kerajaan Melayu tradisional tersebut, secara langsung telah mencetuskan perkembangan hasil-hasil kesusasteraan Melayu mengikut tahap perkembangan kerajaan dan kemampuan pengarang-pengarangnya di  istana-istana raja Melayu. Istana-istana raja Melayu merupakan pusat kegiatan keintelektualan dalam kemajuan Melayu Islam.

Srivijaya merupakan pusat kebudayaan Melayu tertua yang memainkan peranan penting dalam perkembangan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu tradisional. Walaupun karya-karya kesusasteraan zaman ini umumnya ditulis dalam bahasa Sanskrit, namun terdapat juga bentuk penulisan dalam bahasa Melayu kuno seperti yang tercatat di atas batu-batu bersurat. Walau bagaimanapun, hasil kesusasteraan yang bertulis di atas bahan-bahan yang lain tidak kedapatan atau ditemui.

Pada zaman Pasai kegiatan kesusasteraan pula lebih banyak dikaitkan dengan kegiatan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu yang pertama menerima dan memeluk agama Islam di Alam Melayu. Di sini muncul bahasa Melayu persuratan yang bertindak sebagai wahana atau alat untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam; dan tulisanJawi merupakan tulisan yang digunakan dalam kesusasteraan Melayu. Hasil-hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad, cerita nabi-nabi, para sahabat, pahlawan dan sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai. Namun sastera lisan dan hasil karya pada zaman pengaruh Hindu masih dikekalkan.

Antara karya yang terhasil pada zaman ialah Hikayat Nur Muhamammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Nabi Wafat, dan juga cerita rekaan berkenaan Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan lain-lain. Manakala cerita-cerita berkenaan ketokohan pahlawan Islam turut tersebar di Pasai contohnya Hikayat Muhammad Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Muhammad Hanafiyah.

Kegiatan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kemudiannya berpindah ke Melaka. Perkembangannya merupakan lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai. Kegiatan penyebaran agama Islam diteruskan di Melaka dan pada zaman inilah, kisah mengenai nabi-nabi dan pahlawan Islam telah 'dimelayukan'. Pada zaman Melaka ini, sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka menjadi panduan kepada peraturan mentadbir negeri dan dalam menegakkan keadilan masyarakat umum.

Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 di tangan kuasa Portugis menyebabkan pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu telah berpindah ke kerajaan Johor yang telah diasaskan sebagai kesinambungan tradisi Melaka, dan juga kerajaan Islam Aceh. Walau bagaimanapun, ketika ini Johor tidak dapat bersaing dengan Aceh yang merupakan kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu terpenting di persisiran Selat Melaka. Alim ulama lebih menumpukan kegiatan perkembangan agama Islam di Aceh berbanding di Johor. Namun begitu, kesusasteraan zaman ini paling dominan ditandai dengan penulisan hikayat klasik Melayu seperti Hikayat Hang  Tuah, Adat Raja-raja Melayu dan Sejarah Melayu atau Sulalat al-Salatin. Manakala kesusasteraan undang-undang seperti Umlang-undangJohor diadaptasi dari Hukum Kanun Melaka.

Mengenai kerajaan Islam Aceh (1500-1900), ia merupakan salah satu pusat keagungan kemajuan Melayu tradisional untuk selama empat kurun lamanya. Aceh berkembang pesat dengan penulisan kesusasteraan agama dan penulisan sejarah. Dikatakan Aceh mengambil alih peranan yang sebelum im dikembangkan oleh Pasai dan Melaka. Kesusasteraan zaman Aceh mencapai zaman kemuncaknya pada kurun ke-17 dengan kemunculan nama-nama seperti Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra'l yang membawa fahaman wahdatui al-wujud. Fahaman ini ditentang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri yang berasal dari Gujerat tetapi telah menyerap dalam kebudayaan Melayu. Selain Syeikh Nuruddin, ada juga tokoh yang mengambil jalan tengah dalam perselisihan ini iaitu Abdul Rauf al-Singkeli. Keempat-empat orang tokoh ini banyak menghasilkan karya agama iaitu Hamzah Fansuri dengan karya seperti Sya'ir Perahu, Sya'ir Burung Pinggai dan Syarab al-Asyikin, Syamsuddin al-Sumatra'l dengan karyanya berjudul Mir'atal-Mu'min; Syeikh Nuruddin al-Raniri dengan karyanya berjudul Hujjah al-Siddiq li dafa 'al-'Zindiq dan Tihyanfi Ma 'rifat al-Adyan; dan Abdul Rauf al-Singkeli dengan karyanya berjudul Mir'at al- Tullab.

Di Palembang, Sumatera dalam bidang karya agama muncullah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karyanya berjudul Hidayat al-Salikin, Sair al-Salikin dan lain-lain. Di samping itu muncul tokoh-tokoh seperti Syihabuddin bin Abdullah Muhammad, Kemas Fakhruddin, Muhammad Muhyidin bin Syihabuddin dan Kemas Muhammad bin Ahmad.

Di Patani, Islam menjadi agama rasmi sesudah rajanya memeluk Islam pada awal kurun ke-16 dan dengan itu bermulalah kegiatan keislaman yang kuat melalui sistem pendidikan Islam secara sistem pondok yang telah melahirkan masyarakat Islam dan para ulama Islam yang kukuh dan berpengaruh. Pondok- pondok di Patani pada kurun ke-18 dan ke-19 mempunyai status yang tinggi kerana sumbangannya melahirkan barisan ulama yang diiktirafdi seluruh Alam Melayu. Antara ulama Patani yang paling terkenal ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1740-1847) yang mula-mula belajar di Patani kemudian ke Aceh dan seterusnya ke Haramain (Makkah dan Madinah). Karyanya yang berjumlah tidak kurang daripada 57 buah yang mencakupi hampir semua bidang pengajian Islam, antaranya ialah Furu 'al-Masa 'il. Ulama lain yang termasyhur ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1906) yang telah belajar di Patani kemudian ke Haramain dan juga pernah ke Baitui Muqaddis (untuk belajar ilmu perubatan), kemudian ke Universiti al-Azhar di Kaherah sebagai anak Melayu yang pertama belajar di universiti itu. Beliau juga telah menjadi penyelia bahagian penerbitan Melayu bagi Percetakan Kerajaan Turki di Makkah pada tahun 1884.


Seterusnya, Riau, yang merupakan sebahagian daripada kerajaanJohor- Riau-Lingga, mulai meningkat sebagai pusat kebudayaan, keintelektualan dan kesusasteraan Melayu pada masa pemerintahan Yang dipertuan Muda Ke-4 iaitu Raja Haji Syahid fi Sabilillah (1778-1784). Pada masa Raja All bin RajaJaafar (1845-1857) menjadi Yang Dipertuan Muda Ke-8, kebangkitan Riau sebagai pusat keintelektualan dan keilmuan Melayu telah bertambah kukuh apabila golongan pembesarnya sendiri termasuklah Yang Dipertuan Mudanya menjadi pendukung dan penggerak utama kegiatan itu. Satu pusat keilmuan dan pengajian iaitu Bait al-Talahah di dalam kawasan istana dan masjid di Pulau Penyengat telah menjadi pusat kegiatan itu, dan pengajian tentang nahu dan morfologi bahasa Arab, usuluddin, fikah dan tasawuf diajar. Tokoh karyawan yang paling menonjol di Riau pada kurun ke-19 ini ialah Raja All Haji (1808/9-1872) melalui karya-karyanya yang pelbagai jenis berjumlah tidak kurang daripada 12 buah antaranya ialah Tuhfat al-Nafis. Selain daripada Raja All Haji, para bangsawan Riau yang lain juga telah menghasilkan karya-karya mereka melalui satu pertubuhan persuratan yang dinamakan 'Persekutuan Rusydiah (Rusydiah Kelab/ yang ditubuhkan sekitar tahun 1892.

Ciri-ciri keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kurun ke-20 sehingga kini, dilihat dari satu sudut pandangan, dicetuskan oleh dua elemen yang utama iaitu pertama, kedatangan Barat yang membawa pengaruh sekularisme, nasionalisme, realisme dan humanisme dalam kaedah berfikir dan pengungkapan orang-orang Melayu, dan kedua, pengaruh kebangkitan semula Islam yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905), Mufti Mesir (1888- 1889) yang bersama-sama dengan Jamaluddin al-Afghani (1838-1897) telah mempelopori gerakan Islam yang terkenal dengan nama Gerakan Salafiah dan menerbitkan majalah-majalah yang menganjurkan fahaman itu. Pada tahun 1885, Syeikh Muhammad Abduh telah berpecah dengan Jamaluddin al-Afghani. Gerakan kebangkitan semula Islam tiba ke rantau Alam Melayu melalui tokoh- tokoh yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar seperti Syeikh TahirJalaludin (Minangkabau), Syeikh Abdul Ghani dan Syeikh Ismail Abdul Mutalib (Aceh) dan Syed Syeikh al-Hadi yang pernah mengunjungi Mesir dan tersepuh dengan gerakan pembaharuan ini. Cetusan daripada pemikiran demikian telah melahirkan sebarisan orang-orang Melayu Islam yang dikenali sebagai 'kaum muda' dengan idea pembaharuan menentang amalan dan pemikiran Islam yang didukung oleh ulama-ulama tradisional Islam dan badan-badan Islam kerajaan yang dinamakan sebagai 'kaum tua'. Berikutan daripada perkembangan tersebut, Syed Syeikh al-Hadi yang banyak dipengaruhi keintelektualan Mesir, telah menghasilkan novel perta.miinya.ber'judul Hikayat Fariclah Hanum (1925-1926). Melalui karya ini, la terpengaruh dengan sifat-sifat romantis yang terdapat dalam novel-novel Mesir, malah menggunakan watak dan latar Mesir. Ini diikuti oleh tokoh yang dianggap penting dalam genre ini, iaitu Ahmad Rashid Talu dengan novel-novelnya berjudul Kawan Benar (1927), lakah Salmah? (1928), 12 Kali  Sengsara (1929) dan Siapa Jahat (1929-1930) yang membawa watak dan latar Tanah Melayu sendiri dan tidak lagi berlatarkan Timur Tengah.

Perkembangan ini seterusnya disambung oleh penulis-penulis dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) seperti Keris Mas, Usman Awang, Awam il-Sarkam, Asraf, Masuri S.N dan Hamzah. Mereka bergiat bukan sahaja dalam bidang penulisan novel tetapi juga dalam bidang penulisan cerpen, sajak dan drama.

Sekitar tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an pula menyaksikan penghasilan novel-novel yang lebih mengarah kepada pengutaraan nilai-nilai falsafah atau pandangan hidup tertentu, misalnya Senja Belum Berakhir (1971) oleh Azizi Haji Abdullah,/Maw oleh S. Othman Kelantan dunHari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) oleh Anwar Ridzuan. Manakala bagi tahun-tahun 1980- an diwakili oleh novel Saudagar BesarDari Kuala Lumpur oleh Keris Mas. Novel- novel tahun 1990-an pula diwakili oleh Sidang Serangga (1980) oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Iman (1995) oleh Abdullah Hussein dan sebagainya. Antara sasterawan yang terkenal ialah Shahnon Ahmad. Tema-tema novel beliau ialah pendedahan kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Ini terlihat dalam karyanya berjudul Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau SepanjangJalan (1966), Srengenge (1974), Shit (1999) dan sebagainya. Beliau juga mengkritik tokoh- tokoh agama seperti terlihat dalam no\e\ny3iAl-SyaqaqI(\WS) dan Tok Guru (1988).

Dalam meningkatkan kegiatan kesusasteraan, pelbagai persatuan penults muncul di seluruh tanah air. Antaranya ialah PELITA (Terengganu); Persatuan Penults Kelantan (PKK) dt Kelantan; Persatuan Penults Johor (PPJ-diJohor; ASASI di Kedah dan sebagainya. Di peringkat nasional pula muncul persatuan- persatuan penulis seperti Gabungan Penulisan Nasional (GAPENA/ Kesemuanya memainkan peranan penting kepada pembentukan aliran kesusasteraan dan keintelektualan itu sendiri. GAPENA sendiri, sebagai sebuah pertubuhan di peringkat nasional sentiasa mengadakan sayembara dan seminar sastera untuk menggalakkan pertumbuhan sastera tanah air.

11.6 SENI DAN KEMAJUAN MELAYU

Konsep sent boleh difahamkan dengan meneliti beberapa penegasan mengenainya, antaranya, bahawa seni itu merupakan buatan manusia yang dihasilkan bertolak dari fitrah akal, budi dan perasaan. Seni itu merupakan kegiatan manusia yang mempunyai waktu senggang (lapang) dan hasil seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya dan penatapnya. Seni itu mengekspresikan alam sekitar dan budaya manusianya sebagai pencetus atau pendorong penciptaannya. Kemuncaknya ialah seni itu merupakan kegiatan bangsa yang maju iaitu menunjukkan wujudnya kemajuan atau peradaban.


Mengenai definisi seni ini, beberapa takrifan telah dikemukakan antaranya menurut ahli falsafah Yunani misalnya Aristotle yang menyatakan bahawa seni sebagai peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut menyertakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu. Everyman Encyclopedia mentakrifkan seni sebagai sesuatu yang dilakukan orang yang bukan merupakan keperluan asas melainkan dilakukan kerana kemewahan, kenikmatan atau dorongan kerohanian. Herbert Read pula mengaitkan keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk, sebagai hasil ekspresi yang mengutamakan dua proses aktiviti iaitu proses fizikal dan proses psikologikal. Monroe Breadsky menghubungkan seni dan keindahan kepada suatu benda yang memiliki kesan yang menyenangkan.

Rumusannya, seni ialah buatan manusia yang berkemampuan untuk menimbulkan kesan atau efek psikologis ke atas manusia lain yang melihat dan menikmatinya. Efek psikologis yang dimaksudkan mencakupi segala tanggapan melalui pengamatan, pengenalan dan imaginasi yang rasional atau emosional.

11.6.1 Seni dan Kehidupan

Hubungan seni bagi orang Melayu terungkap dalam kawalan kehidupan yang boleh dinyatakan seperti dalam ungkapan benkut:

Kehidupan kawalannya agama dan tatacara, Tatacara isiannya membentukkan wajah seni.

Penegasan ini sangat cocok dengan perkembangan yang telah dilalui oleh manusia yang mengisi dan member! erti kepada kemajuan Melayu. Perkembangan yang dimaksudkan ialah bagaimana hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu dengan manusia lain, hubungan manusia dengan alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan agamanya, dan penentuan pekerjaan mereka seperti seorang petani atau nelayan, dengan penentuan tindak-tanduk dan kelakuannya ditentukan pula oleh sistem kepimpinan seperti raja atau pemerintah dan rakyat, bahkan juga ditentukan oleh perhubungan melalui perdagangan dan pembuatan seperti menggunakan teknik dan teknologi. Semua ini akan mempengaruhi dan mengawal manusia ketika mereka mengisi daya kreatif mereka melalui penghasilan seni.

Dalam konteks penghasilan seni dengan kekemajuanan, daya usaha seseorang seniman Islam diberi erti pula melalui hubungannya dengan alam sekitar dan nilai agamanya. Tukang dan seniman Melayu turut menyalurkan kreativiti seni dengan matlamat "demi Tuhan", seperti usaha menyalin semula Al-Quran dengan bertulis tangan, menggubah lagu untuk nyanyian puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi, seperti lagu nasyid. Daya inspirasi dan usaha mereka juga didorong oleh kepuasan dimana hasil itu sebagai ekspresi rohani jiwa Islam, umpamanya dalam penghasilan seni ukir, apabila ayat-ayat Al-Quran  diukir pada kayu bagi menghasilkan sen! kaligrafi, dipahat atas batu, dan diukir atas dinding-dinding rumah.

Menjelang kurun ke-13,14 dan 15, dunia Melayu (Alam Melayu) telah mempunyai beberapa buah kesultanan Melayu Islam iaitu di Pulau Sumatera, selatan Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Pulau Jawa, Sulawesi dan Kepulauan Maluku, dan Kepulauan Filipina. Kerajaan-kerajaan ini telah menaungi pelbagai kegiatan keseniaan seperti kegiatan hasil seni rupa dalam bentuk kaligrafi, lukisan, ukiran, anyaman, tenunan, dan seni persembahan antaranya dalam bentuk pengucapan, muzik, tarian, bercerita dan seni lakon. Istana raja-raja Melayu Islam sebagai pusat kebudayaan telah berperanan menjadi penaung kepada kegiatan seni sebagai salah satu ciri dalam kemajuan Melayu.

Menjelang kurun ke-15, dunia Melayu sudah menjadi laluan utama budaya dan perdagangan dari luar sama ada dari negara-negara di bahagian dunia timur atau barat. Ini kerana dunia Melayu dari segi geografi, berkedudukan strategik terletak di pertengahan jalan laut (Jalan Sutera Maritime antara kedua kawasan utama ini. Perdagangan merupakan faktor yang turut membawa pengaruh dalam pembentukan seni budaya Melayu. Umpamanya dari negara China dibawa masuk kain dan benang sutera, dari India kain dan benang kapas, serta pewarna, dari Eropah kertas dan dakwat, dan dari Timur Tengah kain bertekat dan bertenun benang emas. Barang dagangan tersebut membuka peluang baru dalam berkarya dengan daya kreativiti manusia Melayu.

Dari hubungan ini terhasil bentuk-bentuk seni tekstil seperti kain songket, kain sutera, kain limar, kain batik, walaupun terdapat juga hasil kain yang memang asali tempatan antaranya kain pua dan kain tenun. Melalui hubungan ini juga terhasil bentuk-bentuk seni khat yang diupayakan sebagai kerajinan tangan hingga menghasilkan manuskrip dan kitab bertulis tangan. Seni tekat, ikat dan ceiup warna (tie and dye), dan seni anyaman bakul, tikar, kelarai juga sebagai hasil kraf Melayu.

Alam semulajadi ialah sumber utama kreativiti seni orang Melayu. Oleh itu peniruan alam mencakupi unsurflora dun fauna, iaitu tumbuhan dan haiwan dalam dunia Melayu. Kreasi yang berpolakan flora dan fauna dihias pula dengan motif dari sumber yang sama. Contoh motif dan pola flora seperti pola bunga tabur yang terisi dalam pilihan motif bunga-bunga kecil seperti bunga cempaka, lawang, cengkeh, ketumbit. Ada juga bentuk pola bunga-bunga renik yang disusun dalam pola rangkaian empat persegi atau berantai. Terdapat juga motif dan pola dari daun dan pohon, umpamanya pola batang atau dahan yang menjalar, dengan pengisian motif seperti daun dan bunga kangkong, daun dan buah peria dan sulur keladi.

Terdapat juga pola dari jenis pucuk seperti pola dari pucuk rebung yang disusun dalam sesuatu pola barisan lalu digelar dengan nama seperti pucuk rabung tunjuk langit, pucuk rebung lawi ayam, pucuk rebung berjuang dan seumpamanya mengikut lakaran hiasan wajah bentuk pucuk rebungnya. Pola pucuk rebung  itu turut pula dihias bahagian dalam atau luar lakarannya dengan motif seperti bunga-bunga kecil, jambak bunga dan sebagainya. Peniruan unsur alam sumber flora Melayu dari batang pokok dan dahan, daun dan buah, bunga dan kuntumnya sangat disukai oleh pereka seni Melayu hingga dijadikan sumber kreativiti seni oleh mereka.

Pola dan motif fauna, iaitu haiwan darat dan laut, juga digemari sebagai pola dan motif penghias bahan ukiran kayu, terutama pada bahagian tinggi seperti pada bumbung rumah, pada kenderaan seperti perahu dan pada perabot rumah. Contoh pilihan fauna sebagai penghias dalam bentuk pola dan motif dalam seni hias Melayu pada rumah dan peralatan rumah ialah binatang darat, seperti cicak, burung, serangga; dan dari binatang laut, seperti kuda laut, ikan, yang semuanya dibentuk secara tiruan yang berusaha mematuhi bentuk asalnya atau diabstrakkan dengan hanya mengambil bentuk kasarnya.

Terdapat juga peniruan dari alam semula jadi seperti langit, awan, bulan, bintang, bukit dan seumpamanya yang kemudian direka cipta dalam bentuk motif dan pola geometri seperti yang terdapat pada hasil seni bina Melayu iaitu jenis pagar, tangga, tiang, dinding dan atap yang berunsurkan tebukan dan ukiran kaligrafi, awan berarak, bulan dan bintang, bulan sabit, yang dipolakan dalam bentuk susunan dan gandingan. Antara bentuk pola yang popular ialah pola bentuk potong wajik, silang beratur dan seumpamanya. Kuih-muih Melayu juga dihias pemotongan atau pembentukannya dengan cara dipotong bentuk -wajik, empat segi, tiga segi, dibentuk bulat, bujur dan seumpamanya supaya nampak seni.

11.6.2 Ciri-ciri Hasil Seni Melayu

Sesuatu hasil seni bahkan mampu menampilkan kemahiran, kegemaran, dan kemajuan kreasi dan pengkaryanya melalui proses dan hasil seni itu, terutama jika hasil itu menjadi keperluan yang disenangi dan berguna. Sesuatu hasil seni itu mampu menyatakan 'alamnya', baik alam luaran (rupa) dan alam dalaman (jiwa). Umpamanya, kerajinan tangan orang Melayu telah menghasilkan seni tampak yang khusus. Sebagai contoh, kendi, tempayan, dan labu adalah nama- nama untuk bekas pengisi air yang meniru bentuk buah-buahan dan sayuran tempatan, seperti kendi bentuk buah asam gelugur atau jenis-jenis labu. Contoh lain umpamanya dalam pembentukan rupa senjata yang juga merujuk kepada fauna atau bahagian-bahagiannya yang kelihatan pada hulu atau mata peralatan senjata tradisional seperti pisau (lawi ayam) keris, lembing, parang dan meriam.

Seni bina Melayu dalam menghasilkan bangunan bukan sahaja menjadi tempat pelindungan bagi orang Melayu tetapi menampilkan wajahnya yang sesuai dengan fungsinya. Umpamanya masjid yang terisi dengan mimbar, telaga atau pancur air untuk tempat berwuduk dan bumbung yang khusus bentuknya memberikannya ciri seni bina masjid. Istana golongan raja-raja perlu pula diseri dengan balairong penghadapan, tempat persemayaman diraja, balai istiadat dan


seumpamanya. Batu nisan di perkuburan turut diolah dengan atur letak dan nukilan yang mencerminkan rupa dan jiwa manusia Melayu.

Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan dan kesopanan wanita Melayu, dan sebaliknya ketampanan dan ketangkasan lelaki Melayu. Gubahan gerak dan bentuk tari Melayu seperti tari menghadap rebab, tari makyong, tari gamelan, tarian inai, tarian inang dan tarian lilin menampilkan kelembutan dan kesopanan. Sementara itu tarian dabus, silat, kuda kepang, barongan dan zapin umpamanya mengutamakan ketangkasan dan kelincahan pada geraknya. Alat muzik yang merupakan seni persembahan muzik untuk mengiringi seni nyanyi, tari dan lakon menyatakan jugajiwa dan rupa Melayu. Rebab gendang dan gong, kompang, serunai dan sending adalah bentuk-bentuk alat muzik orang Melayu yang ada kelainannya jika dibandingkan dengan alat- alat muzik dari jenis yang sama dari budaya lain, biarpun masing-masing menggunakan prinsip bunyi yang sama, iaitu sama ada dengan penggunaan tali, tiupan, atau pukulan.

Seni tekstil dan busana Melayu turut menjadi suatu keunikan yang tersendiri dalam penampilan rupanya. Sebagai contoh, seni tekstil kerajinan tenun orang Melayu melahirkan bentuk-bentuk antaranya seperti kain pua, kain sampin, kain selendang, dan kain limar. Terdapat juga penghasilan batik dan songket yang khusus pembuatan dan penampilan motif dan polanya. Daripada keperluan berbusana terhasil pula kerajinan tangan untuk alat hiasan berbusana, seperti butang baju, pending dan tali pinggang, dokoh untuk penutup dan penghias dada, pemelih, bunga malai, tiara, mahkota untuk hiasan di kepala bagi wanita, dan tanjak, songkok, terendak, ikat, setangan dan seumpamanya untuk lelaki. Terdapat juga wangi-wangian seperti bunga rampai. Pakaian alas kaki pula seperti capal, selipar, kasut, terompah dan seumpamanya. Terdapat juga hiasan-hiasan badan seperti gelang tangan dan kaki, cincin, rantai, dan seumpamanya.

Seni dalam kemajuan Melayu Islam mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang Melayu dengan menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan harian, untuk upacara dan adat istiadat, atau untuk hiasan dan warisan.

11.7 PROSES SOSIALISASI DAN PEMBUDAYAAN

Proses sosialisasi (socialization process) ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi di dalam masyarakat tersebut. Pembudayaan (enculturation) pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya (culture traits) bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. Kedua-dua proses ini dijalankan pada semua tahap dalam kitaran hidup (life  cycles) seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil, iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat, dan seterusnya kehidupan berkemajuan.

Proses sosialisasi dilengkapi dengan kawalan sosial (social control) dan tekanan sosial (social sanction). Kawalan sosial sama ada berbentuk primer (primary social control) seperti adat resam, amalan masyarakat (folk ways), mores, dan sebagainya, atau berbentuk sekunder (secondary social control) seperti undang- undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polls dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk memastikan agar anggota masyarakat akur kepada segala peraturan dan bertindak dalam lingkungan yang dibenarkan oleh masyarakat dan budayanya. Sekiranya terdapat penyelewengan, maka akan dikenakan tekanan (sanction) oleh masyarakat dalam bentuk cacian, cemuhan ataupun denda.

Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut dibantu oleh komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang fungsional atau menjadi "orang".

Oleh sebab budaya Melayu berteraskan Islam dan adat, maka kedua- dua aspek ini menjadi asas utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Beberapa upacara rites de passage, iaitu gabungan unsur agama dan adat diadakan pada hampir setiap tahap dalam kitaran hidup. Malah, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang dhkuti. Ibu yang mengandung malah bapa pun, dikehendaki supaya tidak melakukan perbuatan yang buruk dan keji termasuklah tidak mendera binatang, jika tidak dipercayai anak yang bakal dilahirkan itu sedikit sebanyak akan mewarisi perangai buruk kedua-dua ibu bapanya (yang dilakukan semasa ibunya mengandung). Pada peringkat ibu mengandung itu juga, ibu bapa dikehendaki melakukan perkara yang baik-baik, termasuk mematuhi suruhan agama dan tidak meninggalkannya.

Sebaik sahaja dilahirkan, bapa ataupun datuk akan 'mengazankan' jika bayi itu lelaki, atau 'mengqamatkan' jika ia bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan yang mengandungi kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam' kepada bayi tersebut. Selain itu, beberapa upacara lain diamalkan oleh masyarakat Melayu (tradisi) dari peringkat kelahiran sehingga seseorang itu meningkat remaja. Ini termasuk upacara mencukur rambut, upacara menjejak tanah, upacara berendoi, upacara 'membelah mulut', upacara berkhatan, dan upacara berkhatam al-Quran. Dalam upacara mencukur rambut lazimnya pemberian nama kepada bayi juga dilakukan iaitu bagi lelaki berdasarkan nama Tuhan dengan tambahan  'Abdul' di hadapannya misalnya Abdullah, Abdul Rahim dan lain-lain, dan juga namaNabi seperti Muhammad, Ibrahim, Musa, Ismail dan lain-lain, atau nama sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Omar, Uthman, All dan lain-lain, manakala untuk perempuan nama-nama isteri Nabi misalnya Aisyah, Khadijah, Sufiah atau anaknya Fatimah. Hampir semua upacara yang disebutkan ini disertai dengan amalan yang memperlihatkan gabungan unsur-unsur adat dan Islam; mengadakan kenduri nasi (pulut) kuning, membaca ayat-ayat al-Quran, marhaban, berzanji dan membaca doa selamat.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram, halal dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga diajar bersembahyang, mengaji muqaddam dan al-Quran, berpuasa dan lain-lain. Dalam perkampungan Melayu, lazim kelihatan ibu bapa membawa anak mereka ke masjid atau ke surau terutama pada hariJumaat dan pada sepanjang bulan puasa (Ramadan). Ibu bapa juga melatih anak mereka berpuasa, sama ada separuh hari atau beberapa hari penuh berselang-seli di sepanjang bulan Ramadan.

11.8 KAEDAH DALAM PROSES SOSIALISASI

Dalam konteks mengajar seseorang anak ke arah pembentukan peribadi yang baik, di samping membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak tersebut ibu bapa Melayu menggunakan beberapa kaedah termasuk menegur, member! nasihat, menakut-nakutkan anak atau dengan merotan, tetapi tidaklah sampai mencederakan. Apabila anak-anak meningkat remaja, kaedah teguran dan nasihat lebih digunakan dan bagi orang Melayu teguran ini dilakukan sepanjang masa sehingga pada peringkat anak sudah dewasa, malah selepas mereka mendirikan rumah tangga. Kaedah teguran dan nasihat dilakukan dengan secara berhemah dan bijaksana.

Orang Melayu mempunyai daya kreativiti intelektual yang tinggi dari segi memerhati dan menghayati faktor-faktor alam secara rasional dan saintifik dan kemudiannya menggubah peribahasa dan pelbagai kata perbilangan yang lain sebagai analog! kepada perkara-perkara yang mereka perhatikan, alami dan hayati tersebut. Peribahasa ini digunakan sebagai panduan, teladan dan sempadan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat termasuk digunakan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Contohnya:

Diam ubi berisi, diam penggali berkarat.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Alah jadi abu, menang jadi arang.


Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya.
Besar pasak dari tiang.
Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa.
Bawa rasmi padi, makin berisi makin tunduk.
Jangan bawa rasmi jagung, makin berisi makin tegak.
Mandi diolak-olak, cakap di bawah-bawah.
Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya, lain negeri lain adatnya.
Ada padi ada batas, ada budi ada balas.
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga.
Putih-putih hampas kelapa dibuang juga.

11.9 PENDIDIKAN AGAMA DAN KEMAHIRAN PRAKTIKAL

Pendidikan agama, khususnya mengaji al-Quran sangat dipentingkan oleh orang Melayu. Jika tidak berupaya mengajar sendiri, anak-anak dihantar untuk mengaji dengan guru agama yang tinggal berdekatan. Sebelum kedatangan kuasa Barat, ramai ibu bapa menghantar anak mereka mengaji agama ke peringkat yang lebih tinggi melalui sistem pendidikan pondok, seperti di Kelantan, Kedah dan Patani. Lulusan sekolah pondok boleh menyambung pendidikan hingga ke Timur Tengah sama ada ke Haramain (Makkah dan Madinah) atau Universiti Al-Azhar di Mesir. Status mereka yang mendapat pendidikan agama yang bergelar 'lebai pondok'adalah tinggi dalam masyarakat Melayu. Mereka menjadi contoh teladan, atau menjadi role model yang baik dan menggambarkan contoh peribadi Melayu-Islam yang unggul. Lulusan agama ini selalunya menjadi pemimpin masyarakat terutama mengenai aspek-aspek keagamaan di peringkat lokal atau tempatan.

Dalam masyarakat Melayu tradisi, malah berlanjutan hingga ke hari ini seseorang anak itu dibekalkan dengan kemahiran praktikal yang perlu bagi mengambil alih peranan ibu bapa apabila dewasa. Lazimnya, kemahiran praktikal ini dihubungkan dengan gender atau jantina. Di kawasan luar bandar bapaakan melatih anak lelakinya dengan tugas dan tanggungjawab serta kerja-kerja berat yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki. Ibu pula berperanan melatih anak perempuan dengan tugas-tugas domestik (keperluan rumah tangga) sebagai  persediaan apabila anak perempuannya itu berkahwin, menjadi isteri dan seterusnya bergelar ibu.

11.10 PROSES SOSIALISASI FORMAL

Proses Sosialisasi secara formal pada masa ini dijalankan oleh agen-agen sosialisasi formal atau institusi-institusi pendidikan rasmi seperti di peringkat sekolah dan di peringkat institut pengajian tinggi iaitu maktab, kolej atau universiti. Pendidikan formal ini bertujuan untuk melengkapkan seseorang itu dengan kemahiran atau latihan yang diperlukan dalam bidang pekerjaan. Namun demikian, bagi sebahagian daripada orang Melayu yang berpegang kuat kepada kepercayaan agama selain menghantar anak mereka ke institusi pendidikan sekular, mereka juga menghantar anak mereka belajar agama secara formal di sekolah agama rakyat atau sekolah agama yang dikendalikan oleh pentadbiran kerajaan negeri. Terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah agama sehingga terus ke peringkat universiti. Tujuannya ialah bukan semata-mata membekalkan anak mereka dengan pengetahuan duniawi, tetapi juga membekalkan mereka dengan ilmu agama yang dapat membentuk peribadi dan jati diri Melayu-Islam. Kecenderungan gabungan pendidikan sekular dan agama ini menjadi bertambah popular di kalangan orang Melayu kerana pada masa ini mereka sedar bahawa tuntutan Islam adalah seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi. Malah, dalam masyarakat Melayu hingga kini, peribadi yang baik, luhur dan sebagainya atau sebaliknya diukur dari segi agama. Manusia Melayu yang tidak mengamalkan ajaran agama, setidak-tidaknya ajaran atau amalan yang paling asas, tidak dianggap mempunyai peribadi atau identiti Melayu- Islam yang sebenarnya.

Kawalan sosial sekunder dari segi penguatkuasaan undang-undang Islam ke atas kesalahan tingkah laku individu Melayu-Islam seperti berkhalwat, bersekedudukan tanpa nikah, berjudi, tidak berpuasa, berkelakuan atau terlibat dalam perbuatan lucah dan sebagainya adalah bertujuan untuk menjaga serta mengawal kesucian ajaran Islam supaya tidak tercemar. Orang Melayu yang mengakui dirinya sebagai orang Islam dikehendaki patuh dengan ajaran Islam. Mengenai kes-kes penyelewengan pesalah akan diambil tmdakan, didakwa, dan seterusnya didenda atau dihukum mengikut ketetapan undang-undang enakmen pentadbiran syariah yang ditadbirkan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Perubahan masyarakat yang pesat dalam zaman teknologi maklumat kini bukan saja membawa implikasi positif dari segi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemajuan ekonomi, tetapi juga membawa pelbagai implikasi negatif. Kekemajuanan bukan sahaja diukur dari segi kemajuan material semata- mata malah yang lebih utama ialah kemajuan kerohanian selaras dengan tuntutan agama dan budaya. Proses sosialisasi yang berkesan hasil gemblengan tenaga  dari semua pihak dapat mengawal sesuatu masyarakat dan kemajuan dan menjadi lemah dan runtuh. Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu hari ini berpunca sebahagian besarnya daripada kelunturan proses sosialisasi dari segi penerapan ciri-ciri budaya berlandaskan ajaran Islam. Dengan demikian, seseorang itu tidak mempunyai benteng dalaman atau internal sanction yang cukup kuat untuk mengelakkan diri dari terpengaruh hingga melakukan sesuatu di luar batasan agama dan adat.

Walau bagaimanapun, proses kebangkitan Islam yang berterusan kini memben semangat baru ke arah pembentukan penbadi Melayu-Islam yang lebih mantap. Dengan itu, kesinambungan kemajuan Melayu Islam bukan sahaja terjamm tetapi akan terus berkembang yang sekaligus memartabatkan bangsa Melayu itu sendiri serta meletakkannya pada mercu yang tinggi setandmg dengan bangsa-bangsa lain di dalam