Tuesday, May 29, 2012

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

1.1 TAKRIF TAMADUN DAN CIRI-CIRI PENTINGNYA
Perkataan 'tamadun' sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan 'tamadun' selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Sebenarnya perkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddarm dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja yang meruJuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara tidak langsung menekankan dua perkara yang penting dalam memberi takrifan

Halaman 3

yang lengkap terhadap tamadun. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun lalah hadarah yang berasal danpada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan penlaku kehidupan yang tinggi. Tamadun )uga senng disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat. Selam danpada itu, perkataan yang senng digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kou. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Berdasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih buruk danpada itu, tasawur terhadap kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umra.n yang digunakan oleh Ibn Khaldun.

1.1.1 Hubungan Tamadun dengan Agama

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta penlaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.

Halaman 4

kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selam daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.

1.1.2 Hubungan Tamadun dengan Budaya
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- cin kehidupan bertamadun. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:

a. Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

Halaman 5

1.1.3 Hubungan Tamadun dengan Bangsa
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat tamadun melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan kebangsaan. Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa Eropah dan Amerika Utara. Tamadun dan bangsa sebenarnya tidaklah mempunyai kaitan yang jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.

1.1.4 Ciri-ciri Asas Tamadun

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan tain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Meskipun terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang berbeza, kesemua tamadun yang telah muncul mempunyai cin-cin dasar yang sejagat seperti benkut:

a. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.
b. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.
c. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.
d. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewansan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
e. Kewu)udan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

Halaman 6

f.    Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
g.    Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

1.2 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Sorotan terhadap kemunculan tamadun-tamadun di dunia sebelum ini sememangnya begitu menarik. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk menggambarkan secara lengkap bagaimana boleh berlakunya perubahan pada sesebuah masyarakat daripada kehidupan mereka yang tidak bertamadun kepada kehidupan bertamadun. Perubahan tersebut boleh jadi berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. Setiap tamadun yang muncul kadangkala didorong oleh faktor-faktor yang tertentu baginya. Bagaimanapun secara lebih menyeluruh faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan tamadun- tamadun dunia sebelum ini adalah seperti berikut:
a.   Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Faktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-He dan Yong Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil, dan juga tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.
b.   Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai- nilai kehidupan yang tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada pembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.

Halaman 7

c.   Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya barganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni telah dilihat wujud pada hampir kesemua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazah dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

d.   Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan pendentaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan 'keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta' (necessity is mother of invention). Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

e.   Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun baru. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang telah bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan tamadun Cina. Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka. Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian memakmurkan kehidupan masyarakat yang seterusnya mendorong ke kemuncak kegemilangan. Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun dapat diperhatikan pencapaian-pencapaian yang

halaman 8

luar biasa dalam pelbagai bidang termasuklah kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah. Kegemilangan sesebuah tamadun juga dapat dilihat dari segi penciptaan teknologi yang seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu. Hakikat ini menerangkan bahawa kegemilangan dan kecemerlangan bukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu. Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam sejarah terdapat beberapa tamadun berlangsung untuk satu tempoh masa yang begitu panjang. Sebagai contoh tamadun Romawi berlangsung dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30SM -180 M). Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyyah dari tahun masehi 1299 sehingga 1922, lebih daripada enam kurun. Benarkah kemerosotan sesebuah tamadun itu disebabkan hukum sejarah yang pasti berputar setiap masa? Menurut Ibn Khaldun kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah putaran sejarah. Pada penngkat permulaan la berjaya kerana nilai- nilai baik, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

Sebaliknya para sarjana yang lain berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah. Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu boleh merosot kerana faktor-faktor berikut:

a.    Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada kurun ketiga dan keempat Masehi.

b.   Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak- hak kemanusiaan diketepikan sama sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang- wenangnya. Sebagai contoh, wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.'

c.   Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan: "Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu

halaman 9

adalah disebabkan ketinggian moralnya. Sekiranya moral mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap".

d.   Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Seorang tokoh pemikir masa kini, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap penganjakan paradigma (paradigm shift). Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.

e.   Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.

1.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, mstitusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat juga kesan- kesan negatif. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.

Sebagai contoh, interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam pada keseluruhannya membuahkan kesan positif. Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dari falsafah Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dunMokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dari Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita dan lain-

halaman 10

lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun. Demikian juga interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab turut memperlihatkan beberapa kesan yangpositif. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok- kelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan hak agama-agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam. Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dari zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masing-masing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana dan kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam.

Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara juga bersifat positif. Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim bermteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi. Meskipun agama mereka begitu berbeza dari segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di PulauJawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini. Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India sebelum zaman kolonial juga memberi manfaat kepada kedua-dua pihak meskipun hubungan ini tidak bebas daripada cabaran-cabaran tenentu. Sebagai contoh, budaya dalam berpakaian, pemakanan dan sent bina masyarakat di India Utara mengalami beberapa perubahan positif akibat daripada pertemuan dengan tamadun Islam. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk sent bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat India. Lahirnya bahasa Urdu merupakan hasil daripada interaksi bahasa Parsi (Islam) dan bahasa Hindi (Hindu). Kelahiran bahasa Urdu ini merupakan contoh yang paling bermakna berhubung dengan interaksi antara dua tamadun ini. Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme pula bermula dan kurun Masehi ketujuh lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan

halaman 11

saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Pars! yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He.

Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, sent bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam. Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun. Bagaimanapun, tidaklah tepat sekiranya kita memberi gambaran bahawa pertembungan antara tamadun semuanya membawa kesan positif. Hubungan antara Kristian dan Yahudi kurang memuaskan sejak dari permulaan lagi. Berlaku di Eropah antara kurun Masehi kesembilan dan kelapan belas, beberapa pembunuhan Yahudi secara beramai-ramai. Faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial bertanggungjawab terhadap keadaan seperti ini.

Demikian juga, terdapat putera-putera Kristian Eropah di zaman pertengahan melancarkan beberapa sin Perang Salib (Crusades) terhadap masyarakat Islam Timur Tengah sehingga begitu ramai orang Islam dan Yahudi dibunuh. Sekali lagi, faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial bertanggungjawab selain daripada faktor politik.

Dalam sejarah terdapat beberapa kes di India, panglima dan tentera Islam bertindak menghancurkan kuil-kuil Hindu sungguhpun perkara sebegini dilarang oleh hukum Islam sendiri. Keadaan yang sama turut berlaku apabila raja-raja Hindu bertindak membunuh rakyatnya yang beragama Islam. Sebelum kedatangan Islam ke India, terdapat kejadian golongan Buddha memusnahkan kuil-kuil Hindu, seperti juga golongan Hindu melakukan tindakan yang sama menghancurkan kuil-kuil Buddha. Kesemua ini merupakan contoh-contoh kesan negatifyang timbul hasil daripada pertembungan tamadun. Namun begitu secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Buddha, Konfusianisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor- faktor yang dilihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun lalah:

halaman 12

a.   Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi, memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.

b.   Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

1.4 PERSAMAANDANPERBEZAANANTARATAMADUN

Disebabkan tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat juga banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dalam konteks teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun mamfestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan:

1.4.1   Alam sekitar

Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian atau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diben pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak

halaman 13

memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu tamadun atau pengamalan budaya.

1.4.2  Keluarga

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setlap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

1.4.3 Komuniti

Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua- dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

1.4.4   Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja

halaman 14

yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam lamadun Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

1.4.5 Kegiatan Ekonomi

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan- pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dan ekonomi zaman moden adalah kayu pengukumya.

1.4.6  Pendidikan

Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembmaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner-Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya sendiri. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Halaman 15

1.4.7  Kesihatan

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang -wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

Halaman 16

Nota

1. Esposito, J. L., The Oxford Encylopaedia of The Modem Islamic World, Vol. Ill, (Oxford: University Press, 1995), him. 11.
2. Al-Attas, S. M. Naquib, "Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan", Konvensyen Masyarakat Madani, September 19-21, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1996, him. 1.
3. The New Encylopaedia Britannica, Vol.. XVI, Chicago, 1998, him. 874.

Halaman 17

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

2.1 KONSEP TAMADUN ISLAM

2.1.1  Pengertian Tamadun dan Tamadun Islam

Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah urnran, Umran digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau

halaman 21

badiah. Hadarah ialah suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudu.n yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut epistemologi, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya" . Ibn Khaldun, sebelum ini menghuraikan maksud tamadun Islam atau peradaban sebagai "pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai sent." Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.). Manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemenntahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

2.1.2 Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan

Selain beberapa istilah yang telah digunakan untuk merujuk kepada tamadun atau peradaban, istilah tamadun dapat dihubungkan dengan istilah kebudayaan. Namun begitu, antara tamadun dengan budaya wujud jurang pengertian yang berbeza terutamanya dari segi jangka hayat, iaitu tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan manakala budaya mempunyai jangka hayat yang pendek dan sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan. Unsur-

halaman 22

unsur kebudayaan yang berkekalan hayatnya akan dianggap sebagai unsur-unsur tamadun. Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang bersifat sejagat atau universal, iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan di dunia ini. Antara unsur-unsur bersifat sejagat ini ialah pertama, peralatan dan kelengkapan keperluan kehidupan manusia termasuklah pakaian, perlindungan (rumah), peralatan senjata, alat-alat pengeluaran dan sebagainya. Kedua, sistem perekonomian dan mata pencarian kehidupan. Ketiga, sistem kemasyarakatan, sistem keluarga, organisasi politik dan sebagainya. Keempat, bahasa sebagai alat komumkasi sama ada bahasa secara lisan ataupun melalui sistem tulisan; dan kelima, sistem ilmu pengetahuan.

Dalam konteks ini, terdapat sekumpulan sarjana sains kemasyarakatan, antaranya pengikut aliran Max Weber, yang membahagikan kebudayaan kepada dua kategon iaitu pertama, kebudayaan berbentuk kerohaman dan kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan. Kategori kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan inilah yang dinamakan civilization yang bermakna tamadun atau peradaban.

Berdasarkan ketamadunan Islam, kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu cara kehidupan, cara berfikir dan cara berasa ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan sekelompok manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang dan waktu. Dalam konteks ini, kebudayaan tertakluk kepada prinsip dan merupakan lanjutan dari agama dan membentuk integrasi yang lengkap dengan agama. Pembentukan kebudayaan atau kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui sumber-sumber asas perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Sekiranya berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia dianggap sebagai kebudayaan bukan Islam.

2.2 MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam dipelajari dan diperkenalkan secara sistematik kepada semua pengkaji dan pelajar kerana mempunyai dua matlamat yang utama iaitu matlamat umum dan khusus. Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Memandangkan Islam mempunyai satu cara hidup yang lengkap kepada manusia, maka melalui ilmu tamadun Islam ini kesemua sistem hidup tersebut akan dihuraikan secara ilmiah.

Matlamat tamadun Islam secara umumnya juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., khulafa' al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah

halaman 23

disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam.

Matlamat khusus tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam. Di samping itu, tamadun Islam juga mempunyai matlamat khusus untuk mewujudkan hubungan manusia dengan sesama manusia serta mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tamadun Islam, terdapat beberapa ciri yang dianggap sebagai bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan seperti pengenalan dan penggunaan sistem tulisan. Tulisan merupakan salah satu ciri penting tamadun Islam kerana ia berperanan mempercepat proses penyebaran kebudayaan Islam dan seterusnya meningkatkan perkembangan ilmu yang member! kesan penting terhadap perubahan dan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan umat Islam. Kedua, kemunculan kota dan bandar yang berkemampuan untuk menampung peningkatan jumlah penduduk yang sedia ada di samping yang datang berhijrah atau bermigrasi. Ketiga, wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan membentuk suatu masyarakat Islam yang mengandungi pelbagai bangsa dengan pelbagai peranan. Perbezaan peranan ini pula melahirkan pembahagian pengkhususan kerja dan seterusnya terbentuklah suatu ekonomi bandar. Dan keempat, kewujudan bangunan-bangunan atau monumen bersejarah yang menjadi lambang keagungan dan kebanggaan generasi kemudiannya, seperti istana, masjid dan sebagainya.

Ciri-ciri yang bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat melahirkan matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama, hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam; kedua, hubungan manusia dengan sesama manusia; dan ketiga, hubungan manusia dengan alam sejagat.

2.2.1 Hubungan Manusia dengan Allah Pencipta Alam

Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk memikirkan tentang alam ini semata-mata. la menyuruh manusia berfikir lebih jauh daripada itu, dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung dalam alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan pencipta-Nya kerana Dialah (Allah s.w.t.) yang memudahkan dan mengurniakan kepada ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna, tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi sepenuhnya segala sumber dalam alam ini.

Hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah

halaman 24

hubungan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan-hubungan lain; seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Hakikatnya, hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada perhubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu, hubungan dengan Allah s.w.t. adalah perhubungan yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni. Perhubungan dengan Allah s.w.t. adalah setinggi-tinggi martabat perhubungan, yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci.

Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara- saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampal Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak member! petunjuk kepada orang- orang fasik. (Surah At-Taubah: Ayat 24)

Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. adalah suatu bentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandmgkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan. Umpamanya, hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah), serta mematuhi ajaran yang dianjurkan oleh mereka, di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungan perhambaan, kerana para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Isa itu tidak lain hanyalah seoranghamha yangKami kumiakan kepadanya nikmat (kenabian)dan Kamijadikan dia sebagai taw/a bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel (Surah Az Zukhruf: Ayat 59).

Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t telah melahirkan beberapa implikasi dan tanggapan yang tersendiri. Pertama, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap Penciptanya, Pencipta Manusia dan Alam Semesta. Pencipta ke atas segala-galanya termasuk undang-undang dan peraturan-peraturan yar.g manusia dan alam tunduk di bawahnya, yang dikenali dengan nama 'undang-

halaman 25

undang sebab-musabab'. Dalam pengiktirafan ini, manusia di dalam genggaman Allah s.w.t dan di bawah tadbiran-Nya, dan tidak dapat terpesong daripada- Nya. Segala kejadian yang berlaku mendorong timbulnya perasaan manusia, bahawa ia adalah suatu makhluk yang dimiliki Allah s.w.t., dan daripadanya terbit perasaan bertawakal ketika ia melaksanakan undang-undang sebab- musabab itu. Maka itu, terbentuklah pergantungan hati terhadap Penciptanya dan permohonan pertolongan adalah semata-mata kepada Allah s.w.t.

Kedua, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya. Pengiktirafan ini termasuklah sikap mengagungkan dan membesarkan Allah s.w.t. serta mentakdiskan-Nya, di samping tunduk dan khusyuk kepada-Nya, serta patuh kepada suruhan dan larangan-Nya, reda dan menyerah diri kepada segala hukuman-Nya, setelah manusia itu sendiri menghabiskan daya usahanya dalam setiap kegiatan wajib yang berhubung dengan duniawi dan akhirat.

Ketiga, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap nikmat-nikmat Allah s.w.t. Pengiktirafan ini merupakan suatu kewajipan manusia yang berbudi tinggi dan mengenang jasa, kerana nikmat-nikmat Allah s.w.t. kepada manusia tidak ternilai dan tidak terhingga. Maka itu, sebagai makhluk yang dicipta, manusia membalasnya dengan mengucap kata puji-pujian dan kesyukuran yang layak bagi sifat-sifat ketinggian-Nya dengan membuktikan melalui amal yang ikhlas, lahir dari batin semata-mata untuk-Nya.

Keempat, manusia yang dicipta sentiasa menyedari dan mengharapkan rahmat dari Penciptanya. Penganugerahan Allah s.w.t. adalah meliputi dirinya dengan apa yang diusahakan melalui jalan-jalan yang mendampingkan dirinya dengan Allah s.w.t. dan rahmat-Nya.

Kelima, manusia yang dicipta mempunyai perasaan bertanggungjawab. Melalui satu hubungan yang murni, hendaklah wujud perasaan bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. sebagai Penciptanya yang memegang teraju kehidupannya, penguasa ke atas dirinya dan untung nasibnya.

Keenam, penumpuan hanya kepada Allah s.w.t. melalui permohonan dan doa. Permohonan dan permintaan hanyalah kepada Penciptanya sahaja kerana selain-Nya, semuanya adalah makhluk yangjuga dicipta-Nya, yang lemah dan tidak berdaya. Oleh itu permohonan kepada yang lain, adalah merendahkan ketinggian dan kemurahan Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya itu, dan ini merupakan suatu kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.

Dan ketujuh, bagi manusia yang dicipta, cinta dan rindukan Allah s.w.t. adalah sebagai matlamat kehidupan. Cinta dan rindukan Allah s.w.t. sebagai sumber bagi segala yang maivjud (wujud) dan sumber bagi segala kenikmatan dan rahmat umum di alam ini, di samping mencari keredaan-Nya yang sejati, agar dapat menikmati kebahagian di dunia dan akhirat.

Halaman 26

2.2.2 Hubungan Manusia Sesama Manusia

Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu tetapi sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu ukuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq, iaitu ketakwaan dan ketaatan kepada-Nya, di samping berbuat baik kepada hamba- hamba-Nya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan semang iwanita, lalu Kamijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnyayangpaling mulia di sisiAllah ialahyangpaling takwa di antara kamu (Surah Al-Hujuraat: Ayat 13). Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan tentang umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud: Tidak ada kelebihan seorangArah dengan seorang 'Ajam, kecuali kerana takwanya (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, dan sebaliknya, membuka pintunya kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini atas dasar persamaan yang sempurna, dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni. Atas dasar ini, maka semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Namun begitu, dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam (Muslim) dengan orang Islam yang lain, dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. Dengan itu, Islam mewajibkan kepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya, di samping terhadap orang Islam sendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam.

Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. antaranya yang bermaksud; OrangMukmin itu dengan mukminyanglainadalahlaksariasatu bangunan, bahaffanyangsatu mengwttkan bahagian yang lain (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud: Bandingan orang-orangmukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tuhuh,jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidurdan merasa demam (panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Halaman 27

Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dan kasih sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang tinggi. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa tamadun Islam begitu mementingkan hubungan sesama manusia.

2.2.3 Hubungan Manusia dengan Alam Sejagat

Tidak dapat diragukan lagi, bahawa manusia itu merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada di kedudukan yang istimewa dan berbeza antara bahagian-bahagian lain. Berbanding makhluk lain di alam ini, manusia dikurnia atau dianugerahkan dengan pancaindera yang berkembang dan subur, di sampmg akal fikiran yang dapat mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan hasil yang dicapai oleh pancaindera itu hmgga dapat menjelaskan tentang hakikat alam itu sendiri. Manusia dikurniai roh yang mempunyai keupayaan untuk subur dan membesar serta meningkat ke arah ketinggian.

Maka itu, hubungan manusia dengan alam sebagaimana yang dibentangkan dalam al-Quran ialah pertama, hubungan dalam bidang pengambilan kepentingan dan penundukan segala yang terdapat padanya untuk faedah, maslahat dan kepentingannya. Dalam al-Quran, ternyata banyak ayat yang menyentuh mengenai kemanfaatan yang diperolehi manusia. Antaranya, mengenai hubungan manusia dengan binatang. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami tundukkan binatang-hinatang itu untuk mereka, maka seixihagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan (Surah Yaa Slin: Ayat 72). Manfaat hubungan manusia dengan laut, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

Dan Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera belayar di dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah An Nahl: Ayat 14)

Manfaat hubungan manusia dengan air dan tumbuh-tumbuhan, menurut firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan

halaman 28

sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan, tanam- tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan bermacam- macam  buah-buahan, sesungguhnya padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikiran. (Surah An Nahl: Ayat 10-11;

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, Allah s.w.t. sebagai Pencipta manusia dan alam ini memerintahkan hamba-Nya, manusia mengambil daya usaha untuk memanfaatkan segala ciptaan. Pemanfaatan terhadap ciptaan Allah s.w.t. ini, hendaklah dipergunakan dengan sepenuh tanggungjawab untuk kemaslahatan dan kepentingan manusia.

Keduanya, dalam hubungan manusia dengan alam sejagat ini, alam sejagat merupakan pentas yang dijadikan renungan dan kajian serta mendalamkan pemikiran terhadapnya termasuk isi kandungannya. Tentang alam sejagat ini, al-Quran telah mengulang-ulangkan beberapaperkataan mengenai pmglihatan,pemanclangan,pendengamn, selain yang menunjukkan pemikiran iaitu mereka memahami, mereka berfikir, mereka mengetahuinya dan sebagainya. Melalui perkataan-perkataan ini, manusia hendaklah membuka mata terhadap alam sekitarnya, memerhatikan dan mendalami renungan terhadapnya dengan menggunakan akal yang sempurna. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan apakah mereka tidak, memerhatikan bahawasanya Kami menghalau (awan yang mengandungi, air) kebumiyangtandus,lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman (Surah As-Sajdah: Ayat 27).

Sebagai kesimpulan, manusia dengan fitrah dan tabii yang semula jadi akan tunduk akur kepada Allah Yang Maha Bijaksana sebagai Pencipta Sekalian Alam, termasuk manusia. Maka itu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan sesama manusia, dan hubungan manusia dengan alam sejagat akan melahirkan kekukuhan iman di dalam jiwa serta ketakwaan yang padu daripada aspek rohani dan jasmani, dan akhirnya akan tunduk dan patuh hanya kepada Penciptanya, Allah Yang Maha Perkasa.

2.3 DASAR TAMADUN ISLAM

Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak hidup; memelihara

halaman 29

akal fikiran; memelihara kehormatan dan keturunan; memelihara harta benda; dan memelihara hak dan kebebasan.

2.3.1 Hak-hak Hidup

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah hak masyarakat, tanpa kebenaran-Nya tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar hak ini. Tentang kehidupan ini, Allah s.w.t. telah menegaskannya dalam firman-Nya, yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kamilahyangmenghidupkandan mematikan, dan Kamillah yangmenjadi 'waris (Surah Al-Hijr: Ayat 23).

Dalam hal ini, seseorang yang menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna menceroboh masyarakatnya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Siapayangmembunuh orangtanpakesalahanatau berbuatkerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia semuanya (Surah Al-Maaidah: Ayat 32).

Manakala seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah s.w.t. dan kekuasaan-Nya. Maka itu ia berhak untuk menerima azab di akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Siapa yang melakukan yang demikian secara ceroboh dan zaiim, maka Kami akan membakamya dengan api (Surah An-Nisaa': Ayat 30).

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan pertamanya, setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua, setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkantubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya terhadap dirikamu, kamu ada mempunyai hak, dan terhadap tuhuh kamu, kakamu mempunyai hak. (Diriwayatkan oleh Bukhari). Ketiga, setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu, tetapijangan melampaui batas (Surah Al-A'raaf: Ayat 31). Dan keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing), kiranya dengan perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian.

Halaman 30

2.3.2 Memelihara Akal Fikiran

Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal. Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (Diriwayatkan oleh Muslim). Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam kepada orang-orang yang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah s.w.t. yang bermaksud: Manusia itu ada dua golongan; orangpandai danpelajar, tidak ada kebajikan selain daripada kedua-duanya (Diriwayatkan oleh Muslim). Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau member! kesan negatif. Ini akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah s.w.t. Maka itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan, dan kemabukan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan.

Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah s.w.t., fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, yang bermaksud: Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya, keamli orang-orangyangpandai (Surah Al- 'Ankabuut: Ayat 43).

2.3.3 Memelihara Kehormatan dan Keturunan

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Maka itu, diturunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka sama-sama dihukum dan sama- sama diberi pengajaran. Allah s.w.t. telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menumt apa yang telah diusahakannya (Surah An-Najm:

halaman 31

Ayat 39). Rasulullah s.w.t. juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal)dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah (DiriwayatkanolehBukharidan Muslim).

Dengan undang-undang dan peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian. Jaminan tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda bermaksud: Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini (Diriwayatkan oleh Bukhari).

Dalam Islam juga, ditekankan tentang pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

2.3.4 Memelihara Harta Benda

Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah ilmufaraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikul fitrah manusia sendiri.

Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua orang dituntut mencan haluan hidup dan pencanan rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah s.w.t. meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk-Nya di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: A llah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh berjalanpadanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu holeh mencan daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan la telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di humi semuanya (Surah Al-Jaatsiyah: Ayat 12-13).

Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.

Halaman 32

Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas danpada sebuah hadis Rsulullah saw yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbnnuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid (Diriwayatkan oleh Bukhari). Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencun, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.

2.3.5 Memelihara Hak dan Kebebasan

Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab berbunyi, Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas. Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna musuh-musuh telah melucutkan hak kebebasan manusia.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa. Maka itu, syiar Islam iaitu tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. dan lambang ketaatan ialah, Kepada-Mulah kami sembah dan kepada Mulah kami memohon pertolongan (Surah Al-Faatihah) yang diulang- ulang sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam di dalam solat lima waktu.

Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yangjahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas. Allah s.w.t. dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat demikian melalui firman-Nya, yang bermaksud: Tidakkah engkaufikirkan (bagaimana peliknya) orangyang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya (Surah Al-Furqaan: Ayat 43). Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Tiadapaksaan dalam beragama (Surah Al-Baqarah: Ayat 256).

Mengenai kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut sebagai waris. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan Kami hendak memberi kumia kepada orang-orangyang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang- orangyang mewarisi (humi) (Surah Al-Qashash: Ayat 5).

Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Mereka yang sekiranya Kami berikkan kedudukan yang baik di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan

halaman 33

zakatdan menyuruh mamisia herbuat kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan mungkar (Surah Al-Hajj: Ayat 41).

Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek penting, iaitu pertama, melaksanakan kebajikan dan kedua, melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara, serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat. Segala kebebasan ini terikat kepada hak-hak tabii manusia dan maslahat umum. Maka itu, Islam telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.

2.4 SIFAT.SIFAT TAMADUN ISLAM DAN CIRI-CIRI UTAMA ISLAM

2.4.1  Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian atau sifat-sifat yang dianggap unik berbanding tamadun- tamadun dunia lain. Pertama, sifat tamadun Islam ialah sejagat. Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden.

Kedua, sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Dalam konteks ini, keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Ini bermakna, keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi iaitu unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat. Sebaliknya, Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut.

Ketiga, tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman iaitu berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.

Keempat, sifat tamadun Islam ialah toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan yang lain. Tamadun Islam pernah

halaman 34

berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka, sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan balk dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.

Dan kelima, tamadun Islam mempunyai ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam, dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta Seluruh Alam.

2.4.2 Ciri-ciri Utama Islam

Setelah mengetahui sifat-sifat tamadun Islam secara menyeluruh di dalam topik di atas, maka amat wajar untuk kita mengetahui pula ciri-ciri utama Islam yang mendasari kehidupan umat Islam dalam membina sebuah ketamadunan yang suci. Ciri-ciri utama Islam ini juga disebut oleh Dr. Karim Zaidan dalam bukunya Usul al-Dakwah sebagai ciri-ciri khusus Islam.

Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah s.w.t. dan hubungan sesama manusia. la juga menekankan dan menyeru keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.

Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan setiap tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Setiap manusia di seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut. Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang kepada manusia untuk membina tamadun yang sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual). Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang

halaman 35

paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t. Tunjangnya lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la realistik dan segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t

halaman 36

Ibn Manzur, Lisan al-Arah, (Beirut: Dar Ihya al-Turath, 1997), Juz. 3, him. 215.
Ibn Khaldun, Muqaddimah, (Beirut: Dar Ihya al-Turath, 1990), him: 49.
Ibid.., him. 132.
Ibn Manzur, op.dt, him. 56.
A.S. Hornby, 1995. him 201,dan Kamus Dwihahasa, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), him. 196.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Preliminary Statement on A General Theory ofthelslamization of the Malay—Indonesian Archipelago, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972), him. 10.
Ibn Khaldun, op.dt., him. 52.
Abd. Karim Zaidan, Usul al-Dakwah, (al-Manaral-Islamiyah,1987), him 4-14.


Halaman 37

KELAHIRAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

3.1 MANUSIA DAN MASYARAKAT JAHILIAH

3.1.1   Jahiliah dan Pengertiannya

Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahalun atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat. Pengertian ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lehih baik daripada (hukum) Allah hagi orang yang yakin (Surah Ali Imran: Ayat 154) dan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dialah yang mengutus kepada kamu yang buta huruf '(Arab Jahiliah) seorang rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab

halaman 39

dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumu'ah: Ayat 2).

Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam al-Quran, ciri-ciri masyarakat Jahiliah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan keempat, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boieh membaca dan menulis. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya kitab suci al-Quran al-Kanm atau sebelum zaman pra-Islam. Sesuatu masyarakat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah sekiranya memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Dalam al-Quran, zaman Jahiliah tidak dibataskan menurut masa dan dinyatakan secara umum, begitu juga dengan kamus-kamus Arab yang hanya menyatakan Jahiliah itu zaman sebelum Islam. Dalam konteks Semenanjung Tanah Arab, tempoh masa Jahiliah ialah berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas keruntuhan kerajaan Saba' di penngkat ketiga atau di penngkat akhir kerajaan Himyar (Tubba) sekitar tahun 300SM sehmgga turun al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.pada tahun 610 Masihi. Pada zaman itu, tiada nabi diutuskan dan tidak ada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk kepada masyarakat. Ciri-ciri pembangunan dan ketamadunan hampir lenyap benkutan runtuhnya empangan Ma'arib. Masyarakat ketika itu kehilangan pedoman kerana dilanda kejahilan iaitu tidak mewarisi ilmu pengetahuan sebelumnya, dan seterusnya berlaku krisis akhlak atau moral sehinggalah diturunkan kitab suci al-Quran al-Karim. Dengan sebab itulah, masyarakat Arab sebelum Islam dianggap sebagai masyarakat Jahiliah.

Menurut seorang tokoh orientalis, iaitu P. K. Hitti beliau menyatakan Jahiliah bukan membawa pengertian jahil dari segi ilmu pengetahuan, tetapi sebenarnya jahil dalam aspek keagamaan sahaja. Beliau berpendapat, pada zaman masyarakat Jahiliah tersebut tidak terdapat nabi atau kitab sebagai sumber petunjuk. Namun begitu, orang Arab di kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab tidak boleh dianggap jahil atau bodoh kerana mereka telah pun mempunyai tamadun yang tinggi. Pendapat beliau berhubung dengan makna Jahiliah ini hampir-hampir diterima oleh penulis-penulis moden, terutamanya di kalangan penulis berbangsa Arab antaranya Ahmad Syalabi dan Hasan Ibrahim Hasan. Di dalam dunia Islam, orang Arab dan bangsa-bangsa tertentu sememangnya suka dipuji dan disanjung, dan kadangkala mereka sebenarnya terperangkap dengan puji-pujian dan sanjungan ini. Dalam rangka gerakan golongan orientalisme pihak orientalis sentiasa berusaha memperkukuh semangat nasionalisme di kalangan orang Islam dan cara paling mudah dengan membangkitkan zaman tradisi mereka. Dengan harapan agar sejarah bangsa Arab zaman Jahiliah dapat membayangi sejarah mereka selepas Islam dan inilah usaha yang hendak dilaksanakan oleh golongan orientalis termasuk P. K. Hitti.

Halaman 40

Adakah pernyataan P. K. Hitti ini tepat? Pendapat P. K. Hitti tidak tepat jika dilihat dari segi kronologi sejarah. Tidak dapat dinafikan dari segi sejarah, bahawa kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab terutamanya pada zaman kegemilangan kerajaan Saba' telah mencapai kemajuan, tetapi pada waktu itu telah terdapat seorang nabi iaitu Nabi Sulaiman a.s. Kerajaan Saba' telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan dengan itu, Allah s.w.t. mengurniakan kerajaan tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Negeri yang makmur dan mendapatpengampunan Tuhan (Surah Saba': Ayat 15), Begitu juga kerajaan Himyar, di peringkat awal menerima nikmat dan pengampunan dari Allah s.w.t. Setelah kedua-dua kerajaan ini ingkar terhadap Allah s.w.t, maka diturunkan bala dan sejak itu tamadun Arab yang dibina di kawasan selatan Semenan)ung Tanah Arab mengalami keruntuhan.

Sepanjang zaman Jahiliah, masyarakat Arab berada dalam keadaan kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran. Selain mengalami keruntuhan dan segi nilai agama dan akhlak, mereka juga mengalami keruntuhan dari aspek politik dan pemerintahan, ekonomi dan sosiobudaya.

3.1.2 Sistem Kepercayaan dan Agama

Pada zaman Jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan agama memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut dan masyarakat Arab ketika itu sedang menempuhi zaman kegelapan. Pengaruh asing merupakan faktor penting yang membawa tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab. Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan hubungan luar terutama dalam urusan perdagangan, hubungan diplomatik atau kegiatan- kegiatan keagamaan. Kawasan di persisiran pantai dan bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah, Yaman, Oman dan Bahrain telah memainkan peranan penting dalam penyebaran pelbagai agama kerana merupakan pusat tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan penyembahan berhala.

Dalam konteks ini, golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab dikategorikan kepada lima iaitu pertama, penyembah berhala (agama Wathani); kedua, penyembah apt (Majusi); ketiga, Yahudi; keempat, Nasrani (Kristian); dan kelima, Hanif (Samawi). Agama menyembah berhala mepJpakan agama paling penting dan berpengaruh di kalangan orang Arab. Menurut Ibn Kaibi, agama menyembah berhala bermula bila Umar bin Luai yang melawat ke Syam (Syria) untuk mendapatkan ubatan, dan ketika itu beliau melihat kaum Balqa' menyembah berhala. Beliau membawa agama ini kembali ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan haji mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya, dibawa ke tempat masing-masing untuk disembah sebagai mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu, kepercayaan sesetengah orang Arab terhadap Hajar as-Aswad yang berada di Kaabah

halaman 41

dikatakan berpunca dari langit, maka disembah sebagaimana mereka menyembah bintang-bintang di langit. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada emas atau perak yang berbentuk asli atau replika. Antara berhala-berhala yang masyhur disebut dalam al-Quran ialah berhala al-Lat (Taif), al-Uzza (Nakhlah), al-Manar (antara Makkah dengan Madinah) dan Hubal (kota Makkah). Makkah merupakan pusat agama berhala dan di sekeliling kaabah, dianggarkan terdapat sejumlah 360 buah berhala yang disembah.

Agama menyembah api atau Majusi berasal dari Parsi. Kaum Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t. tetapi mereka mengikut nabi-nabi palsu. Agama ini terbahagi kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut agama Majusi menetap di Yaman, Oman, dan Bahrain kerana semua kawasan ini terletak di bawah pengaruh Parsi.

Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan baginda diutuskan membawa kitab suci Taurat. Penganut asal agama ini ialah dari kalangan bani Israel di utara Semenanjung Tanah Arab. Namun begitu, golongan agama bani Israel telah mengubahsuai kandungan kitab suci Taurat dan ini dilaknat oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lain dikatakannya: 'Ini dari Allah', (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu (Surah Al Baqarah: Ayat 79). Antara yang menganut agama Yahudi ini ialah YusufDhu Nawas, pemerintah terakhir kerajaan Himyar.

Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan Allah s.w.t kepadanya bersama-sama kitab suci Injil dan penganut asalnya, juga dari kalangan bani Israel. Mereka juga mengingkari ayat-ayat Allah s.w.t. dengan mengubahsuai kitab injil menurut keperluan dan kepentingan mereka. Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi peranan penduduk Ghassan dan Hirah dan di sebelah selatan melalui peranan penduduk Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat beberapa suku Arab yang menerima agama ini iaitu suku Ghassan, Judham, Salih, Lakhm (di timur), Tayy dan Tha'labah (di tengah). Pusat agama Nasrani yang terkenal ialah di Najran, kawasan barat daya Semenanjung Tanah Arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat beberapa orang tokoh yang menganut agama ini antaranya Waraqah bin Naufal.

Agama Hanif atau digelar Hunafa' dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan dianuti segelintir orang Arab. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. adalah hanifQamak: hunafa'} yang mentauhidkan Allah s.w.t. Baginda seorang hanif dan Muslim, bukan Yahudi atau Nasrani. Antara yang menganut agama ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan tidak melakukan perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t.

halaman 42

Namun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan sebahagian pula mengamalkan kepercayaan animisme seperti menyembah roh, penunggu atau kuasa ghaib; dan corak penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung kepada suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya masyarakat Petra dan Palmyra menyembah matahari, sementara bulan dipuja oleh masyarakat Ma'in. Matahari dan bulan disembah kerana kedua-duanya dianggap menghidupkantanaman mereka.

Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap adat (sunnah) yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara yang diamalkan ialah menilik nasib bagi melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli sihir dan kuasa azimat.

Kepercayaan dan agama masyarakat Arab im dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, kepercayaan beragama dan kedua, kepercayaan animisme. Secara umumnya, sejumlah besar masyarakat Arab Jahiliah berada dalam kehidupan yang penuh dengan kesesatan dan terpesong dari akidah yang sebenar. Maka itu, kedatangan Islam pada tahun 610 Masihi menerusi Nabi Muhammad s.a.w. telah mengubah masyarakat Arab khasnya dan dunia amnya, tidak setakat pada akidah tetapi juga aspek-aspek ketamadunan manusia.

3.1.3  Sistem Politik dan Pentadbiran

Pada zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa penuh kerana negara-negara tersebut telah tergugat akibat penjajahan. Sejumlah besar kawasan penting di Semenanjung Tanah Arab diletakkan di bawah kuasa-kuasa penjajah asing terutama empayar Rom (Barat dan Utara) dan Parsi (Timur). Empayar Rom (Kristian) dan Parsi (Majusi) menguasai sebelah utara manakala di selatan dikuasai oleh Habsyah-Rom (Kristian) dan Parsi. Kawasan tengah iaitu Makkah tidak dijajah tetapi menerima kesan buruk daripada penjajahan asing ini. Makkah menerima kesan buruk berikutan pendudukan tentera Habsyah-Rom di Yaman yang secara tidak langsung telah menggugat ketenteraman dan keamanan. Dalam waktu ini, Makkah pernah diserang oleh tentera Yaman pada tahun Gajah tetapi ia mengalami kegagalan. Ini menunjukkan, kestabilan politik Makkah tergugat dengan kehadiran kuasa-kuasa penjajah asing di Semenanjung Tanah Arab.

Di kawasan yang ditakluki kuasa-kuasa asing, suasana dan keadaan adalah lebih teruk seperti Ghassan, Hirah dan Yaman yang serba mengalami kesusahan dan kepayahan. Kesan penjajahan menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak atau berkabilah, sering berperang sesama mereka untuk mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan-kerajaan yang memerintah atau yang menjajah kawasan itu. Keadaan ini tidak jauh berbeza dengan masyarakat di luar bandar, iaitu kaum Badwi.

Halaman 43

Walaupun kawasan-kawasan tersebut telah memiliki pemerintahan atau pentadbiran tersendiri tetapi masih tidak boleh dianggap sebagai pemerintahan yang maju atau bertamadun kerana masing-masing dijajah dan tidak merdeka. Ternyata, bentuk politik yang terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliah jauh bertentangan atau berbeza dengan keadaan politik pada zaman Islam yang bebas daripada cengkaman penjajahan, dan berstatus merdeka.

3.1.4 Sistem Perekonomian

Kehidupan masyarakat Arab di beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Arab antaranya di Yaman, Makkah dan di beberapa kawasan di utara agak mewah, terutama dalam bidang perdagangan dan pertanian. Kemewahan ini tidak berkekalan apabila ekonomi mengalami kemerosotan berikutan keruntuhan empangan Ma'arib dan kejatuhan beberapa kawasan yang kaya ekonominya di tangan penjajahan kuasa-kuasa asing terutama Rom dan Parsi. Ini menunjukkan ketidakstabilan politik menjejaskan sistem perekonomian dan sebaliknya. Di kawasan selatan, selepas keruntuhan empangan Ma'arib, pengeluaran pertanian mengalami kemerosotan teruk kerana tiada sistem pengairan yang baik dan ini mendorong sejumlah masyarakatnya berpindah ke kawasan utara untuk mencari sumber-sumber ekonomi baru. Di bahagian utaranya, kawasan ini hanya sesuai untuk kegiatan perdagangan kerana dilitupi oleh kawasan padang pasir. Ramai pedagang dan selatan berdagang di kota Makkah, Hirah dan Ghassan namun perdagangan tidak menguntungkan kerana terdapat beberapa halangan. Antaranya ialah kesan penjajahan kuasa asing dan berlakunya pertelagahan sesama kabilah Arab, yang membantutkan perkembangan ekonomi.

Berikutan pecahnya empangan Ma'arib, kerajaan Himyar yang mengalami keadaan ekonomi merosot telah mencari sumber kekayaan ekonomi lain iaitu melaksanakan dasar perluasan kuasa. Melalui dasar perluasan kuasa, Himyar berjaya mengumpulkan sejumlah harta yang banyak tetapi kemudiannya kerajaan ini terus mengalami kemelesetan ekonomi yang semakin teruk sehingga membawa kejatuhannya pada tahun 534 di tangan tentera Habsyah. Sejak itu pertumbuhan ekonomi bangsa Arab semakin lemah kerana ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Arab.

Dalam urusan perdagangan, percubaan tentera Habsyah di Yaman untuk menakluki kota Makkah telah menjejaskan hubungan perdagangan antara kedua- dua kawasan ini. Manakala hubungan perdagangan Yaman dengan Hirah juga terjejas kerana Yaman dikuasai kerajaan Habsyah yang bernaung di bawah pemerintahan Rom sedangkan Hirah di bawah kekuasaan Parsi. Apabila Yaman jatuh ke tangan Parsi, hubungannya dengan Syam menjadi runcing kerana Syam dikuasai oleh Rom. Maka itu, kedudukan kota Makkah yang terletak di tengah- tengah jalan perdagangan tersepit di antara kedua-dua kuasa besar ini, sehingga menyekat perkembangan perdagangannya. Tekanan dan desakan ini menyebabkan orang Quraisy Makkah mengeksploitasi perdagangan satu hala

halaman 44

dengan kaum Badwi di kawasan padang pasir; dan sebagai tindak balas kaum Badwi melancarkan rompakan terhadap kafilah-kafilah dagang Quraisy. Manakala di kota Makkah sendiri, wujud persaingan kuasa dan ekonomi antara plongan yang kaya dengan golongan miskin, dan ini menjejaskan lagi kegiatan ekonomi masyarakatJahiliah.

Manakala masyarakat Arab di kawasan padang pasir iaitu kaum Badwi nidup secara nomad dengan menternak binatang seperti unta, kambing dan bin- biri. Mereka hidup berpindah-randah mencari kawasan air dan bekalan rumput untuk keperluan mereka dan binatang ternakan. Unta merupakan binatang yang penting, iaitu selain sebagai pengangkutan ia juga membekalkan susu, bulu dan belulang. Kaum Badwi menetap di khemah-khemah yang diperbuat daripada kulit kambing dan unta. Corak ekonomi mereka melambangkan kehidupan yang primitif berbanding dengan masyarakat Quraisy iaitu masyarakat bandar yang hidup dalam keadaan yang lebih selesa.

3.1.5  Sistem Sosial dan Kebudayaan

Pada zamanJahiliah, tidak banyak terdapat perbezaan struktur masyarakat Arab sama ada yang tinggal di bandar (Arab Hadari) atau di padang pasir (Arab Badwi). Mereka tertakluk kepada sistem kabilah kerana kabilah merupakan satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang berdasarkan semangat asabiyah, memandang mulia kabilahnya dan memandang hina kabilah- kabilah lain. Penyatuan ini diperkukuh dengan jalinan kekeluargaan di peringkat yang lebih kecil kepada peringkat lebih besar; mereka mempunyai nama dan kemegahan masing-masing.

Semangat asabiyah dan perasaan setiakawan setiap golongan terjalin rapat dan ini menyebabkan sering berlaku persengketaan dan semakin kecil kelompok keluarga itu, semakin kuat pula semangat asabiyahnya. Suasana kejahilan ini digambarkan melalui peperangan sesama mereka dengan tujuan untuk mendapat nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka walaupun punca kepada persengketaan itu amat kecil. Seandainya sesuatu kabilah itu kalah dalam peperangan, maka dia akan dijadikan hamba abdi sekiranya tidak ada sesiapayang ingm menebus atau mehndungi mereka. Mengenai kedudukan wanita pada zamanJahiliah, mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya sama ada di dalam keluarga atau masyarakat. Wanita tidak dianggap sebagai maruah keluarga yang tertinggi dan kerana itu mereka dibawa bersama-sama berperang untuk member! perangsang kepada kaum lelaki. Terdapat kepercayaan tradisi dan tanggapan bahawa anak perempuan akan menimbulkan masalah sosial dan ekonomi termasuk nasib sial, dan kesannya terdapat di kalangan mereka yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan dan lebih suka mempunyai ramai anak lelaki. Tradisi ini dilakukan

halaman 45

oleh kabilah Bani Tamin dan Asad, dan mereka juga melangsungkan perkahwinan tanpa had dan batasan.

Golongan hamba merupakan kedudukan yang paling rendah dalam struktur sosial masyarakat Arab. Mereka dipandang hina dan rendah serta diberikan tugasan yang berat. Pemilik-pemilik atau tuan-tuan hamba ini, selalunya melakukan perkara-perkara di luar batas perikemanusiaan terhadap hamba-hambanya itu.

Keadaan keruntuhan masyarakat serta sosialnya yang kucar-kacir berlaku kerana akhlaknya telah runtuh dan sering melakukan kemaksiatan; dan kehidupan mereka mengamalkan unsur-unsur yang ternyata bertentangan dengan kehidupan manusia bertamadun.

3.1.6  Ilmu Pengetahuan dan Keintelektualan

Dari segi ilmu pengetahuan dan keintelektualan, orang Arab zaman sebelum Islam mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang seperti politik dan ekonomi. Walaupun mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan, namun kepandaian dan kebolehan yang dimiliki itu tidak mencukupi untuk meletakkan mereka sebagai bangsa bertamadun. Masyarakat Arab Jahiliah bukanlah masyarakat bertamadun dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Sejak sebelum zaman Jahiliah, ilmu pengetahuan telah tersebar meluas di kawasan-kawasan pinggir, sama ada di bahagian selatan atau barat laut Semenanjung Tanah Arab, kerana hubungan antara masyarakat tempatan dengan antarabangsa. Namun begitu, penyebaran ilmu pengetahuan agak terbatas kerana para pedagang lebih berminat dalam ilmu pelayaran berbanding ilmu pengetahuan. Pada zaman Jahiliah, tradisi menuntut ilmu hampir dilupakan. Kegagalan untuk mewarisi ilmu pengetahuan menyebabkan mereka gagal untuk membina semula empangan Ma'arib dan ditambah dengan masalah politik yang semakin runcing.

Tradisi ilmu pengetahuan hampir tiada kerana kebanyakan orang Arab buta huruf. Menurut al-Baladhuri, kaum Quraisy yang dikatakan paling maju, hanya terdapat 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Mereka ini antaranya Umar al-Khattab, Alt bin Abi Talib, Uthman Ibn Affan, Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah dan lain-lain. Berbanding dengan jumlah penduduk Semenanjung Tanah Arab, jumlah mereka yang celik huruf ini adalah sangat kecil. Maka secara umumnya, masyarakat ini merupakan masyarakat buta huruf selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sungguh Allah telah memberi kumia kepada orang-orangyang beriman ketikaA llah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ay'at-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan AlHikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah henar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Ali 'Imran: Ayat 164).

Dalam masyarakat yang buta huruf ini, perkembangan ilmu hanyalah dalam bentuk lisan (ingatan dan hafalan) dan ini membolehkan ilmu itu luput.

Halaman 46

Maka itu, tidak terjumpa inskripsi atau bahan-bahan yang bertulis pada zaman tersebut. Terdapat hanya dua inskripsi Arab tertua yang diternui di pinggir barat laut Semenanjung Tanah Arab, pertama bertarikh tahun 56 Masihi dan kedua bertarikh tahun 328 Masihi. Itu pun jika berdasarkan tarikh-tarikh tersebut, maka kedua-duanya bukan dihasilkan pada zaman Jahiliah. Maka itu adalah sukar untuk menyatakan masyarakat Arab berjaya dalam bidang intelektual, termasuk kegagalan untuk membina semula empangan Ma'anb dan mengekalkan ketamadunan sebelum ini. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan ilmu pengetahuan sukar untuk berkembang.

Dalam bidang kesusasteraan, sebilangan masyarakat Arab tahu bersyair, bersajak dan berpidato atau berkhutbah. Antaranya Imru al-Qais, Tarafah, Zuhair, Labib, 'Antarah, Amr bin Kulthum dan Harith bin Hilliza. Mereka dikatakan menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut al-Mu'allaqatal-Sab' yang pernah digantung di Kaabah dan syair-syair ini diperdengarkan dalam temasya tahunan seperti di pasar-pasar, antaranya Pasar Ukaz. Akan tetapi, karya-karya Jahiliah ini sama ada bentuk ghazal (sajak cinta), ritha' (sajak ratapan), madh (sajak pu)ian) atau haja' (sajak sindir-cerca) hanyalah bertupan untuk berhibur dan berseronok semata-mata. Dalam sajak-sajak ini, terdapat kata- kata kurang sopan, termasuklah mengenai perempuan, judi dan arak. Kesemua karya ini lahir daripada kreativiti dan bakat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang penyair atau penyajak, dan karya yang dihasilkan berbentuk kreatif.

Karya-karya yang berbentuk kreatif biasanya dihasilkan secara bersahaja, menerusi pengalaman dan khayalan penults. Sementara karya berbentuk ilmiah adalah berdasarkan kajian yang mendalam tentang sesuatu perkara sehingga berupaya menghasilkan satu karya yang kritis yang diistilahkan sebagai kritikan sastera (al-Naqd al-Adabi). Namun begitu, kajian serupa ini jarang dilakukan oleh sasterawan-sasterawan zaman Jahiliah. Mereka ini hanyalah menghafaz atau mencipta syair dan sajak yang didasarkan kepada pengalaman pada masa- masa lampau yang terkandung dalam cerita-cerita seharian. Syair dan pidato yang dihasilkan oleh pujangga-pujangga Arab juga dianggap tidak berkualiti dan lemah.

Kekufuran dan kejahilan dalam bidang ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah berakhir apabila Allah s.w.t. menurunkan kitab suci al-Quran al-Karim kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan ke atas muka bumi ini sebagai seorang rasul (utusan) untuk menyampaikan ajaran Islam kepada bangsa Arab dan sekalian manusia di atas muka bumi ini, dan seterusnya menjadi pedoman dan petunjuk kepada mereka. Kitab suci al-Quran yang diturunkan, sesungguhnya bukan hanya mengandungi ajaran mengenai bentuk akidah dan akhlak semata-mata, tetapi juga menyentuh mengenai bidang-bidang berkaitan kehidupan duniawi antaranya politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial, perundangan, perubatan, sains dan teknologi, dan cabang-cabang pendidikan lain. Kitab suci al-Quran merupakan

halaman 47

sumber tamadun Islam yang syumul (lengkap). Dalam al-Quran, ayat pertama yang diturunkan berhubung kait dengan bidang pengajaran dan pembelajaran, termasuk membaca dan menulis, dan bidang akidah dan tauhid, iaitu Surah Al 'Alaq, ayat 1-4, yang bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mendptakan. Dia yang telah mendptakan manusia daripada segumpaldarah. Bacalah, dan Tuhan mulah yang paling pemurah yang mengajarkan kepada manusia dengan pena,. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Daripada ayat tersebut, jelas bahawa bidang akidah dan ilmu pengetahuan amat penting, dan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Pembacaan dan penulisan merupakan faktor untuk membina kemajuan dan tamadun serta mengenali dan mengingati Allah s.w.t. Ayat-ayat yang diturunkan mempunyai sebab-sebab tertentu (ashab al-nuzu!) dan diturunkan sesuai dengan masyarakat Jahiliah yang hidup dalam kekufuran dan kejahilan.

Perkembangan ilmu pengetahuan dan tamadun umat Islam khasnya dan tamadun dunia umumnya, merupakan kesan dan pengaruh pendidikan Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Beberapa sar)ana Barat telah mengakui kemajuan umat Islam, dan antaranya menurut Roger Bacon, The greater part of Aristotle's philosophy failed to have any effect (in the west)... until afrer the time of Mohamet when Advicenna and Averros and the rest brought back A ristotle's philosophy into the light of comprehensive exposition. Manakala menurut Stanwood Cobb, Islam, impinging culturally upon adjacent Christian countries, was the virtual countries, was the virtual creator of the Renaissance in Europe,

Maka itu, sekiranya dibuat perbandingan antara sumbangan tamadun Islam dengan masyarakat Jahiliah dari aspek ilmu pengetahuan ke atas tamadun dunia, ternyata wujud jurang perbezaan yang luas. Masyarakat Arab Jahiliah tidak membenkan sumbangan dan aspek ilmu pengetahuan, sebagaimana menurut Robert L. Gullick, The andent Arabs, during the many centuries preceding the appearance of Muhammad, did not, so far as we know, contribute anything of significance to the body of scientific knowledge to scientific method. Begitulah tanggapan Barat mengenai ilmu pengetahuan, dengan masyarakat Arab Jahiliah dianggap tidak memberikan sumbangan bermakna kepada perkembangan ilmu pengetahuan ketika itu.

3.2 KELAHIRAN MASYARAKAT ISLAM DAN KEISTIMEWAANNYA

3.2.1 Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafa Ar-Rasyidin: Pembentukan Tamadun Islam

Nabi Muhammad s.a.w. diputerakan pada 12 Rabi'l al-Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi, daripada keturunan Quraisy yang merupakan suku Arab yang paling mulia ketika itu. Baginda merupakan seorang yatim sejak kecil lagi dan setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia, dipelihara

halaman 48

oleh datuk dan bapa saudaranya. Bersesuaian dengan latar belakang kehidupannya, baginda sejak kecil lagi telah hidup secara berdikari, terdidik dengan sifat sabar dan lasak, sesuai dengan perjuangan hidupnya di penngkat dewasa yang penuh dengan perjuangan dan nntangan. Di kalangan masyarakatnya, Nabi Muhammad s.a.w. sangat dihormati sehingga digelarkan sebngai al-Amin (yang jujur).

Setelah meningkat dewasa baginda selalu mengasingkan din (berkhalwat) dari masyarakat yang dikasihinya. Ketika itu, masyarakatnya digelar Jahiliah kerana kerosakan akhlak, di samping kejahilan dari segi kepercayaan dan agama. Semasa pengasingan diri di Gua Hira', berlakulah peristiwa turunnya wahyu pertama dari Allah s.w.t. kepada baginda iaitu Surah Al 'Alaq. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610 M) dan merupakan tarikh kelahiran tamadun Islam dan tamatnya zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Dengan turunnya wahyu pertama, Muhammad s.a.w. dilantik sebagai Nabi dan kemudiannya, apabila turun wahyu yang kedua baginda dilantik sebagai rasul oleh Allah s.w.t., melalui perantaraan malaikatJibril.

Dalam proses perkembangan dakwah Islam di peringkat awal, selama kira-kira tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyebarkan syiar Islam secara rahsia (bersembunyi-sembunyi) terutama di kalangan kaum keluarganya dan para sahabat handainya di kota Makkah. Dengan penerimaan wahyu Allah s.w.t. yang memenntahkan baginda berdakwah secara terbuka, maka dakwah disampaikan secara terang-terangan di kalangan kaum kerabatnya, masyarakat Makkah dan kabilah-kabilah Arab yang datang menunaikan Haji di Makkah. Detik dakwah secara terbuka ini yang kemudian menyerlahkan segala nntangan dan halangan terutama dan kaum keluarganya sendiri dalam perjuangan baginda untuk menegakkan syiar Islam di kota Makkah. Dakwah yang disampaikan di kota Makkah lebih bertemakan atau ditumpukan kepada Tauhid iaitu meng- Esakan Allah s.w.t. dan menentang sebarang perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah s.w.t., kepercayaan tahyul dan khurafat. Inilah yang menyebabkan akidah masyarakat ketika itu bersifat Jahiliah. Maka itu tauhid dalam Islam merupakan satu perkara utama, dan asas utama dalam kelahiran dan perkembangan tamadun Islam.

Dakwah yang disampaikan secara terbuka, mendapat perhatian dari orang ramai. Ini membangkitkan penentangan yang hebat daripada kaumnya sendiri, terutama orang Quraisy. Penentangan, penindasan dan halangan dilakukan terhadap orang Islam sama ada melalui tindakan berbentuk tekanan kejiwaan atau berbentuk fizikal. Kemuncak penentangan ini, iaitu setelah 13 tahun berdakwah di kota Makkah, orang Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperintahkan berhijrah ke kota Yathrib. Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun 622 Masihi yang disertai beratus-ratus orang Islam dari kota Makkah ke Yathrib. Masyarakat Yathrib terutama bangsa Arab suku Aus dan Khazraj menyambut baik kedatangan orang Islam malahan sesetengah daripada mereka telah pun

halaman 49

menganut agama Islam. Menerusi perjanjian Aqabah I dan Aqabah II yang dimeterai secara rahsia, jaminan diberi kepada orang Islam untuk berhijrah ke Yathrib dan kemudiannya bandar ini dikenali sebagai Madinat al-Nahiy (Bandar Nabi). Selain bangsa Arab Madinah, bandar ini juga dihuni oleh sejumlah besar orang Yahudi. Madinah merupakan bandar pertapakan kegiatan syiar dan syariat Islam yang tunggal di Semenanjung Tanah Arab. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. melaksanakan beberapa langkah yang bermatlamat pertamanya, membentuk sebuah masyarakat dan negara Islam dan keduanya, untuk memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam ini. Madinah merupakan negara Islam pertama dan merupakan pusat tamadun Islam, sehingga kemunculannya memberikan saingan kepada negara-negara kota di Semenanjung Tanah Arab terutama kota Makkah dan kuasa-kuasa penjajah, empayar Rom dan Parsi. Kegagalan masyarakat musyrikin Makkah mematuhi Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai dengan negara Islam Madinah telah membuka ruang kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah. Melalui peristiwa penguasaan terhadap kota Makkah ini, ia merupakan detik yang membawa pengislaman secara beramai-rarnai di Semenanjung Tanah Arab, terutama di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dengan penguasaan dan pengislaman ini, kota Makkah muncul sebagai salah satu pusat tamadun Islam yang terpenting selain Madinah; dan seterusnya merupakan pusat kegiatan peribadatan Islam terpenting terutama haji dan umrah.

Akhirnya, sebagaimana insan biasayang mempunyai hayat kehidupan, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai insan yang kamil telah wafat pada tahun 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Dengan kewafatan baginda, maka tiada lagilah nabi atau rasul selepasnya dan agama Islam merupakan ad-din, yang lengkap dan serba sempurna bersumberkan kitab suci al-Quran dan al-Hadis, yang merupakan sumber kepada tamadun Islam.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., negara Islam dan masyarakat Islam dipimpin oleh Khalifah, iaitu jawatan bagi menggantikan Rasulullah s.a.w. untuk mentadbir dan memastikan perlaksanaan syiar dan syariat Islam. Dalam sistem khalifah, empat khalifah yang mentadbir negara Islam selepas Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai Khulafa' al-Rasyidin (Yang Bijaksana). Khalifah pertama yang dilantik ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 11H (632M) yang memerintah antara tahun 11H-13H (632-634M); khalifah kedua ialah Saidina Umar al-Khattab antara tahun 13H-23H (634-644M); khalifah ketiga ialah Saidina Uthman b. 'Affan antara tahun 23H-35H (644-655M); dan khalifah terakhir, Saidina Alt b. Abi Talib antara tahun 35H-40H (655-661M). Zaman Rhalifah Umar al-Khattab merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam kerana pencapaian dan kemajuan penting terutama dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran; dan dasar penyebaran syiar dan syariat Islam di seluruh Semenanjung Tanah Arab selain dapat menyaingi kuasa Rom dan Parsi.

Halaman 50

Khalifah Saidina All b. Abi Talib akhirnya digantikan dengan pelantikan Mu'awiyyah b. Abi Sufyan, dan dengan pelantikan ini maka berakhirnya sistem khalifah, Khulafa' al-Rasyidin. Mengapakah berlaku sedemikian? Ini kerana Mu'awiyyah b. Abi Sufyan, telah memperkenalkan dan menghidupkan semula sistem monarki melalui pelantikan anaknya sebagai putera mahkota untuk menggantikan beliau serta membentuk kerajaan Bani Umaiyyah. Walaupun gelaran Khalifah dikekalkan penggunaannya, tetapi sistem monarki merupakan institusi yang dikekalkan antaranya oleh kerajaan-kerajaan terkemudiannya, kerajaan Bani Abbasiyah dan akhirnya tamat dengan kejatuhan empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924 yang berpusat di Turki. Ketika itu, di Turki dan negara-negara orang Islam fahaman sekular begitu cepat berkembang terutama di kalangan masyarakat tempatan yang menerima sistem pendidikan Barat. Fahaman sekular ini merupakan salah satu cabaran terhadap keutuhan pendukung tamadun Islam. Ini adalah natijah daripada kolonialisme Barat.

3.2.2 Penyusunan Masyarakat dan Negara Islam Madinah

Rasulullah s.a.w. telah mengambil peluang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam secara terbuka kepada mereka yang datang mengerjakan Haji di Makkah. Ini menunjukkan asas-asas kepada pembentukan sebuah masyarakat Islam dan sebuah pusat pertapakan Islam (negara Islam) telah bermula sejak baginda berdakwah di Makkah lagi. Kegagalan untuk menjadikan Ta'if sebagai pusat pertapakan Islam ternyata tidak melemahkan semangat perjuangan baginda. Di antara golongan yang datang mengeqakan Haji ini, sesetengah danpadanya menunjukkan minat dan tertarik dengan dakwah Rasulullah s.a.w. Antaranya orang Arab Madinah dari suku Aus dan suku Khazraj. Melalui hubungan di Makkah lagi, maka termeterai dua perjanjian antara Rasulullah s.a.w. dengan orang Madinah iaitu Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II.

Dalam Perjanjian Aqabah I pada tahun 621 Masihi, orang Madinah telah berikrar untuk tidak mensyirikkan Allah, mencuri, berzina, membunuh anak, mengumpat, memfitnah dan menolak perbuatan yang baik. Dalam Perjanjian Aqabah II pada tahun 622 Masihi, Rasulullah s.a.w. sebagai mewakili orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah berikrar untuk bersatu sehidup semati. Kedua-dua perjanjian ini begitu penting kepada perjuangan untuk menyebarkan syiar dan syariat Islam. Dengan meneliti isi kandungan perjanjian ini, ternyata ia berunsurkan akidah, syariah, akhlak dan kesatuan Islam. Ternyata, ini merupakan langkah awal serta persiapan untuk menyusun sebuah masyarakat Islam dan negara Islam yang akan dibentuk, dan tumbuhnya pusat tamadun Islam di Semenanjung Tanah Arab ketika itu.

Rasulullah s.a.w. akhirnya berhijrah ke Madinah secara rahsia dan perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan, setelah diperintahkan Allah s.w.t. menerusi wahyu yang diturunkan. Di Yathrib (Madinah kemudiannya), Rasulullah s.a.w. telah mula menyusun sebuah masyarakat Islam dan negara

Halaman 51

Islam. Di peringkat ini, wahyu-wahyu yang diturunkan lebih menekankan kepada aspek-aspek kenegaraan, hukum dan perundangan, kemasyarakatan, pertahanan dan seumpamanya yang sesuai ketika itu. Dengan itu segala langkah dan tindakan yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w. sentiasa tepat, walaupun baginda sebenarnya seorang yang buta huruf sebelum menjadi rasul dan tidak pernah mempelajari mana-mana aspek tersebut. Hakikatnya, penyusunan masyarakat Islam dan pembentukan negara Islam di Madinah sebagai pusat tamadun Islam dibentuk dan dipimpin melalui sumber wahyu, iaitu kitab suci al-Quran.

Di peringkat awal penyusunan masyarakat Islam dan ke arah pembentukan negara Islam, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan beberapa perubahan dan pembaharuan. Terdapat dua langkah terpentmg dalam memperkenalkan perubahan dan pembaharuan ini iaitu pertama, institusi mas)id dan kedua, mempersaudarakan golongan Muhajirin (penghijrah dari Makkah) dan golongan Ansar (masyarakat tempatan Islam Madinah). Langkah terawal baginda apabila memasuki Yathnb lalah dengan membina Masjid Nabi. Melalui masjid, baginda mengatur strategi dan langkah-langkah ke arah penyusunan masyarakat dan negara Islam. Masjid merupakan institusi terpenting terutama kepada masyarakat dan sebagai pusat ummah Islam, dan tidak sekadar berfungsi sebagai tempat peribadatan yang biasa semata-mata, sebagaimana difahami oleh orang Islam berfahaman sekular masa kini. Rasulullah s.a.w. telah bertindak mempersaudarakan antara golongan Muhajinn dengan golongan Ansar termasuk melalui perkahwinan. Rasulullah s.a.w. sendiri bersaudara dengan All b. Abi Talib; Abu Bakar dengan Kharija b. Zaid; Ja'far b. Abi Talib dengan Mu'az bin Jabal; Umar al-Khattab dengan Itban b. Malik al-Khazraji; dan Hamzah dengan Zaid b. Hanthah. Persaudaraan ini dihukumkan sebagai persaudaraan kandung dan imlah merupakan titik penting di peringkat keluarga kepada pembentukan perpaduan ummah. Perpaduan ummah merupakan asas penting sebagai pendukung kepada kebangkitan dan keutuhan tamadun Islam.

Madinah merupakan pusat tamadun Islam yang dapat dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. dan negara Islam pertama. Masyarakat Madinah terbahagi kepada dua iaitu bangsa Arab dan bukan bangsa Arab terutama orang Yahudi, dan di kalangan mereka ini mengamalkan sistem suku dan kabilah; selain dari golongan penghijrah dari Makkah (Muhajirin). Perbezaan suku dan bangsa membawa kepada jurang pemisah perpaduan terutamanya fahaman asabiyah begitu kukuh mencengkam. Namun begitu, dengan penerimaan Islam masyarakat Madinah dapat dipersaudarakan dan disatukan. Konsep takwa iaitu kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. tidak ditentukan oleh kedudukan atau keturunan dan konsep tauhid sebagai unsur penyatuan ummah iaitu meng- Esakan Allah s.w.t telah menggantikan sistem suku dan kabilah. Perpaduan ummah dan sumber kekuataan dalaman imlah yang membawa kepada kebangkitan tamadun

halaman 52

Islam dan menyumbang kepada proses perkembangan peradaban duma berbentuk universal.

3.2.3 Piagam Madinah

Berasaskan kepada sumber wahyu, al-Quran, Rasulullah s.a.w. telah menggubal dan membentuk Piagam Madinah (Sahifah al-Madinah) sebagai asas pembentukan negara Islam pertama, Madinah. Bersesuaian dengan masyarakat Madinah, piagam ini dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu bahagian pertama mengenai umat Islam, terutama golongan Muhajirin dan golongan Ansar; dan bahagian kedua, mengenai orang Islam dan orang Yahudi. Menurut sesetengah pendapat, piagam ini mengandungi 47 Fasal iaitu 23 Fasal dalam bahagian pertama dan 24 Fasal dalam bahagian kedua.

Piagam Madinah sebagai sebuah perlembagaan telah menggariskan peranan dan tanggungjawab pemerintah terhadap yang diperintah; dan tanggungjawab yang diperintah sebagai warganegara kepada pemerintah (negara Islam). Antara mtipati piagam ini lalah bahawa sumber perundangan negara Islam lalah al-Quran dan al-Hadis. Sebagai ketua negara Islam, Rasulullah s.a.w. berperanan sebagai ketua hakim dengan bertindak mentafsirkan, menunjukkan dan melaksanakan syariat Islam. Kesatuan ummah dan negara, memperlihatkan bagaimana orang Yahudi dianggap sebagai 'ummah' bersama dengan masyarakat Islam; dengan digariskan peranan, hak dan tanggungjawab kepada negara iaitu menerima sistem Islam dan tidak menggugat kedaulatan negara. Di sini, perbezaan agama tidak bermakna menolak kewarganegaraan seseorang dan sama ada warganegara beragama Islam atau tidak, tetapi kedua-duanya lengkap- melengkapi dengan mempertahankan kedaulatan negara. Wujudnya kebebasan untuk bergerak dan menetap di Madinah. Setiap warganegara bebas untuk bergiat, memiliki harta, menuntut ilmu dan lain-lain selagi tidak mengancam kepentingan negara dan mereka diberikan kebebasan untuk menetap di mana-mana kawasan. Hak dan tanggungjawab dalam pertahanan negara juga ditegaskan. Ancaman musuh atau negara asing hendaklah ditangani secara bersama oleh warganegara beragama Islam atau tidak. Mereka mesti bantu-membantu dan tidak dibenarkan bersekutu dengan musuh. Kos pertahanan adalah dikongsi bersama. Hubungan kebajikan di antara warganegara dengan setiap anggota masyarakat berasaskan semangat bantu-membantu antara satu sama lain terutama jiran; kerjasama dibentuk untuk kebajikan.

Tanggungjawab menegakkan keadilan sosial merupakan peranan pemerintah dan yang diperintah. Setiap golongan yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman dan masyarakat hendaklah memupuk nilai-mlai murni yang balk bagi mencegah berlakunya kemungkaran ini. Manakala setiap orang yang dizalimi berhak untuk mendapat pembelaan dan penzalim boleh dibicarakan dan dihukum tanpa mengira kedudukan dalam struktur sosial masyarakat. Undang-undang untuk keselamatan warganegara dan ummah dilaksanakan seperti

Halaman 53

hukuman qisas ke atas pembunuh. Kebebasan beragama menunjukkan warganegara Islam atau bukan Islam berhak untuk mengamalkan ajaran agama, selain tiada gangguan atau paksaan kepada orang lain untuk menganut agama mereka. Terdapat tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam, iaitu orang kafir zimmi wajib dilayan oleh pemerintah Islam selagi mereka menunjukkan taat setia kepada negara Islam ini. Semua pihak berkewajipan untuk melaksanakan perdamaian, kerana sebelum ini masyarakat Arab terikat dengan sistem kabilah yang mementingkan semangat asabiyah dan kesukuan; dan sentiasa bermusuhan terutama dengan orang Yahudi. Perdamaian yang dipupuk akan melahirkan sikap toleransi dalam masyarakat dan memelihara keamanan dan kestabilan negara. Sekiranya pihak musuh meminta perdamaian, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak dan hendaklah bersama-sama menyertai perdamaian ini. Berdasarkan kepada intipati Piagam Madinah, negara Islam ketika itu telah memperlihatkan sikap toleransi, mementingkan peranan dan tanggungjawab, dan nilai-nilai murni dalam perpaduan ummah dalam proses perkembangan tamadun Islam.

Dalam konteks umum, piagam ini menunjukkan konsep kesatuan atau persekutuan yang diperkenalkan dan diamalkan di waktu itu. Kesatuan ini meliputipertama, kesatuan perlembagaan atau undang-undang yang dilandaskan kepada sumber asas Islam iaitu al-Quran, dan ditunjukkan melalui al-Hadith (al-Sunnah) dalam bentuk perlaksanaan; kedua, kesatuan kepimpinan iaitu Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara; ketiga, kesatuan negara, iaitu Madinah yang mengandungi masyarakat Islam dan bukan Islam yang dianggap sebagai ummah; keempat, kesatuan dalam sikap dan suara, misalnya terhadap keadilan, perang dan perdamaian; kelima, kesatuan matlamat, iaitu masyarakat yang toleransi dan berharmoni, bersatu dan teguh tanpa mengira anutan agama; dan keenam, hak dan tanggungjawab sama ada pemerintah terhadap yang diperintah atau sebaliknya, yang diperintah terhadap yang memerintah. Berdasarkan konsep kesatuan ini, maka ia menandakan kewujudan sesebuah kerajaan yang berkesan, tersusun dan bertamadun tinggi.

Piagam Madinah merupakan model sebuah perlembagaan negara Islam. la dibincangkan, dibahaskan dan dimuzakarahkan sehingga masa kini, kerana kepentingannya kepada perkembangan negara Islam dan tamadun Islam. Dalam konteks ini, sistem zimmah (golongan bukan Islam) dalam pemerintahan negara Islam lalah memberikan keadilan dan hak sama rata. Mereka menjadi tanggungjawab pemerintah selagi patuh kepada negara, dan akan dikenakan hukuman selaras dengan kesalahan yang dilakukan tanpa pengecualian.

3.2.4 Dasar Utama Pentadbiran Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin

Ketua Negara: Ketua negara merupakan jawatan tertinggi dalam negara Islam Madinah. Di zaman Rasulullah s.a.w., baginda sendiri merupakan ketua negara dan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, jawatan ini disandang dengan gelaran

halaman 54

Khalifah. Peranan dan tanggungjawab hakiki ketua negara ialah untuk melaksanakan tuntutan agama Islam (keagamaan) dan mentadbir berlandaskan syariat Islam (kenegaraan). Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' al-Rasyidin memainkan dua peranan penting iaitu sebagai ketua hal-hal biasa agama Islam dan ketua pentadbiran dalam negara Islam. Sebagai ketua urusan biasa agama Islam, mereka menunjukkan teladan di peringkat paling asas iaitu menjadi imam dalam sembahyang; dan untuk memastikan syariat Islam dilaksanakan tanpa halangan di kalangan rakyat. Manakala sebagai ketua pentadbiran, mereka melaksanakan urusan kenegaraan berlandaskan tuntutan syariat Islam.

Pelantikan khalifah pertama dalam negara Islam, iaitu Khalifah Saidina Abu Bakar al-Siddiq menank perhatian umat Islam terutama melalui ucapan sulungnya apabila memegang jawatan tersebut. Ucapan beliau yang cukup menarik mengenai kepimpinan dalam Islam ialah:

"Aku telah dilantik sebagai pemerintah kamu, dan aku bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sekiranya aku melakukan kebaikan maka bantulah aku. Sekiranya aku melakukan kesalahan, maka betulkan aku. Kebenaran adalah suatu amanah dan pendustaan adalah pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku memberikan hak kepadanya dengan izin Allah (dengan cara yang diizinkan Allah). Orang yang terkuat antara kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya dengan izin Allah. Patuhilah aku selagi aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sekiranya aku menderhakai Allah dan Rasul-Nya, makajangan kamu mematuhiku."

Berdasarkan intipati ucapan beliau, kepimpinan merupakan suatu amanah yang dilaksanakan berlandaskan syariat agama Islam. Pemimpin dan yang dipimpin merupakan bahagian masyarakat yang saling lengkap-melengkapi. Dalam konteks ini, pemimpin berhak untuk diberikan teguran, nasihat dan pandangan, kerana kepimpinan yang berteraskan kepada syariat Islam merupakan pemimpin yang taat kepada perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Maka pemimpin yang mentaati perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya wajib ditaati dan tidak wajib dipatuhi apabila pemimpin tersebut ingkar terhadap perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.

Majlis Syura: Ketua negara memiliki badan penasihat yang berperanan dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan, pendapat, memutuskan sesuatu dasar dan membuat keputusan dalam sesuatu mesyuarat atau muzakarah.

Halaman 55

Pada zaman Rasulullah s.a.w. secara tidak rasminya, baginda telah membentuk majlis ini yang dianggotai oleh kalangan para sahabat.

Dasar pemerintahan dan pentadbiran berbentuk permesyuaratan ini seterusnya dilaksanakan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, tetapi lebih berbentuk rasmi apabila ditubuhkan Majlis Syura (Dewan Senat). Khalifah menerima nasihat, pandangan, pendapat atau memutuskan sesuatu dasar berasaskan peranan Majlis Syura ini. Majlis Syura dianggotai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. terutama yang terdekat, ketua-ketua kabilah dan suku-suku, dan tokoh- tokoh penring daripada pelbagai kota dan bandar. Antara para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dilantik menganggotai Majlis Syura pada zaman Khalifah Umar al- Khattab lalah Saidina Alt b. Abi Talib (ketua suku Bani Hashim); Saidina Uthman b. Affan (ketua suku Bani Umayyah); Talhah b. Ubaidillah (ketua suku Bani Tamim); al-Zubair b. Awam (ketua suku Bani Asad); Saad b. Abi Waqqas dan Abd Rahman b. Auf (ketua suku Bani Zahrah).

Kementerian dan Jabatan: Secara rasminya, jawatan wazir (menteri) dan sistem wi-zarah (kementerian) belum wujud dalam kerajaan-kerajaan Islam sebelum zaman Abbasiyah. Namun begitu, dengan merujuk kepada pemerintahan zaman Rasulullah s.a.w., telah dibentuk apa yang dmamakan pembahagian tugas, walaupun belum terdapat kementerian dan jabatan secara rasmi, Rasulullah s.a.w. telah membentuk pembahagian tugas dengan melantik pengurus zakat, jurutulis, penjaga cop mohor dan lain-lain. Di peringkat awal Islam ini, Rasulullah s.a.w. dibantu oleh para sahabat dalam bidang pentadbiran dan antara sahabat yang paling banyak memberi bantuan ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, sehingga beliau digelar 'menteri nabi', selain gelaran yang diberikan Saidina Umar al-Khattab.

Semasa pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, khalifah mempunyai pembantu-pembantu terutama dan kalangan para sahabat yang terdekat, selain terdapat Majlis Syura. Semasa Saidina Abu Bakar al-Siddiq memerintah negara Islam, Saidina Umar Al-Khattab merupakan 'menteri' kepada kerajaan dan berperanan sebagai pembahagi zakat, dan di samping sebagai hakim. Saidina All Abi Talib (setiausaha-jurutulis) dan Uthman Affan (penasihat mengenai kabilah) merupakan menteri kepada Saidina Umar al-Khattab.

Pembentukan pentadbiran di peringkat Jabatan (Diwan) secara rasminya dilaksanakan oleh Khalifah Saidina Umar al-Khattab. Beliau membentuk Jabatan Cukai (DiwanJibayah) dan Jabatan Ketenteraan. Jabatan Cukai merupakan perbendaharaan negara yang bertanggungjawab terhadap pengurusan harta negara termasuk mencetak wang, menguruskan kemasukan dan pengeluaran wang dan sebagamya. Manakala Jabatan Ketenteraan menguruskan ketenteraan termasuk dari segi pakaian dan pengangkutan; dan membuat bayaran gaji serta elaun kepada tentera dan orang di bawah tanggungan mereka. Dengan perkembangan

halaman 56

tamadun Islam, beberapa jabatan penting dibentuk untuk memenuhi keperluan dan perubahan masa.

Pentadbiran Kawasan dan Wilayah: Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda telah rnenjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran seluruh negara Islam dan dibahagikan kepada dua puluh jajahan. Setiap jajahan ini diketuai Naqib (ketua), dibantu beberapa Arif (timbalan ketua) dan memiliki pusat pertemuan atau balai (saqifah). Naqib berperanan dan bertanggungjawab terhadap keamanan dan ketenteraman dalam jajahannya dan beliaulah yang akan menyelesaikan perselisihan di kalangan kumpulannya sebelum dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Dengan perluasan negara Islam, ianya dibahagikan kepada beberapa buah wilayah iaitu Yaman, Umman, Najran, Bahrayn dan Hadralmaut. Di peringkat wilayah, dilantik seorang Gabenor (Wall) sebagai wakil ketua negara dan mengetuai urusan pentadbiran. Sebagaimana tugas Rasulullah s.a.w. di peringkat pusat, gabenor merupakan imam dalam sembahyang, ketua angkatan tentera, ketua eksekutif pentadbiran, dan sebagainya di wilayah pentadbirannya. Sesetengah gabenor dilantik menjadi hakim dan kadang-kadang diberikan kebenaran untuk melantik hakim-hakim di wilayahnya. Dalam urusan kutipan zakat, Rasulullah s.a.w. telah melantik amil-amil untuk membantu gabenor.

Pada zaman pemenntahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab, perkembangan kawasan negara Islam telah menyebabkan ia dibahagikan kepada lapan wilayah iaitu Madinah, Makkah, Syria, Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin. Walaupun kota Makkah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pusat keagamaan Islam tetapi peranan ibu negara sebagai pusat pentadbiran tetap dikekalkan di kota Madinah. Ketua pentadbir wilayah iaitu Gabenor dibantu oleh ketua polls, panglima tentera, ketua cukai (amil), setiausaha negara (katib) dan hakim, yang merupakan jawatan tertinggi di peringkat wilayah.

Institusi Kehakiman: Mengenai institusi kehakiman, pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda merupakan hakim tertinggi negara Islam Madinah dan tidak semua perkara yang berlaku perlu diselesaikan oleh baginda. Perselisihan di peringkat suku akan diselesaikan oleh Naqib, ketua suku di Madinah dan kegagalan menyelesaikan pertikaian ini hendaklah dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Manakala perselisihan antara suku akan dirujuk terns kepada baginda. Semuanya ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai nabi dan rasul yang ditugaskan untuk menunjukkan bagaimana perlaksanaan undang-undang Islam.

Manakala di peringkat wilayah, Rasulullah s.a.w. akan melantik salah seorang sahabatnya untuk menggantikan baginda terutama dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan. Rasulullah s.a.w. misalnya, melantik Saidina All b. Abi Talib sebagai Hakim di Yaman. Dengan perlantikan ini, Rasulullah s.a.w. telah berpesan menurut sabdanya yang bermaksud: Sekiranya dua orangyang bermusuhan berada di hadapan rnu maka janganlah kamu putuskan sesuatu hukuman melainkan setelah kamu mendengar dan orang yang kedua seperti kamu dengar dari orang pertama,

halaman 57

kerana itu lebih menolong engkau mendapatkan hukuman yang hetul. Mengenai pelantikau seseorang untuk memegang jawatan Hakim, Rasulullah s.a.w. tidak akan melantik seseorang yang menuntut jawatan itu, lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu lemah dan tidak berkemampuan untuk menegakkan kebenaran. Penolakan pelantikan seperti ini pernah berlaku ke atas seorang yang menuntut jawatan ini, Abu Zar. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar yang bermaksud: Wahai Ahu Zar! Engkau seorang yang lemah. Tugas tersebut adalah suatu amanah. Pada hari Qiamat kelak ia mempakanpenghinaan dan penyesalan kecuali mereka yang menjawatnya dengan benar dan menunaikan tanggungawah yang ada padanya. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, seseorang pesalah akan ditahan di masjid dengan dikawal oleh orang yang mendakwanya atau wakilnya. Tujuan Rasulullah s.a.w. adalah untuk menghalang pesalah daripada bercampur dengan orang lain.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab, beliau telah memisahkan jawatan pentadbiran dengan kehakiman. Langkah sedemikian dilaksanakan kerana beban tugas seseorang gabenor semakin berat berikutan perkembangan atau perluasan daerah-daerah atau wilayah-wilayah yang menerima agama Islam. Beliau melantik beberapa orang hakim di daerah-daerah tertentu antaranya Syuraih (Rufah), Uthman b. Qais b. Al-As (Mesir) dan Abu Musa al-Ashari (Basrah). Saidina Umar al-Khattab sering memberikan arahan dan peringatan kepada hakim-hakim dengan menggariskan kepentingan pengadilan dan keadilan dalam Islam. Beliau juga mengarahkan supaya tidak menangguhkan hukuman sebagai mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Namun begitu, hakim mempunyai kuasa autonomi sendiri iaitu bebas untuk membuat dan menjatuhkan keputusan pengadilan tanpa campur tangan dari khalifah, dan mereka begitu dihormati kerana keadilan dan kebijaksanaannya. Beliau juga memperkenalkan tempat tahanan khas atau penjara terhadap pesalah-pesalah.

Dengan berakhirnya pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, seseorang hakim atau kadi tidak lagi bebas sepenuhnya sebaliknya wujud campur tangan menurut kepentingan politik tertentu.

Institusi Masjid: Rasulullah s.a.w. telah membina masjid pertama di Madinah yang dikenali sebagai Masjid Nabi. Masjid Nabi berperanan sebagai ibu pejabat pemerintahan dan pusat pentadbiran negara Islam Madinah, dan tempat berkumpul para sahabat untuk mentadbir negara, Melalui peranan masjid ini, Rasulullah s.a.w. menulis surat dan melantik pendakwah untuk dikirim ke kerajaan-kerajaan asing; menyambut wakil-wakil ketua kabilah dan kerajaan- kerajaan asing; mengeluarkan arahan kepada gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan; menerima pengaduan daripada rakyat dan mengadakan perbicaraan; di samping peranan hakikinya sebagai pusat hal-hal biasa keagamaan. Di peringkat wilayah, masjid memainkan peranan serupa sebagaimanadi peringkat 

halaman 58

pusat. Ini menunjukkan di zaman baginda Rasulullah s.a.w. masjid merupakan institusi penting terhadap perkembangan tamadun Islam.

Pada zaman pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, institusi masjid kekal memainkan peranan penting dalam semua aspek pemerintahan negara Islam di peringkat pusat dan wilayah. Namun begitu, selepas pemerintahan Khulafa' al- Rasyidin, bermula semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, institusi masjid telah dipersempitkan peranan dan tanggungjawab kepada hanya sebagai pusat peribadatan agama; dan digantikan melalui peranan istana-istana raja dan pembesarnya.

Halaman 59

Nota

Jubrab Mas'ud, Kamu sal-Raid, (Beirut: Lubnan, 1986), him. 531.
Muhammad Qutb,fahilliyahal-Quran al-'Ishyrin, (Kaherah: Dar al-Syuruq, 1981), him. 17-21.
Maulai Muhammad All, MuhammadRasul-Allah, (Mesir: Maktabah Mesir, t.t), him. 10-11.
Abi al-fida' Ismail Ibn Khst.\iir,Al-SirahAl-Nahawiyyah,][\[d 1, (Beirut: Dar al Ma'rifah, t.t), him. 61.
Safiyy' al-Rahman al-Mabarkafuri, al-Rahiq al-Makhtum, al-Wafa' Lial- taba'ah wa al-nasyr, t.t, him.34.
Abu Hassan All al-Nadawi, ai-Sirah al-Nahawiyyah, (Jeddah: Dar al-Syuruq, 1979), him. 76-78.
Muhamad al-Khudn Bak, Muhadharat Tarikh al-Imam al-Islamiah, (Mesir: al-Maktabah al-Tijaruyyah al-Kubra, 1969), him. 60.
Muhammad al-Ghazali, al-Quran, (Mesir: Dar Nahdah, 1996), him. 8-9.
Abu Hassan Ah al-Nadawi, op.cit., him. 35.
Muhammad al-Khudn Bak, Nural-Yakinfi Sirah Sayyidal-Mursalin, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, t.t), him. 20.
Safiyy' al-Rahman al-Mabarkafuri, al-Rahiq al Makhtum, op. cit., him 452.
Ibid.Mm. 144-145.
Ibid., him. 171.
Muhammad Said Ramadhan al-Buti, Fiqh al-Sirah, (Beirut: Maktabah al- Maaruf,t.t.), hlm.206.
'Imaduddin Khalil, Dirasahfir al-Sirah, (Muassah al-Risalah/ Dar al-Nafais, 1985), him. 150-151.
Abu Muhammad Abd' al-Malik ibn Hisyam ibn Abu al-Humairi, Sirah al- Nabis.a.m, Jilid 4, Maktabah Muhammad All Sabih, him. 1075.
Mustafa HJ. Daud, Pengantar Politik Islam, (Kuala Lumpur: Dewn Bahasa danPustaka, 1994), him. 111.
'Imaddudin Khalil, op.cit., him. 149.

Halaman 60