Isu Semasa Kemajuan Islam -

8.1 SENI DALAM ISLAM

Seni disebut dalam perkataan Inggeris sebagai art, yang berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud kecekapan dan kebolehan. la meliputi kecekapan dan kebolehan dalam segala usaha penciptaan bentuk-bentuk atau karya yang member! kesenangan estetika. Estetika atau aisthesis dalam bahasa Yunani membawa makna kepekaan iaitu tertumpu kepada penciptaan yang berkaitan dengan keindahan. Bagi Plato (428 -348 S.M), bentuk-bentuk atau objek-objek yang indah dikesan melalui kuasa deria tetapi pemahaman tentang keindahan hanya wujud di alam akiiah sahaja.

Islam pula merupakan agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia termasuklah menggalakkan seni dan penciptaan yang indah-indah. Keinginan manusia terhadap seni dan keindahan merupakan satu fitrah kejadian manusia itu sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah itu indah dan sukapada keindahan. Baginda juga menerangkan: keindahan itu menenangkan segala hati dan ubat untuk luka, sesungguhnya keindahan merupakan perhiasan


dan kebahagiaan hidup. Seni sebagai pengungkap keindahan itu mempunyai makna tersendiri yang merupakan perjalanan hidup manusia mencari keredaan Allah.

Al-Ghazali, mengungkapkan bahawa setiap yang indah merupakan sesuatu yang sempurna dan manusia akan terdorong untuk memilikinya sebagai penyokong kepada kewujudan manusia itu. Malah kegemaran manusia menikmati keindahan akan dapat melupakan manusia terhadap segala resah dan risau dan mampu memulihkan kemantapan fizikal, mental dan jiwa.

Beliau juga memperkatakan keindahan sesuatu seni itu hanya akan dinikmati apabila terdapat rasa cinta terhadap apa yang dihadapinya. Cinta akan menggerakkan segala-galanya. Kemurnian cinta terhadap kesenian akan mampu memunggahkan kerinduan kepada sesuatu yang dicari. Cinta juga yang menjadi bukti akan hakikat hubungan kasih sayang antara makhluk terhadap Penciptanya.

Oleh itu, kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap al-Khalik. la ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakan-Nya kepada diri manusia.

Sidi Gazalba pula mentakrifkan sent sebagai sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana fitrah manusia yang cinta kepada sesuatu yang menyenangkan had melalui pancaindera yang lima. Penciptaan bentuk-bentuk kesenian tersebut mengandungi nilai estetika yang berpadu dengan nilai estetika Islam. Nilai dalam estetika Islam itu ialah akhlak.

Oleh itu, kesenian yang diutamakan dalam Islam ialah kesenian yang mampu meningkatkan kehalusan dan keindahan budi manusia dalam membentuk hubungan antara manusia dengan al-Khalik dan antara manusia dengan manusia. Penghasilan sent bertujuan untuk meninggikan apresiasi manusia tentang semua nilai baik, murni dan diredai Allah s.w.t. Kesemuanya ke arah mendorong manusia mencapai tingkat ketakwaan, kemakrufan, kesolehan dan budi yang lebih mantap. Ini kerana manusia diberi akal dengan kelebihan daya cipta, imaginasi, intuisi dan lisan untuk menghasilkan penciptaannya sendiri sebagai anugerah Allah yang menjadi amanah dan penggunaannya perlu dipertanggungjawabkan.

Kesenian merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan manusia yang berkemajuan selagi kesenian tersebut berada di atas landasan syariah Allah s.w.t. Kesenian yang tidak membawa mudarat atau kerosakan diharuskan oleh Islam. Tetapi seni yang mungkin boleh membawa kemudaratan dan kerosakan adalah dimakruhkan, manakala yang pasti membawa mudarat dan kerosakan diharamkan.

Manusia adalah pendukung utama kepada kemunculan kesenian. Seni yang dihasilkan oleh manusia mempunyai dua matlamat penting iaitu sebagai suatu alat (instrumen) untuk mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat dan sebagai suatu penawar


hati, penghibur bagi seseorang yang mengembara di dunia untuk menuju alam akhirat.

Islam melihat seni begitu murni untuk tujuan mencantikkan dan meninggikan martabat, jiwa dan nyawa manusia. la bukan untuk mencantikkan dan memperbaiki perkara-perkara sampingan kehidupan manusia atau sebagai aksesori kehidupan. Malah seni bukan sesuatu yang diberi keutamaan berbanding dengan nyawa manusia. Contohnya seni lukisan dan ukiran. Ulama dan para cerdik pandai Islam bersepakat mengatakan bahawa seni yang melahirkan lukisan dan ukiran yang dibenarkan perlu menurut had-had tertentu selaras dengan tuntutan syariah Islam. Bentuk-bentuk haiwan dan manusia lengkap dan sempurna adalah haram hukumnya walaupun tidak bernyawa kerana mempunyai hubungan dengan penyembahan berhala sama ada pada zaman pra-Islam atau masa kini.

Oleh itu, kesenian dalam Islam adalah kesenian yang mengikuti batas- batas seni yang ditetapkan. Ini kerana, segala peraturan hidup yang selaras dengan tuntutan Islam akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, termasuk peraturan dalam menunaikan keinginan kesenian itu sendiri.

Persoalannya, apakah perbezaan di antara kesenian Islam dengan kesenian Muslim? Seni Islam ialah seni yang bersumberkan kepada ajaran Islam iaitu kitab suci al-Quran dan al-Hadis. Manakala seni Muslim ialah pendukung seni itu mengaku sebagai orang Islam atau muslim tetapi karyanya belum tentu berasaskan prinsip-prinsip Islam. Ini menunjukkan bahawa orang Islam atau muslim itu merupakan pendukung utama kepada seni Islam dan seni Muslim. Pengamalan terhadap prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan atau dalam kesenian itu berbeza antara seseorang Muslim dengan seseorang Muslim. Perbezaan ini wujud kerana seseorang Muslim itu tidak mendalami ilmu yang berkaitan dengan Islam atau tidak mahu mengamalkan ilmunya dengan baik.

8.1.1 Sumber Pengetahuan Seni

Kesenian telah lahir sejak zaman Jahiliah lagi. Apabila masyarakat Islam terbentuk dengan pembentukan negara Islam yang membawa kemajuan Islam yang unggul, corak kesenian juga turut berubah. Berdasarkan kesinambungan latar belakang pra-Islam, umat Islam telah mempelajari seni tradisi purba dari segala bangsa dan kemajuan. Tetapi Islam telah menapis, menyaring dan mengambil yang terbaik, bersesuaian serta meninggalkan kesenian yang tidak mendatangkan manfaat.

Pemilihan terhadap kesenian oleh umat Islam dilakukan secara hikmah (bijaksana) iaitu pertama, umat Islam menggunakan daya kreativiti dan inovasi untuk mengubahsuai seni yang ada dan mengharmonikannya selaras dengan tuntutan Islam terhadap alam semesta. Kedua, umat Islam mencipta seni yang asli dan tulen, bersumberkan dan berlandaskan syariah Islam.


Al-Ghazali mengatakan, seni dan keindahan melahirkan persoalan- persoalan mengenai nilai-nilai kebatinan (dalaman) yang wujud di sebalik rupa dan bentuk sesuatu. Keindahan rupa dan bentuk merupakan penghasilan berbentuk zahir (fizikal) yang dihasilkan atau dicorakkan dari nilai-nilai kebatinan.

Secara umumnya, seni dan keindahan seperti seni rupa, seni bina atau sent kraftangan merupakan penghasilan proses fikiran dan perasaan manusia yang disampaikan dalam bentuk zahir, iaitu rupa, bentuk, corak, garisan, tone, warna, ruang dan elemen-elemen lain. Seni merupakan instrumen perantara yang menghubungkan suatu jiwa (pencipta) dengan suatu jiwa yang lain (pengamat) melalui fikiran dan pancaindera.

Seni dalam Islam mempunyai beberapa ciri penting iaitu pertama, mempunyai asas hubungan dengan kesenian Arab yang dipengaruhi oleh unsur- unsur kesenian kebudayaan di kawasan Asia Barat terutama di Semenanjung Arab dan Parsi. Contohnya kesenian kesusasteraan, seni khat dan seni suara (pembacaan al-Quran).

Ciri kedua, kebudayaan Islam telah mewujudkan suatu bentuk seni rupa yang mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat yang tersendiri. la mempunyai keagungan yang tersendiri sebagaimana seni rupa dalam kemajuan Barat, Cina dan lain-lain.

Ciri ketiga ialah seni rupa Islam bukanlah seni rupa yang mewakili sesebuah bangsa, budaya, atau negara. la mewakili kepelbagaian bangsa, budaya dan negara yang mempunyai kepercayaan akidah yang sama sebagai unsur penyatuan dan kesatuan ummah melalui konsep tauhid.

8.1.2 Seni Bersumberkan Ajaran Islam

Seiring dengan sejarah awal kelahiran dan perkembangan kemajuan Islam, kesenian Islam berkembang bersumberkan ajaran Islam. Islam melihat kesenian bukan sahaja pada perkara yang bercanggah bahkan turut menitikberatkan tujuan kesenian itu dipersembahkan. Antara kesenian yang diberi perhatian dalan Islam meliputi bidang kesusasteraan iaitu natijah dari pengaruh kitab suci al- Quran yang mengandungi nilai-nilai kesusasteraan yang tinggi dan berwibawa; bidang retorika yang berkembang untuk kepentingan dakwah dan syiar Islam; bidang seni suara natijah dari pembacaan al-Quran dan azan dengan suara yang indah; bidang kaligrafi (tulisan indah) dari ayat-ayat al-Quran, hadis dan kata- kata hikmah yang diukirkan dan dipahat; bidang seni sulam untuk keperluan alas sembahyang; bidang seni bina; dan sebagainya.

Walau apapun tujuan kesenian itu berlangsung, Islam mengutamakan pengabdian diri kepada Allah. Allah telah berfirman, Aku tidak jadikan manusia danjin melainkan untuk mereka dapat menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Surah Al-Zariyat: Ayar 56)



Pengabdian diri seseorang pencipta dan penikmat kesenian akan membawa mereka mematuhi perintah-Nya dan mampu meninggalkan segala larangan-Nya. Oleh itu kesenian Islam sebagai media dakwah perlu dipersembahkan dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Malah penyebaran seni tersebut melambangkan syiar Islam yang tersebar luas di muka bumi ini.

Seni bina Islam dan Ciri-ciri: Ibn Khaldun dalam kitabnya berjudul al- Muqadimah menyatakan, Kedudukan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya, cita-citanya, telah dilahirkan pada bangunan-bangunan yang didirikannya. Tiap bangsayang mendorong ke arah kemajnan pasti mempunyai kepintaran ilmu bangunan sebagai pembuktian betapa tingginya kemajuan dan cita-cita kebatinannya.

Berdasarkan pernyataan ini, seni bina merupakan suatu bukti mengenai ketinggian kemajuan dari sudut fizikal dan nilai-nilai kebatinan. Seni bina Islam, dibentuk berlandaskan kepada nilai-nilai kebatinan yang selari dengan tuntutan dan ajaran Islam.

Di peringkat awal, seni bina Islam muncul dan berkembang secara berperingkat seiring dengan perkembangan seni pembinaan kota dan tradisi ilmu. Seni bina Islam bermula melalui pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Pada peringkat awal ini, masjid tidak mempunyai menara mihrab atau kubah. Hanya terdapat satu alat di dalam masjid iaitu satu mimbar yang diperbuat daripada batang palma.

Pembinaan kubah masjid dikatakan bermula apabila ia dibina berdekatan dengan masjid yang didirikan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin. Pada masa kini, di seluruh pelosok dunia, masjid secara umumnya mengandungi mimbar, menara mihrab atau kubah untuk melambangkan identiti institusi masjid di peringkat zahir, yang secara tidak langsung menggambarkan identiti Islam dari sudut nilai-nilai kebatinan.

Menurut Islam, seni bina Islam mengandungi beberapa ciri-ciri utama. Antaranya pertama, di peringkat negara Islam dan seluruh pelosok dunia terdapat kesatuan dalam seni bina, natijah dari kesatuan dalam Islam, melalui konsep tauhid. Kedua, ciri-ciri kesatuan dalam seni bina Islam ialah pengaruh dari pusat- pusat kekemajuanan Islam seperti Madinah dan Makkah (Semenanjung Arab), Baitui Muqaddis (Palestin), Baghdad (Iraq) dan Damsyik (Syria). Ketiga, oleh sebab Islam itu merupakan suatu cara hidup (ad-Din) yang menyeluruh dan sempurna, maka ia menyerap dan berkembang secara menyeluruh ke dalam kehidupan manusia serta tidak disempitkan atas dasar ibadat semata-mata.

Seni bina dan Falsafahnya: Terdapat dua falsafah yang terkemuka dihubungkaitkan dengan seni bina iaitu Naturalisme dan Tauhidullah (ke-Esaan A llah). Falsafah naturalisme merujuk kepada penghasilan seni bina terutama



dalam kemajuan Barat dan tauhidullah merujuk kepada penghasilan seni bina kemajuan Islam.

Naturalisme (tabii sebagai pencipta) merupakan suatu fahaman dalam kemajuan Yunani yang beranggapan bahawa tuhan dan tabii adalah satu laitu tabii dan Tuhan mempunyai hakikat dalam konsep 'kesatuan dalam kejadian' (unity in being).

Pengaruh naturalisme ini telah meresap masuk ke dalam sent bina kemajuan Barat pada zaman Renaissance (Pemulihan Budaya) di Eropah. Naturalisme beranggapan bahawa manusia merupakan suatu penghasilan yang teragung oleh kuasa tabii dalam alam dunia. Manusia tidak tertakluk kepada sebarang kuasa sebaliknya ditentukan oleh nasib, dan perjuangan. Kematian merupakan suatu proses tabii dan norma. Oleh itu tragedi merupakan suatu intipati dalam kehidupan yang berasaskan kepada pertarungan dan pertentangan.

Falsafah sedemikan telah melahirkan ciri-ciri seni bina naturalisme yang berikut iaitu, pertama, seni bina menggambarkan kekuatan kekuasaan manusia dalam ruang untuk berjuang dalam arena fizikal Tuhan; kedua, bahagian ruang yang dibina menpunyai sempadan-sempadannya. Sempadan sesuatu bangunan adalah sisi tegaknya dan yang terlihat pada kaki langit. Ketiga, Struktur tanah dipilih dari yang tinggi atau membuang segala struktur berhampiran supaya menonjolkan autonomi bangunan dalam ruang berkenaan.

Seni bina Islam dan falsafah tauhidullah, ternyata melahirkan ciri-ciri yang bertentangan dengan ciri-ciri seni bina naturalisme. Seni bina Islam berlandaskan mentauhidkan atau meng-Esakan Allah s.w.t. Berdasarkan ajaran Islam, manusia merupakan hamba Allah s.w.t. Manusia sebagai hamba tidak akan menentang ketentuan Allah s.w.t, bahkan reda kepada ke-Esaan Allah s.w.t.

Oleh itu, istilah yang biasa digunakan mtu.percubaan-percubaan sains untuk menundukkan tabii (scientific afford to conquer nature), sekiranya dirujuk kepada Islam maka diubahsuai kepada percubaan-percubaan sains untuk memahami rahsia-rahsia tabii, supaya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan manusia. Oleh kerana tabii tidak dapat ditundukkan, maka ahli sains perlu memahami rahsia-rahsianya dan bekerja berharmoni dengannya.

Allah s.w.t. merupakan Pemilik kepada segala ciptaan dan ruang. Sekiranya manusia berkeinginan untuk membuat tempat kediaman atau petempatan maka mestilah dilangsungkan dengan sikap rendah diri, dan bukannya dengan sikap pertentangan atau pertarungan dengan tabii.

8.1.3 Perbezaan antara Seni Islam dengan Seni Barat

Seni rupa Islam dihasilkan untuk mencerminkan nilai-nilai yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia Muslim. la dicipta bukan untuk melahirkan watak individu tertentu atau melahirkan perasan jiwa individu atau melahirkan sifat keegoan. Berbanding dengan seni Barat yang berakar-umbi kepada tradisi



seni Eropah yang sifatnya untuk melahirkan watak individu dan pernyataan perasaan jiwa individu. Sifat ini merupakan faktor penting dalam seni barat terutamanya sejak zaman Renaissance (Pemulihan Budaya).

Seni barat juga dapat dihubungkaitkan dengan kelahiran fahaman humanisme (kemanusiaan), yang lebih menientingkan manusia sebagai objek penentu dan agama adalah bersifat ritual (ibadat) semata-mata (sekularisme). Manusia merupakan pendukung utama dan sumber inspirasi kepada kesenian Barat yang ternyata memisahkan aspek duniawi dengan akhirat. Berbanding dengan Islam, seni Islam tetiap bersumberkan kepada prinsip-prinsip Islam yang memperlihatkan unsur kesatuan dalam kepelbagaian. Meneliti kesenian Islam udak sekadar menilai dan melihatnya dari ruang atau kebendaan semata-mata retapi di peringkat konsep (nilai kerohanian).

Terdapat banyak perbezaan antara seni menurut Islam dengan seni Barat sama ada yang berbentuk abstrak atau natural. Islam tidak memisahkan antara Islam sebagai ad-din dan cara kehidupan manusia seharian. Aspek kesenian dilihat oleh orang Islam berlandaskan tumpuan fikiran kepada ilmu matematik. Susunan abstrak geometri diatur dan diadun menjadi susunan aneka kemungkinan dan sambungan yang tidak terhad.

Seni rupa Islam menekankan logik tampak lebih dari pernyataan emosi. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud. Malaikat tidak akan masuk rumah yang terdapat gambar atau anjing (diriwayatkan oleh al-Bukhari). Berdasarkan sumber syanat Islam ini, maka penggunaan lukisan haiwan dan manusia adalah kurang sekali berbanding penggunaan reka bentuk abstrak geometri terutama di tingkap- tingkap dan dinding-dinding best. Bentuk-bentuk geometri dibahagi-bahagikan kepada variasi yang sama, seimbang dan dimajukan dengan susunan imbangan yang harmoni. Hiasan geometri juga digunakan dalam pertukangan kayu bertatah dan hiasan pada kitab suci al-Quran.

Berbanding dengan kesenian Barat pada zaman moden, seni rupa abstrak diterima sebagai bentuk seni yang menghasilkan daya gambaran yang tidak menyekat imagmasi dan tidak tenkat kepada cara kehidupan manusia seharian, tidak berlandaskan kepada sumber-sumber keagamaan dan kerohanian.

Seni lukis Islam tidak menggambarkan drama atau potret-potret yang beremosi sebaliknya menggambarkan atau meliputi ke-Esaan Allah s.w.t. melalui konsep tauhid. Kebanyakan lukisan ditumpukan kepada tulisan khat yang indah, ditulis dengan pelbagai cara dan kaedah (naskh, dewani, ruq'ah dan lain-lain) untuk tujuan mengagungkan ayat-ayat al-Quran, ataupun melukis reka bentuk geometri yang menunjukkan wujudnya keseimbangan, keharmonian dan kesatuan.

Ketiadaan potret manusia mewujudkan suasana tenang atau tidak beremosi yang menghasilkan perwujudan yang tidak berbelah bagi untuk bermeditasi. Tetapi bagi kesenian Barat, mereka menjadikan manusia sebagai


objek potret bagi melahirkan sifat watak individu tertentu, berperasaan emosi dan bersifat keegoan.

Motif tumbuhan merupakan elemen-elemen yang memben sifat persendirian dalam seni rupa Islam. Bentuk pohon-pohon yang biasa digunakan ialah pohon anggur dengan tangkainya yang melengkuk-lengkuk. Motif tumbuhan sering digunakan untuk membuat sent tembikar, batu jubin, ukiran (batu pada bangunan), tenunan kain, permaidani dan lain-lam. Motif-motif digunakan mengikut susunan geometri untuk mewujudkan keadaan yang tenteram dan harmoni melalui kesenian.

8.2 KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Persoalan mengenai wanita dan institusi keluarga merupakan unsur yang amat penting dalam perkembangan sesebuah kemajuan sama ada Kemajuan Islam atau Kemajuan yang lain. Wanita berperanan dalam pembentukan sesebuah keluarga dan keluarga merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Islam begitu menitikberatkan persoalan wanita dan keluarga di dalam al-Quran bahawa satu pertiga dari hukum-hakamnya berkaitan dengan institusi keluarga dan peraturan- peraturan kekeluargaan yang baik.

Institusi keluarga meliputi beberapa matlamat antaranya, pertama, untuk memelihara lelaki dan isterinya daripada melakukan perbuatan yang dilarang; kedua, untuk memelihara supaya insan ini tidak musnah dan menjadi pupus dengan adanya keturunan dan peranakan; dan ketiga, untuk memelihara keselamatan zuriat atau keturunan.

Wujudnya institusi keluarga merupakan suatu kurniaan dan masyarakat menjadi lebih sempurna. Institusi keluarga akan membentuk konsep bantu- membantu, kasih-mengasihi dan bergotong-royong (bekerjasama) bagi memenuhi keperluan dan kepentingan bersama. Firman Allah yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaurn lelaki), isteri-isteri darijenis kamu sendiri, supaya kamu hersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri)perasaankasihsayangdan helas kasihan... (Surah Al-Rum 30: Ayat 21).

8.2.1 Kedudukan Wanita dalam Islam

Lelaki dan Wanita: Keadilan dan Tanggungjawab: Bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia sama ada lelaki atau wanita, Islam telah member! mereka keadilan. Lelaki dan wanita dicipta sebagai makhluk yang berlainan sifatnya. Oleh itu, hak dan tanggungjawab serta kedudukan mereka dalam masyarakat mempunyai kaitan yang rapat dengan perbezaan tabii mereka.



Namun begitu, wanita telah diberikan hak asasi yang sama dengan lelaki. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah mendptakan kamu dari seorangdiri, dan daripadanya Allah mendptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki danperempuan (Surah Al-Nisa': Ayat 1). Berdasarkan firman Allah s.w.t. ini, lelaki atau wanita mempunyai kedudukan yang sama, kerana berpegang kepada ke-Esaan Allah s.w.t.

Kedua-dua lelaki dan wanita ini telah diberi oleh Tuhan, hak dan kewajipan yang sesuai dengan keadaan jasmani dan peribadi mereka. Lelaki yang bertubuh kuat perkasa, ditugaskan untuk memimpm dan melmdungi wanita yang bertubuh lemah, berperasaan halus dan agak sentimental. Allah menegaskan melalui hrmannya yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita disebabkan Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka (Surah Al-Nisa':Ayat 34).

Walaupun tugas memimpin dan memben nafkah itu merupakan kelebihan lelaki, tetapi tidak timbul sama sekali tentang siapa yang berkuasa dan siapa yang dikuasai. Ini kerana hubungan antara lelaki dan wanita bukan hanya dnkat dengan ikatan harta benda dan pengajaran sahaja, tetapi dnkat oleh ikatan kasih sayang. Allah berfirman yang bermaksud: Mereka pakaian kamu dan kamupun pakaian mereka (Surah Al-Baqarah: Ayat 187).

Menurut Islam, semua aktiviti kehidupan sama ada lelaki atau wanita merupakan suatu ibadah. Maka itu tanggungjawab seseorang lelaki atau wanita adalah sama terhadap Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Dan orangyang beriman lelaki danperempuan sebaliagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi bahagian yang lain. Mereka menyumh (mengerjakan) yang makmf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taatkepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diben rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Surah Al-Taubah: Ayat 71).

Islam juga tidak mengabaikan peluang pendidikan kepada wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Mencan ilmu itu wajib bagi semua orang Islam lelaki dan perempuan (Riwayat Ibn Majah). Ini menunjukkan, Islam tidak membezakan lelaki atau wanita dari segi mencari ilmu pengetahuan sebagai suatu bentuk tanggungjawab kepada umat Islam.

Kedudukan Wanita Pra-Islam: Pada zaman pra-Islam, kedudukan wanita secara umumnya dapat ditemui dalam beberapa agama dan kemajuan-kemajuan dunia. Di Semenanjung Tanah Arab pra-Islam, iaitu selepas keruntuhan empangan Ma'arib sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai Nabi dan Rasul, dikenali sebagai zaman masyarakat jahiliah. Masyarakat Jahiliah meletakkan wanita dalam kedudukan terendah dari segi peranan dan moralnya, iaitu sebagai hamba dan harta. Wanita dianggap oleh masyarakat Jahiliah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki, sehingga terdapat tradisi di kalangan kabilah-kabilah


tertentu yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana dianggap membawa sial.

Kemajuan Romawi menganggap wanita hanya sebagai hamba. Leiaki mengahwini wanita untuk kepentingan dirinya sendiri. Wanita tidak mempunyai sebarang hak ke atas dirinya sendiri sama ada hak memegang jawatan, persetujuan akad, mewarisi harta, menjadi saksi dan sebarang hak dalam undang-undang.

Keadaan wanita yang hanya dijadikan pelepas nafsu atau kehidupan seks bebas menyebabkan punca utama kejatuhan pemerintahan Romawi dan kekemajuanannya.

Masyarakat Kemajuan Greek juga turut memandang rendah kepada kaum wanita. Mereka menganggap wanita hanya sekadar barang perhiasan yang boleh dijual beli dan hanya layak melahirkan anak sahaja. Malah jika wanita melahirkan anak yang hodoh, mereka akan dibunuh. Wanita juga akan dieksploitasi oleh saudara maranya dan dilayan sebagai hamba untuk bekerja keras mengikut kehendak mereka. Layanan terhadap wanita tersebut juga dikatakan menjadi punca kejatuhan kerajaan Parsi yang dianggap hebat.

Pada zaman pemerintahan Parsi dan Byzantium, kaum wanita dihina oleh ahli agama fanatik. Mereka menjadi sasaran segala kejahatan tanpa proses pengadilan. Kaum lelaki boleh melakukan apa sahaja terhadap wanita sebagaimana barang kepunyaan mereka. Apabila wanita di dalam keadaan haid, mereka akan diasingkan ke luar kota khas kerana dianggap bernajis.

Kedatangan Islam melalui Rasulullah s.a.w. dan membawa kitab suci sebagai petunjuk daripada Allah s.w.t., merupakan suatu sinar baru untuk menkemajuankan bangsa Arab dan meletakkan martabat wanita pada kedudukan yang tinggi, setaraf dengan lelaki, menurut tuntutan-tuntutan Islam selaras dengan proses pembentukan kemajuan Islam. Al-Quran telah mengeluarkan kaum Jahiliah dari kehinaan dengan sentiasa mengingatkan mereka terhadap peristiwa wanita di masa lalu, Dan apabila roh-roh dipertemukan dengan tubuhnya, Dan apabila anak perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh (Surah Al-Takwir: Ayat 7-9).

Kedatangan Islam menjadikan wanita sebagai penggerak dalam menuju keagungan Islam, membentuk manusia-manusia gagah untuk mempertahankan kebenaran dan membasmi kemungkaran. Mereka mengisi hidup mereka dengan amal bakti yang ikhlas dan menjauhkan segala rupa kemaksiatan.

Kemuliaan wanita Islam terserlah apabila dikurniakan darjat yang amat mulia iaitu seperti sabda Rasulullah s.a.w., Syurga itu di hawah telapak kaki ibu, Tetapi kemuliaan tersebut tidak akan mendatangkan sebarang pengertian, melainkan mereka menunaikan kewajipan-kewajipan yang ditentukan dalam rumah tangga sebagai ibu.

Kedudukan, Hak Wanita Islam danJaminan Hak: Sejak kedatangan Islam kira-kira 1400 tahun yang lalu, kedudukan dan hak wanita telah diletakkan di


tempat yang sewajarnya dan diberikan tanggungjawab yang sama, setaraf dengan lelaki dalam segala aspek kehidupan yang bersesuaian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Hai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-hangsa dan hersuku- suku supaya kamu soling/serial mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal (Surah Al-Hujurat: Ayat 12).

Berdasarkan ayat di atas, tidak wujud perbezaan antara lelaki atau perempuan, atau satu bangsa dengan bangsa yang lain sama ada berkulit putih atau berkulit warna, dan digalakkan menjalin hubungan serta kenal-mengenal menurut tuntutan dan batasan kehidupan manusia Islam. Perbezaan di sisi Allah s.w.t. adalah sifat takwa iaitu mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangan- Nya.

Menurut firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: Dan para 'wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (Surah Al-Baqarah: Ayat 228). Ini membuktikan, Islam telah memperkenalkan konsep persamaan antara lelaki dan perempuan dengan menyatakan bahawa setiap jantina ini sebenarnya adalah saling melengkapi atau saling menyempurnakan antara satu sama lain. Ini bermakna, wanita mempunyai hak dan tanggungjawab yang seimbang dengan lelaki.

Walaupun terdapat persamaan antara lelaki dan perempuan, Islam tidak mengabaikan perbezaan-perbezaan antara kedua-duanya dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab tertentu. Lelaki dan wanita saling melengkapi dalam perkahwinan dan institusi keluarga, termasuk menegakkan rumah tangga dengan saling membantu dan berkasih-sayang. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri darijenismu sendiri, supaya kamu cenderungdan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan- Nya di antaramu rasa kasih dan sayang (Surah Al-Ruum: Ayat 21).

Menurut undang-undang syariah, wanita diberikan hak untuk memilih jodohnya; menggunakan nama sendiri yang diberikan oleh ibu bapanya; mempunyai hak untuk memiliki dan menerima harta; berhak berpisah dari suammya dan hakim atau kadi; dan sebagamya.

a.  Wanita sebagai anak

Islam memberi hak kepada anak perempuan untuk mewarisi harta peningggalan iaitu setengah dari anak lelaki. Kekurangan dengan anak lelaki ini berlaku kerana lelaki secara umumnya mempunyai keluarga yang perlu ditanggung dan perlu membayar mas kahwm.

b.   Wanita sehagai isteri

Islam memandang wanita sebagai antara perhiasan yang diciptakan oleh Allah untuk manusia. Wanita sebagai teman hidup lelaki yang memberi rahmat sebagai


sumber ketenangan dan hiburan kepada lelaki di kala kesusahan. Wanita juga dicipta khas sebagai pasangan bagi kaum lelaki hasil dari perkahwinan yang sah dan mengembangbiakkan umat di muka bumi ini. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dunia umumnya adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan ialah 'wanita (isteri) yang solehah. Wanita dengan sifatnya yang lemah, sensitif dan penyayang memerlukan belaian dan kasih sayang serta pertolongan daripada suaminya. Oleh itu suami berkewajipan membenkan kasih sayang dan nafkah berdasarkan keperluan isterinya. Manakala isteri diberi tanggungjawab mentaati suami dan memelihara diri serta harta suaminya. Wanita juga turut menjadi pemimpm dalam urusan rumah tangganya. Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kemuliaan dan kekuasaan wanita sebagai pemimpin dalam rumah tangga, Seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab tentang soalkeluarganya.

c   Wanita sebagai Ibu

Kedudukan wanita sebagai ibu amat mulia dan tinggi berbandmg dengan kedudukan lelaki sebagai bapa. Wanita lebih berhak ke atas ketaatan anak-anak terhadapnya kerana kesusahan dan kepayahan ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anaknya. Anak-anak pula mesti melayani dan mentaati ibunya selagi tidak melanggar syariat Islam serta bertanggungjawab memberikan keselesaan hidup kepada kedua orang tuanya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak aku taati? Baginda menja'wab, Ibumu! Orang itu bertanya lagi, Sesudah itu siapa? Baginda menjawab, Ibumu! Orang itu bertanya lagi, Sesudah itu siapa lagi? Bagmda menja'wab, Ibumu! Lalu dia bertanya lagi, Sesudah itu siapa lagi? Baginda menjawab, Ayahmu.

Hadis ini menunjukkan bahawa ibu bapa mesti dihormati dan ditaati terutama ibu yang bersusah payah membesarkan anak-anaknya.

d.   Wanita sebagai Anggota Masyarakat

Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk menentukan hidupnya dalam masyarakat. Islam membenarkan wanita mencari harta kekayaan terutama jika tiada yang menanggung kehidupannya. Walau bagaimanapun, Islam mengutamakan pekerjaan yang sesuai dengan kewanitaan dan menjauhkan segala bentuk penghinaan dan kesusahan serta mengelakkan diri dari berlaku fitnah dalam masyarakat.

Wanita juga boleh terlibat dalam politik mengikut batas yang tertentu. Islam tidak membenarkan wanita menjadi Ketua Negara, tetapi membenarkan sebagai ketua di peringkat bawah. Menurut Said Abdullah Seif al-Hatimy, ketua negara bukan sahaja sebagai ketua yang memerintah negara, tetapi termasuk ketua keadilan (hakim), ketua sembahyang (imam) terutama sembahyang Jumaat, dan ketua dalam peperangan menentang musuh. Ini kerana keadaan kekuatan


fizikal wanita yang tidak setanding dengan lelaki dan keadaan psikologi wanita sendin yang bersifat emosional.

Wanita Teladan dalam Bidang Rohani, Kewajipan Agama dan Ciri-ciri Penting Wanita: Berdasarkan kitab suci al-Quran, dinyatakan mengenai beberapa wanita yang menjadi teladan dalam sejarah terutama dalam bidang kerohanian. Antara mereka ialah isten kepada Firaun, ibu Nabi Musa a.s. dan ibu Nabi Isa a.s., Maryam.

Mengenai isteri kepada Firaun, firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Dan A llah memiwat isteri Firaun misalan (perempuan) bagi orang yang beriman, ketika ia berkata, Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisimu dalam syurga dan selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (Surah Al-Tahrnm: Ayat 11).

Mengenai ibu Nabi Musa a.s., firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa (Surah Al-Qashash: Ayat 7). Mengenai ibu Nabi Isa a.s., firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Malaikat (fibril) berkata:Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (Surah All Imran: Ayat 42).

Wanita diberikan kedudukan seimbang dengan lelaki dalam semua aspek akidah, syariat dan akhlak. Namun begitu, dalam beberapa perkara tertentu terutamanya peribadatan, wanita diberikan kekecualian menurut fitrahnya berbanding dengan lelaki dalam hukum fardu ain dan fardu kifayah. Antaranya wanita dikecualikan daripada melakukan ibadat sembahyang dan berpuasa semasa didatangi haid dan nifas; bersembahyang Jumaat; mengerjakan sembahyang jenazah; perang sabil; dan sebagainya.

Wanita mempunyai ciri-ciri yang penting yang membezakannnya dengan lelaki. Ciri-ciri wanita dilihat dari dua aspek iaitu sifat jasmani (fizikal) dan sifat rohani (spiritual). Secara umumnya, dan aspek jasmani, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa kaum wanita mengalami keuzuran pada sebahagian besar dan kehidupannya antaranya keuzuran bulanan, keuzuran ketika mengandung dan sesudah bersalin. Semasa berada dalam situasi tersebut, wanita merupakan insan yang mudah tersinggung dan fikirannya mudah terganggu untuk seketika.

Aspek rohani pula melihat perasaan wanita lebih halus dan lembut berbanding lelaki, penyayang dan berkecenderungan untuk menerima pimpinan daripada lelaki.

Kelebihan Lelaki dan Wanita: Lelaki dan wanita merupakan insan manusia yang saling melengkapi terutama dalam institusi keluarga. Mereka mempunyai kelebihan atau kekurangan di antara satu dengan yang lain dalam aspek-aspek tertentu dalam kehidupan. Tetapi secara umumnya, lelaki mempunyai kelebihan- kelebihan tetapi bukan secara mutlak. Kelebihan-kelebihan lelaki berdasarkan fitrah dan tabii manusia yang bersesuaian dengan peranan, hak dan


tanggungjawabnya sebagaimana digariskan oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada istennya {Surah Al-Baqarah: Ayat 228). Kelebihan lelaki ke atas wanita hanya dalam bidang keluarga dan bidang siasah, tetapi bukan dalam hak insaniah atau sifat-sifatnya. Al-Quran menyatakan suami diwajibkan untuk memberi nafkah kepada keluarganya. Manakala isteri dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal ehwal rumahtangganya termasuk anak-anak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kamu semua (lelaki dan wanita) adalah ketua (pengembala) dan kamu semua ada bertanggungjawab atas mereka yang di baivah jagaan kamu. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari).

Wanita pula memiliki sifat keibuan, dibenkan penghormatan tinggi dalam keluarga sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Oleh sebab tanggungjawab ibu adalah berat maka dalam Islam, Allah s.w.t. tidak mewajibkannya untuk mencari nafkah keluarganya. Pada masa kini, terdapat wanita yang memilih untuk memiliki kerjaya dan pekerjaan. Sesetengah daripada mereka bekerja untuk membantu suaminya dalam memenuhi keperluan rumah tangga. Keadaan seperti ini tidak dilarang oleh Islam dengan syarat kehormatan dan kejujuran dipelihara. Wanita tetap diberi peranan, hak dan tanggungjawab dalam bidang kerjaya dan pekerjaan sesuai menurut fitrah manusia dan tiada halangan untuk menjawat kedudukan tinggi. Namun begitu, terdapat larangan terhadap wanita untuk menduduki jawatan sebagai ketua negara dan terdapat beberapa mazhab yang melarangnya untuk menjadi hakim atau kadi.

8.2.2 Peranan Wanita dan Lapangan Kegiatannya

Secara umumnya, peranan wanita lalah sebagai isteri, dan merupakan suri rumah tangga atau wazir kepada suaminya dalam institusi keluarga. Sebagai ibu, wanita merupakan pengasuh dan pendidik kepada anak-anaknya. Kegagalan wanita untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan ini akan mengakibatkan institusi keluarga menjadi goyah dan kucar-kacir. Fitnah akan berlaku apabila berlaku pengabaian peranan, hak dan tanggungjawab dan akhirnya, anak-anak terbiar tanpa asuhan dan didikan, serta kasih sayang yang sempurna.

Pengabaian tanggungjawab dan peranan akan melahirkan masyarakat yang rosak akhlaknya terutamanya anak-anak yang tidak lagi menghormati ibu bapa (menderhaka) dan terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Institusi keluarga yang goyah dan kucar-kacir akan memberikan kesan kepada institusi masyarakat dan akhirnya, institusi negara.

Bagi wanita yang beriman, rumahnya merupakan sambungan kepada masjid, dan sebagaimana institusi masjid wajib diimarahkan, begitu juga institusi rumah tangga (rumah). Wanita yang mengimarahkan rumah dengan perkara- perkara berlandaskan tuntutan Islam akan menjadi tempat untuk mendapat



ketenangan, tempat turunnya sakinah, tempat perlindungan dari fitnah, dan tempat untuk mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bahawa apabila seseorang wanita mencari keredaan suaminya dan menguruskan kerja-kerja rumahnya dengan puas hati suaminya, maka la mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki dalam amal-amalnya kerana Allah itu. Berdasarkan kenyataan ini, tidak bermakna peranan, hak dan tanggungjawab wanita hanya terhadap institusi keluarga sahaja. Sebaliknya, dengan keizinan suaminya ia tidak dilarang untuk berkhidmat kepada institusi masyarakatnya setelah memenuhi kewajiban institusi keluarga, dengan syarat menjaga kehormatan dan menjaga pergaulan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dan padanya (Surah Al-Nur: Ayat 31). Berdasarkan ayat tersebut, Allah s.w.t. memerintahkan supaya wanita Islam memelihara penglihatannya daripada perkara yang menaikkan keinginan nafsu dan menutup aurat menurut tuntutan syariat Islam. Sesungguhnya, memelihara penglihatan, memelihara keinginan nafsu dan menutup aurat merupakan sebahagian daripada tujuan untuk memelihara akhlak dan kehormatan wanita dan mengelakkan berlakunya gejala-gejala tidak bermoral. Peraturan tersebut membuktikan Islam bukan sahaja memberikan kebebasan yang cukup sempurna kepada wanita tetapi menurut batasan-batasan tertentu. Batasan-batasan kebebasan ini demi untuk memelihara keturunan manusia atau zunat yang mulia dan bermaruah.

8.2.3 Poligami Member! Perlindungan kepada Wanita

Prinsip Perkahwinan Poligami: Islam merupakan ad-Din al-fitrah iaitu ia tidak menentang fitrah manusia tetapi mengawal dan menyusunnya dengan baik. Islam memberikan sistem dan aturan kepada semua keperluan kehendak manusia untuk kepentingan dan kebahagian manusia itu sendiri, sama ada di dunia atau akhirat. Sehubungan dengan itu, Islam telah mengiktirafprinsip perkahwinan poligami sebagai sebahagian institusi keluarga kerana tujuan kemaslahatan kemasyarakatan. Menurut sesetengah alim ulama, poligami merupakan sesuatu pengecualian, bukan suatu yang biasa kerana dalam aspek-aspek tertentu poligami diperlukan. Islam mengharuskan poligami untuk melindungi wanita dan sebagai Jalan keluar dan kesulitan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Maka kahwimlah oleh kamu wanita- wanita yang kamu sukai, dua, tiga atau empat, Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja (Surah al-Nisa': Ayat 3). Walaupun pada permulaan ayat tersebut menyuruh berpoligami tetapi dinyatakan juga ugutan dan peringatan supaya tidak menyalahgunakan poligami di tempat yang tidak wajar. Di Barat, undang-undangnya tidak membenarkan poligami sebaliknya membenarkan hidup bersekedudukan terutama dengan wanita


simpanan. Antara kesannya ialah wanita menjadi permainan lelaki, menggalakkan perzinaan (seks bebas) yang boleh membawa penyakit AIDS atau penyakit kelamin yang lain dan kelahiran anak luar nikah (haram). Kesannya anak-anak yang dilahirkan tidak akan mendapat pendidikan sempurna dan akan mengakibatkan masyarakat yang rosak zuriat dan keturunannya.

Hikmah Poligami: Kehidupan berpoligami membawa banyak hikmah yang tersembunyi dalam sesuatu institusi keluarga dan masyarakat. Antaranya ialah pertama, seseorang isteri itu mungkin mengalami penyakit jasmani (sakit anggota badan), atau mandul atau sakit jiwa. Poligami dibenarkan untuk menghindari keburukan-keburukan yang diakibatkan oleh penyakit-penyakit tersebut dan akan melenyapkan sebab-sebab atau mengurangkan penceraian.

Kedua, penyelidikan-penyelidikan di penngkat antarabangsa menunjukkan bilangan wanita melebihi lelaki dalam masa aman damai. Poligami akan mengurangkan ketidakseimbangan ini dengan membentuk institusi keluarga yang lebih besar. Ketiga, dalam suasana kini, bilangan wanita akan mengatasi bilangan lelaki. Peningkatan sejumlah besar wanita akan melahirkan masalah moral yang sekiranya tidak diselesaikan akan menyebabkan merebaknya kegiatan pelacuran. Kegiatan pelacuran berlaku tidak hanya disebabkan keruntuhan moral sahaja, tetapi untuk memenuhl keperluan kehidupan berkeluarga kesan daripada kehilangan atau ketiadaan lelaki sebagai ketua keluarga. Poligami secara tidak langsung akan dapat mengurangkan masalah pelacuran ini, melalui perkongsian kehidupan. Dan keempat, poligami boleh membentuk perkahwinan yang sihat termasuk melenyapkan jumlah gadis-gadis yang diserang penyakit perempuan yang begitu berleluasa sama ada di dunia Timur atau Barat.

Dalam sejarah sebelum Islam, iaitu masyarakat Arab turut menggalakkan poligami dan sesetengahnya memiliki seramai sepuluh orang isteri. Manakala di negara China, menurut Encyclopedia Britannica, seseorang lelaki berkahwin dengan isteri utama tetapi isteri sampingan dibenarkan. Agama Hindu, menurut Manu's Dharma Shastra, digalakkan berpoligami. Di India pada tahun 1961, menerusi suatu bancian kebangsaan, penganut Hindu yang berpoligami adalah lebih tinggi berbanding dengan penganut Islam yang berpoligami. Ajaran Yahudi pula mengatakan berkahwin lebih dari satu merupakan suatu amalan biasa. Dalam agama Kristian, dalam kitab Bible hah 2 Samuel 3, ayat 2-5, dinyatakan bahawa Nabi Daud (David) mempunyai lebih dari satu isteri dan ini menggambarkan, baginda mengamalkan kehidupan berpoligami. Pada tahun 1650, di Nurenberg (Eropah) berlaku perjumpaan yang mengambil keputusan untuk membenarkan rakyat berkahwin lebih dari satu isteri bagi mengatasi masalah kekurangan bilangan rakyat akibat daripada peperangan.


Syarat Poligami Islam: Amalan dalam kehidupan berpoligami Islam tidak memberikan kebebasan mutlak kepada lelaki semata-mata untuk mencari keseronokan sahaja. Sebaliknya, poligami diharuskan dengan bersyarat kepada lelaki iaitu hendaklah berlaku adil kepada isteri-isterinya. Keadilan kepada isteri- isterinya meliputi keadilan dalam pemberian nafkah zahir dan batin seperti pergaulan suami isteri, pemberian nafkah zahir dari segi harta benda dan terpenting ialah memberikan layanan baik, sama rata dan menunaikan kewajiban suami isten.

Poligami juga diharuskan jika aman daripada kezaliman. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja! (Surah Al-Nisa': Ayat 3). Berdasarkan ayat di atas, poligami bukanlah suatu perkara yang dibenarkan secara sewenang- wenangnya tanpa mengambil kira kesannya terutama kezaliman. Kezaliman dianggap merupakan kegagalan suami untuk memenuhi tanggungjawab berpoligami dengan menzalimi tidak hanya dirinya, malah isteri-isteri, keluarganya dan seterusnya menggugat institusi masyarakat. Menyedari hakikat ini, poligami adalah dilarang sekiranya tidak dapat berlaku adil dan zalim.