Sejarah Kemajuan India -

14.1 ZAMAN PRASEJARAH

Zaman Batu Awal (Paleolitik) dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi yang membawa kita sehingga ke tahun 400,000SM, tetapi ketidakwujudan atau kekurangan lain-lain bukti telah menghadkan pengetahuan tentang kehidupan zaman ini. Berdasarkan penemuan jenis-jenis peralatan batu dapat disimpulkan bahawa aktiviti pemburuan dan mengumpul bahan-bahan makanan berlaku di tebing sungai. Pada zaman berikutnya, iaitu Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) penduduk India telah menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Bukti-bukti menunjukkan wujudnya konsep kehidupan selepas kematian, menghiasi badan, menggunakan binatang kecil dan penggunaan biji-bijian. Di Zaman Batu Baru (Neolitik), unsur-unsur zaman batu ini selaras dengan unsur-unsur zaman batu di beberapa kawasan lain di dunia. Bentuk budaya yang muncul di India menunjukkan alat-alat batu yang digilap, pertanian, penternakan, tembikar dan penggunaan kayu dalam pembinaan. Tinggalan-tinggalan zaman ini terdapat hampir di seluruh kawasan benua kecil India dan mereka telah mengetahui kaedah menghasilkan benang dan kain. Dalam konteks ini, tradisi Zaman Batu Baru dianggap sebagai pendahuluan kepada kemunculan kemajuan Harrapa (3,000-1,500SM) di Lembah Sungai Indus.

14.2 ZAMAN PROTOSEJARAH

Zaman proto-sejarah di India bermula lebih kurang pada tahun 3,000SM di Lembah Sungai Indus. Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjo-daro (di daerah Larkana, Sind) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Sungai Indus telah mencapai suatu tahap kemajuan yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Di Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2,400-2,300SM) dan ini membuktikan serta menyakinkan kita tentang perdagangan antarabangsa yang telah berlangsung ketika itu antara dua kawasan peradaban. Budaya Lembah Sungai Indus meliputi kawasan Punjab, Sind, utara Rajasthan dan kawasan Kathiawar di barat India. Penemuan-penemuan arkeologi di Harappa, Mohenjo- daro, Lothal, Kalibangan dan Dholavira di Lembah Sungai Indus menunjukkan bahawa India (kemajuan Indus) juga merupakan perintis dalam pembentukan peradaban-peradaban dunia seiring dengan kemunculan kemajuan Mesopotamia (Sumeria), kemajuan Mesir dan kemajuan Cina.

Melalui kaedah arkeologi, carigali-carigali menunjukkan bahawa penduduk Lembah Sungai Indus memiliki kemahiran dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. Mengenai perancangan bandar, kota-kota itu mempunyai jalan yang lebar (9-34 kaki) dan lurus serta panjangnya setengah batu untuk digunakan bagi trafik beroda dan orang jalan kaki. Jalan-jalan ini pula mengandungi lorong-lorong yang penuh sesak dengan rumah-rumah. Setiap lorong mempunyai kolam awam dan kebanyakan rumah mempunyai kolam dan tempat mandinya tersendiri. Kota mempunyai sistem saluran yang sungguh tersusun. Bangunan-bangunan perusahaan dan perdagangan serta rumah-rumah tukang, pekedai dan rumah-rumah orang kaya boleh diasingkan dari runtuhan itu. Rumah-rumah dibina dengan batu bata yang dibakar dan asas bangunan dibina di bawah tanah. Perancangan bandar yang rapi, bekalan air yang mencukupi dan sistem saluran yang baik memungkinkan kita membuat andaian bahawa wujudnya kewibawaan sivik yang tinggi. Ini juga terlihat pada tiang- tiang lampu di jalan raya dan sampah sarap seperti tembikar yang pecah dijumpai dalam lubang jauh dari kota. Mengenai penduduknya, ujian-ujian terhadap penemuan tengkorak manusia membuktikan wujudnya empat jenis ras di Mohenjo-daro dan dapat disimpulkan penduduknya merupakan masyarakat kosmopolitan. Penemuan-penemuan seni ukir juga menunjukkan pergaulan atau interaksi antara pelbagai bangsa. Penemuan alatan membajak yang banyak menunjukkan aktiviti pertanian 2iusahakan secara besar-besaran. Gandum, beras dan barii dijumpai dari runtuhan dan daging lembu, kambing, ikan dan sebagainya merupakan bahan- bahan makanan. Hanya menerusi penemuan patung-patung, mohor-mohor, tangkal dan dari objek-objek kecil dapat kita menemui unsur-unsur budaya lmbah Sungai Indus. Beberapa patung yang ditemui di Lembah Sungai Indus menggambarkan konsep Dewi Ibu dan Dewa Shiva diamalkan. Dewa Shiva nisembah bukan sahaja dalam bentuk patung tetapi juga dalam bentuk lingo, (si mbol rakaman cahaya agung).

Dari mohor-mohor terdapat tanda-tanda kapal tanpa tiang kapal dengan kelasi yang menunjukkan penduduk Mohenjo-daro biasa mengenali kapal-kapal dan benda-benda yang sama dijumpai di Mesopotamia yang memungkinkan kita membuat kesimpulan tentang hubungan rapat dengan luar negeri. Mohor-mohor juga menggambarkan tulisan-tulisan Indus yang disifatkan sebagai logosillabik piktograf). Mereka menggunakan beberapa simbol untuk menandakan burung, manusia, ikan dan sebagainya. Contohnya seperti menandakan sikat, menandakan daun, menandakan ikan atau bintang dan sebagainya.

14.3 ZAMAN SEJARAH AWAL

Walaupun kemajuan Indus telah lenyap lebih kurang pada tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan lain terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam kemajuan Indus digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam. Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan kemajuan Indus. Di kawasan Gujarat, perdagangan laut memainkan peranan penting terutama di bandar-bandar iaitu Prabhaspatan, Broach dan Nagara. Ini merupakan rantaian dan kesinambungan kepada perdagangan Gujarat.

Budaya Indus mulai mengalami kemerosotan dan akhirnya kedatangan orang-orang Arya pada tahun 1,500SM telah membawa kemunculan satu peradaban baru di barat laut India.

14.3.1 Zaman Vedik (1,500-500SM)

Asal-usul orang-orang Indo Arya dapat dikesan di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong kaum ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagian dari kumpulan yang datang ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan migrasi sampai ke benua kecil India. Kedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan. Walaupun kumpulan Arya dapat mengekalkan beberapa unsur-unsur budaya yang dibawa bersama mereka tetapi pertembungan ini menyebabkan kemunculan satu budaya komposit di kawasan utara India yang dikenali sebagai Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Orang-orang Indo Arya telah mencipta teks-teks agama atau Veda-Veda yang mengandungi mazmur-mazmur agama. Dari Veda-veda ini, terutama Rig Veda yang disusun antaratahun 1,200SM dan 1,000SM, kita dapat menyusun dan mengetahui mengenai semua unsur kehidupan politik, sosial, ekonomi dan agama masyarakat Indo Arya.

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah kula (keluarga) yang diketuai oleh grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam sebuah kampung (grama) yang diketuai olehgramina; beberapa kampung adalah bahagian visya (bandar) yang diketuai oleh visyapati; dan beberapa visya adalah sebahagian danjana yang diketuai oleh raja (rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati oleh mantriparishad (ahli-ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya dikawal oleh pandangan umum dan undang-undang dan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan iaitu sahha (anggota-anggotanya terdiri dari ketua- ketua dan orang-orang kaya raya) dan samriti (perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa raja.

Dari sudut percukaian, cukai ke atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian merupakan aktiviti utama orang-orang Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu barii dan gandum. Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang-orang Indo Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber susu. Terdapat juga orang-orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuattembikar.peminjamwangdanpedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota-kota penting dalam perdagangan luar.

14.3.2 Zaman Vedik Terkemudian (600-320SM)

Lebih kurang pada tahun 600SM, penubuhan republik dan negeri-negeri beraja di kawasan utara India telah membawa sejarah kemajuan India ke satu tahap yang penting. Repubik-republik terletak di kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab manakala negeri-negeri beraja terletak di kawasan Sungai Ganges.

Republik-republik terdiri dari satu puak seperti Shakya, Koliya dan Malla atau gabungan puak-puak seperti Vriji dan Yadava. Kekuatan republik terletak dalam aspek korporat kerajaan iaitu pertemuan wakil-wakil puak atau ketua- ketua keluarga untuk membincangkan perkara-perkara penting. Salah seorang wakil mempengerusikan pertemuan itu dan beliau diberi gelaran "raja" dan pangkat ini bukan berbentuk turun-temurun. Sumber pendapatan sesebuah republik adalah dari cukai tanah, perindustrian dan perdagangan. Bandar-bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman ini antaranya Shravasti, Champa, Rajagriha, Ayodhya, Kaushambi dan Kashi yang penting bagi ekonomi kawasan Ganges manakala Vaishali, Ujjain, Taxila dan Bharukachcha di barat mengadakan hubungan ekonomi yang lebih luas. Di republik ini tidak ada sekatan atau tentangan terhadap pandangan individu yang berbeza dan ini menyebabkan kemunculan pemimpin dan pemikir yang membawa pandangan bukan ortodoks seperti Siddharta Gautama (Buddha) dari puak Shakya dan Vardhamana (Mahavira) dari puakJnatrika.

Negeri-negeri atau kerajaan-kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja berbentuk turun-temurun dan mementingkan sistem dewamja dengan mengadakan upacara-upacara rajasuya (pentahbisan raja), vajapeya (menjadikan raja muda semula) dan asva medha (pengorbanan kuda). Dalam konteks ini, raja-raja dan golongan sami-sami bekerjasama dalam menekankan konsep dewaraja.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku antara kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji. Peperangan berlaku selama seratus tahun dan akhirnya Magadha dapat mengekalkan kuasanya di India Utara. Pemerintah Magadha, Bimbisara memerintah pada pertengahan kedua kurun ke-6SM dan merupakan seorang raja yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan-kawasan di barat dan utara, mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan raya, melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan menggalakkan pembangunan di bidang pertanian. Bimbisara kemudiannya, diganti oleh puteranya Ajatashatru pada tahun 493SM dan meneruskan dasar menakluki Kosala, Kashi dan Vriji di utara dan Anga di timur yang menghubungkan perdagangan dalam dan perdagangan luar. Ajatashatru meninggal dunia pada tahun 461SM dan baginda digantikan oleh dinasti Shishunagapada tahun 413SM. Lima puluh tahun kemudian Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan dan dinasti bukan Kshatriya yang pertama. Baginda mewarisi kerajaan Magadha, mengenakan cukai tanah yang tinggi, membina saluran air dan sebagainya. Namun begitu, perkembangan ini tersekat kerana Chandragupta Maurya dapat mengalahkan Nanda dan menerajui kerajaan pada tahun 321SM.

Kawasan-kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah pengaruh Cyrus Yang Mahsyur dari Persia (558-520SM) dan puak-puak dari Kamboja, Gandhara dan kawasan Indus membayar ufti kepadanya. Pengaruh Persia terdapat pada syiling-syiling India dan skrip India. Kharoshti mempunyai unsur-unsur skrip Aramaic yang digunakan di Persia. Pada tahun 519SM di bawah Darius, Hindush dianggap wilayah kedua puluh empayar Persia dan terdapat askar-askar India yang bertugas dalam tentera Persia. Pada tahun 330SM, Maharaja Alexander dari Macedonia (Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke wilayah-wilayah di India, khususnya Punjab, berperang dengan Raja Poros (Puru) iaitu raja kawasan Jhelum, menakluki puak-puak tempatan dan melantik gabenor-gabenor untuk mentadbir wilayah-wilayah ini. Oleh sebab tenteranya tidak ingin meneruskan dasar perluasan kuasa, Alexander akhirnya terpaksa membatalkan rancangannya untuk menakluki seluruh India.

Dasar perluasan kuasa dan serangan Maharaja Alexander telah menyebabkan terbentuknya beberapa petempatan orang Greek di Punjab. Pergerakan tentera Greek ini telah merintis dan membuka beberapa jalan perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia ke Laut Mediterranean (selatan Eropah). Jeneral tentera Greek yang terakhir meninggalkan India pada tahun 317SM.

14.3.3 Empayar Maurya (321-185SM)

Dengan kemunculan empayar Maurya, latar belakang sejarah menjadi semakin jelas kerana terdapat banyak bukti dari beberapa sumber persejarahan. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai sejumlah besar kawasan di India dan sistem politik mencapai tahap keseragaman.

Pengasas empayar Maurya, Chandragupta Maurya telah menggantikan Nanda pada tahun 321SM ketika baginda berusia 25 tahun dan berasal dari puak Moriya. Panduan dan strategi yang diberikan oleh penasihatnya, Kautalya atau Chanakya (seorang Brahmin) telah membantu Chandragupta menjalankan dasar perluasan kuasa dengan menakluki kawasan-kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. Sumber-sumber bertulis Greek menyebutkan tentang peperangan antara Sandracottos (Chandragupta) dengan Seleucus Nikator (pemerintah Greek), kemenangan ke atas kawasan-kawasan Seleucid di Indus pada tahun 303SM, perjanjian yang dibuat antara mereka dan perkahwinan puteri Seleucus dengan Chandragupta. Disebutkan juga tentang duta Seleucus, Megasthenes yang menetap di Pataliputra dan kewujudan jawatankuasa khas bertujuan untuk menjaga kebajikan orang asing.

Pada tahun 297SM, Chandragupta telah memeluk agamaJainisme dan menyerahkan takhta kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar sehingga ke Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya menakluki Kalinga di timur. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahisma (tidak melakukan kekejaman).

Di bawah pemerintahan Asoka, sistem Buddhisme disusun semula semasa Majlis Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250SM. Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang-pengembang agama Buddha ke kawasan lain di India dan ke luar India. Asoka telah menghantar utusan- utusan diplomatik dan agama ke Syria (Antiochus II Theos 260-246SM), Mesir (Ptolemy III Philadelphus, 285-247SM), Macedonia (Antigonus Gonatus, 276- 239SM), Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander).

Hubungan dengan dunia luar berkembang sehingga kerajaan dan masyarakat Greek mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehidupan di India. Hubungan erat diadakan dengan kerajaan Seleucid di barat laut dan ini dibuktikan melalui ciri-ciri Persia yang terdapat pada Tiang-tiang Asoka (Asokan Pillars) yang mungkin diukir oleh pengukir dari kawasan barat laut. Idea inskripsi batu mungkin berasal dari Persia. Inskripsi-inskripsi Asoka terdapat di kawasan India Selatan dan baginda mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra dan Keralaputra. Putera Asoka, Mahindra telah melawat Ceylon sebagai pengembang agama Buddhis.

Pemerintahan raja-raja Maurya yang pertama, kedua dan ketiga penting bukan kerana penaklukan tetapi sistem kerajaan yang didirikan. Arthasastra, merupakan teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta) yang memberi panduan kepadapemerintah-pemerintah India.

14.3.4 Kemerosotan Empayar (200SM-300 TM)

Peristiwa-peristiwa politik selepas zaman Maurya menjadi semakin kabur dan utara India lebih dipengaruhi oleh keadaan di Asia Tengah. Empayar Maurya diganti oleh kemunculan dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang diketuai oleh Pushyamitra pada tahun 180SM. Kerajaan ini sering berperang dengan kerajaan di selatan, dengan Greek di barat laut dan Kalinga di tenggara. Dalam masa seratus tahun, empayar Maurya menjadi semakin kecil dan kawasan Magadha yang diperintah oleh Shunga dikuasai oleh dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan sehingga tahun 28SM. Dinasti Kanva mencapai zaman kegemilangan di bawah pemerintahan Raja Kharavela dengan kawasan yang dikuasai terbentang sehingga India Selatan.

Selepas keruntuhan pemerintahan Achaemenid di Persia dan kematian Maharaja Sikandar beberapa pemerintah Greek dan Persia cuba mewujudkan empayar mereka. Antara kerajaan yang terpenting muncul ialah Bactria. Pada tahun 200SM, Raja Demetrius mara ke arah tenggara, menakluki Arachosia dan Gedrosia; Demetrius II menakluki Punjab dan Lembah Indus dan mengekalkan kuasa Indo-Greek di barat laut India. Antara pemerintah- pemerintah Indo-Greek ialah Strato, Mithridates, Heliodorus dan Appolodotus tetapi yang termashyur ialah Menander (Milinda) yang memeluk agama Buddhisme. Baginda telah meluaskan pengaruhnya ke kawasan sehingga Lembah Ganges.

Kerajaan Indo-Greek ditewaskan oleh kumpulan Shaka atau Scythia dari kawasan Laut Aral di Asia Tengah. Raja pertama dinasti Shaka ialah Maues atau Moga (80SM) yang mengekalkan kuasa di Gandhara tetapi penggantinya, Azes mengalahkan raja Indo Greek terakhir, Hippostratos. Pemerintah Shaka menggunakan gelaran 'pemerintah agung' dan 'pemerintah bagi pemerintah- pemerintah'. Mereka ditewaskan oleh puak Yueh-chi di bawah Kujula Khadphises dan mendirikan dinasti Kushana. Putera Vima Khadphises memperkenalkan penggunaan wang syiling emas yang mempunyai unsur-unsur India. Vima digantikan oleh Kanishka yang dapat meluaskan kawasan taklukannya sehingga ke Sanchi di selatan dan Banaras di timur. Buddhisme mendapat sokongan Kanishka, dan Majlis Buddhis Keempat diadakan dan pengembang agama Buddha dihantar ke negara China dan Asia Tengah. Pengganti-pengganti Kanishka memerintah selama seratus lima puluh tahun sehingga kuasa Sassania di bawah Ardashir menakluki Peshawar dan Taxila; dan raja-raja Kushana akhirnya terpaksa membayar ufti.

Di India Tengah, iaitu di kawasan Deccan, dinasti Satavahana (dinasti Andhra) telah menjadi masyhur pada kurun pertama sebelum Masihi. Di bawah pemimpin Satakarni mereka meluaskan kawasan sehingga Sungai Narmada di utara, menakluki Sanchi dan lembah Sungai Godavari di Selatan. Dinasti ini menjadi lebih kuat pada pertengahan pertama kurun ke-2 Masihi di bawah Gautami Putra dan puteranya, Vasishthiputra dan kawasan diperluaskan sehingga Kathiawan di barat, Sungai Krisna dan utara Madras di tenggara. Dalam sistem pentadbiran kuasa dibahagikan kepada wilayah-wilayah di bawah gabenor sivil (amalya)dsn gabenor militeri (mahasenapati).

14.3.5 Zaman Gupta (300-600 TM)

Zaman Gupta digelar sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Asal-usul Gupta tidak begitu jelas dan dipercayai suatu keluarga tuan tanah beransur-ansur menguasai arena politik kawasan Magadha, tinggalan empayar Maurya. Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi, suatu puak ternama dan mengambil gelaran Maharajadhiraja. Puteranya, Samudra Gupta yang menaiki takhta pada tahun 335 telah meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga raja-raja di timur dan selatan tunduk serta membayar ufti. Baginda mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep devaraja dan asamedha, meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran yang cekap. RajaMeghavarnadari Ceylon (352-379) telah meminta kebenaran untuk membina biara dan rumah rehat di Bodh Gaya bagi orang- orang Ceylon yang berziarah ke tempat suci ini.

Chandra Gupta II yang menerajui kepimpinan pada tahun 380 telah menewaskan kerajaan Shaka dan merampas kawasan barat India tetapi kawasan Deccan di bawah dinasti Vakataka tidak dapat ditakluki. Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan raja Vakataka, Rudrasena II, dan hubungan persahabatan terus dikekalkan. Rudrasena II meninggal dunia lima tahun kemudian dan balunya (anak perempuan Chandra Gupta) memangku takhta kerajaan dari tahun 390-410. Kerajaan Vakataka menjadi sebahagian empayar Gupta. Chandra Gupta II menggunakan gelaran Vikmmaditya (matahari kegagahan) tetapi pemerintahannya lebih diingati kerana naungannya terhadap bidang kesusasteraan dan kesenian. Fa Hsien, seorang Buddhis China yang melawat India dari tahun 400 hingga 411 bertujuan untuk mengutip teks-teks, dan manuskrip-manuskrip Buddhisme, dan belajar di biara-biara India, melalui catatannya telah menggambarkan India sebagai satu negara aman dan damai.

Pemerintahan Kumara Gupta (415-454) dan Skanda Gupta (454-467) telah menghadapi cabaran dan serangan dari puak Hun (dari Asia Tengah di sempadan China) yang telah menguasai kawasan-kawasan dari Persia hingga ke Khotan. Sebahagian dari puak Hun yang pernah berperang dengan puak Yueh- chi telah bermigrasi ke barat dan disebutkan dalam catatan sejarah Rom dan Greek sebagai Hun Putih. Kumpulan Hun yang datang ke India dikenali sebagai Huna dan Raja Huna pertama yang memerintah India Utara sehingga Eran di India Tengah ialah Toramana. Puteranya, Mihirakula tidak begitu popular dan membenci agama Buddhisme. Kedatangan puak Hun menyebabkan pergerakan penduduk-penduduk yang mempunyai latar belakang etnik yang berlainan yang mula mendiami kawasan India Utara, barat dan selatan. Rekod-rekod Sung- Yun (duta China ke kerajaan Hun) member! gambaran keganasan dan kezaliman kerajaan pimpinan Mihirakula. Kuasa Hun di India mula merosot pada akhir kurun ke-6 bukan kerana tentangan raja-raja India tetapi kerana orang-orang Turki dan Persia menyerang Bactria yang berada di bawah kawalan Hun (563- 567).

Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah kerajaan iaitu, Gupta di Magadha, Maukhari di Uttar Pradesh barat, Pushyabhuti di Thanesar (di utara Delhi) dan Maitraka (asal-usul Persia) di Gujarat. Kerajaan Maukhari menewaskan Gupta dan mengadakan hubungan kekeluargaan dengan Pushyabhuti. Keluarga Pushyabhuti menjadi kuasa penting dan selepas kemangkatan raja Maukhari, pemerintah Pushyabhuti iaitu Harsha telah menggabungkan kedua-dua kerajaan ini. Manakala kerajaan Maitraka kekal sehingga pertengahan kurun ke-8, tetapi kemudian menghadapi serangan dari orang-orang Arab.

Walaupun pengasas kerajaan Pushyabhuti ialah Prabhakara-vardhana tetapi pemerintah yang termashyur ialah Harsha-vardhana atau Harsha. Harsha memulakan pemerintahan pada tahun 606, meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga Punjab, Kashmir, Nepal dan Valabhi di barat laut dan utara. Perjuangan untuk menakluki kawasan-kawasan Deccan gagal kerana ditewaskan oleh Pulikeshin II dari kerajaan Chalukya. Harsha menubuhkan sebuah kerajaan yang cekap dan mengadakan hubungan luar dengan negara China sehingga Maharaja Tang Tai Tsung menghantar dua duta.

14.3.6 Zaman Sangam

Di India Selatan, rekod-rekod kesusasteraan Sangam memberi gambaran jelas tentang peristiwa-peristiwa politik. Kerajaan-kerajaan Chera di barat, Chola di timur dan Pandya di selatan sering berperang antara satu sama lain. Pada tahun 200SM, kerajaan Chola telah menakluki dan memerintah Ceylon Utara sehingga dihalau oleh Raja Sinhala Duttagamini. Masyarakat India Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara melalui kawasan Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara barat seperti Romawi dan Greek. Chola mengendalikan perdagangan Lautan India, membina kapal- kapal besar dan kecil yang digunakan dalam pelayaran ke rantau Asia Tenggara. Kewujudan pelabuhan atau pangkalan kapal, dermaga, menara api, pejabat kastam dan bangunan membuktikan terdapatnya perdagangan luar (antarabangsa). Kapal-kapal Yavana (dari Asia Barat dan Laut Mediterranean) berlayar ke Kaveripattinam untuk berdagang atau bertukar barang (barter) mereka dengan barangan dari Asia Tenggara dan China. Petempatan Romawi bertarikh kurun pertama sebelum Masihi dibuktikan dengan penemuan syiling- sylling emas Augustus, Tiberius dan Nero di Arikamedu. Kepentingan Arikamedu dan Kaveripattinam dalam perdagangan lautan boleh dibandingkan dengan kepentingan Bharukachcha dan Taxila di barat laut India yang mengendalikan perdagangan luar dari Persia, Afghanistan dan Asia Tengah.

14.3.7 Zaman Pallava (600-900)

Selepas zaman Sangam (300SM-200 TM) sejarah India selatan amat kabur sehingga dirujuk sebagai zaman gelap. Namun begitu, terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan mementingkan bahasa Sanskrit. Dari keterangan-keterangan kitab-kitab Buddhisme kita dapat mengetahui bahawa raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan-kegiatan agama Buddha dan penyair-penyair Buddha telah mendapat layanan yang baik. Cara pemerintah Kalabhra mengembangkan agama Buddha telah membangkitkan kemarahan orang-orang Tamil yang menyifatkan mereka sebagai raja-raja yang zaiim (kali amsar). Selepas pemerintahan Accuta, kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta mengusir golongan Kalabhra. Raja Pandya Kandungon menewaskan Kalabhra pada tahun 575 dan menamatkan pemerintahan golongan ini yang telah berkuasa selama tiga ratus tahun di India Selatan. Walaupun zaman Kalabhra digelar zaman gelap terdapat beberapa sumbangan penting (istimewa) yang berlaku. Selain daripada Perhimpunan Penyair-penyair Jain (Sangam Jain) yang diadakan pada 470, dipercayai karya-karya etika Tamil yang disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli disusun pada zaman ini. Zaman berikutnya iaitu dari pertengahan kurun ke-6 sehingga kurun ke-9 dalam sejarah India Selatan memperlihatkan peperangan di antara tiga buah kerajaan yang cuba meluaskan wilayah masing-masing. Antara ketiga-tiga kerajaan ini, iaitu Chalukya dari Badami, Pallava dari Kanchi dan Pandya dari Madurai. Dinasti Pallava telah dapat menguasai negeri Tamil. Oleh kerana raja-raja Pallava menggunakan gelaran seperti kadavar, kadavarkon dipercayai mereka yang meneroka hutan serta menubuhkan bandar dan kampung. Dinasti Pallava telah melalui tiga zaman, iaitu Pallava Awal (250-340), Pallava Pertengahan (340-595) dan Pallava Akhir (575-900). Zaman Pallava Awal, kita dapat mengetahui bahawa Raja Sivaskandavarman yang merupakan pemerintah terkemuka memerintah dari Kanchi, merasmikan upacara-upacara asvamedha, vajapaya dan agnishtoma dan mementingkan bahasa Prakrit dan Sanskrit. Kepingan pinggan tembaga dan inskripsi-inskripsi batu menggunakan bahasa-bahasa ini. Zaman Pallava Pertengahan, dipenuhi dengan peperangan menentang Gupta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola. Raja Vishnugopan adalah salah seorang pemerintah yang menentang serangan Gupta dari utara, dan agama Buddhisme dan Jainisme diberikan keutamaan pada zaman ini. Zaman Pallava Akhir pula merupakan zaman kegemilangan dinasti Pallava bukan sahaja kerana penguasaan kawasan India Selatan tetapi juga kerana beberapa perkembangan signifikan yang berlaku.

Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan bhakti iaitu mazhab Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi. Terdapat raja- raja Pallava yang telah memeluk agama-agama ini, memberikan keutamaan kepada bahasa Tamil dan terlibat dalam pembinaan kuil-kuil Hindu. Kebanyakan golongan nayanmar (wali-wali mazhab Saivisme) dan alvar (wali-wali mazhab Vaisnavisme) telah hidup pada zaman ini dan menyumbangkan kepada penyebaran mazhab-mazhab ini.

Pembinaan kuil-kuil berlaku secara besar-besaran dan seorang pengembara Cina, Tsuan Tsang telah melawat Kanchi pada tahun 642. Dalam rekodnya, beliau menyatakan Kanchi mempunyai seratus buah vihara Buddhis serta sepuluh ribu orang rahib Buddhis, dan lapan puluh kuil Saivisme dan Vaisnavisme, dan agama Jainisme juga diamalkan. Terdapat tiga jenis kuil Hindu yang dibina iaitu kuil-kuil gua, kuil-kuil batu best dan kuil-kuil biasa yang dibuat dari pasir dan batu-bata. Raja Mahendravarman, Raja Narasimhavarman, Raja Rajasimhan dan Raja Nandivarman III adalah antara pemerintah-pemerintah terkemuka zaman Pallava yang memperbanyakkan pembinaan kuil-kuil Hindu dan meluaskan perdagangan luar. Kewujudan sebuah kolam Avani Naranan dan tempat berhala di negeri Thai yang dibina oleh pedagang-pedagang zaman Pallava menunjukkan kepentingan perdagangan luar.

14.3.8 Zaman Chola (850-1200)

Selepas pemerintahan Kalabhra, kerajaan Pallava telah menjadi kuasa terpenting di kawasar. India Selatan. Manakala kerajaan Chola tidak dapat menebus atau memulihkan semula zaman kegemilangan mereka dan dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri. Chola merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memermtah kawasan yang dikenali sebagai Rayalaseema.

Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan pembinaan sebuah kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada 850 merupakan langkah pertama ke arah kebangkitan semula kerajaan Chola. Kerajaan Chola muncul semula dari kemerosotan dan berkembang menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus lima puluh tahun. Raja-raja yang termasyhur dalam dinasti Chola adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga; dan pemerintah-pemerintahnya menggunakan gelaran Chakravarthigal. Kerajaan Chola melalui dasar perluasan kuasa, meluaskan wilayahnya sehingga meliputi seluruh kawasan India Selatan. Walaupun Tanjore dipilih sebagai ibu negeri utama tetapi selepas penaklukan kerajaan Pallava, Kanchi menjadi ibu negeri yang kedua pentingnya dalam empayar Chola.

Pemerintah-pemerintah Chola begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil- kuil, reklamasi tanah, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Mereka juga menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di rantau Asia Tenggara. Penemuan inskripsi Tamil di Takuapa, membuktikan kegiatan persatuan pedagang iaitu Manigaman bergiat dalam perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi ketenteraan dan serangan Rajendra Chola I pada tahun 1025 terhadap empayar Srivijaya membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan empayar itu yang menunjukkan dasar luar kerajaan China.

Secara bandingannya, bentuk pemerintahan Chola adalah lebih kurang sama dengan kerajaan Pallava iaitu empayar dibahagikan kepada beberapa wilayah, daerah dan kampung. Pentadbiran kampung dikendalikan oleh jawatankuasa eksekutif yang dilantik oleh majlis besar. Ada juga jawatankuasa (variyam) yang ditubuhkan untuk tugas tertentu dan ahli-ahli jawatankuasa dipilih dari wakil bahagian-bahagian kampung. Cukai tanah merupakan sumber kewangan kerajaan yang paling besar. Oleh yang demikian segala peraturan mengenai hak milik serta cukai hasil tanah dikendalikan secara terperinci. Semua kawasan yang dikenakan membayar cukai akan diukur dan ditentukan cukai berdasarkan kesuburan tanah itu serta jenis tanaman yang dihasilkan. Raja-raja Chola yang menganuti agama Hindu memainkan peranan penting dalam perkembangan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme. Banyak kuil-kuil dan matha (dewan awam) dibina serta melatih penyanyi-penyanyi untuk menyanyikan Timpadiyam di kuil-kuil. Dalam hal ini agama dapat dilihat melalui sifat tolak ansur raja-raja Chola yang membenarkan unsur-unsur Vaisnavisme dan Buddhisme pada hiasan kuil Saivisme. Selain itu, bantuan juga diberikan kepada kuil-kuil Buddhis dan Jain.

14.3.9 Hubungan India dengan Dunia Luar

Dalam persejarahan India sehingga zaman pertengahan berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan dunia luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula sejak zaman sebelum Masihi di mana pedagang-pedagang India belayar ke lautan Asia Tenggara mencari kekayaan termasuk rempah-rempah, kayu-kayuan, damar, emas dan lain-lainnya. Melalui kaedah arkeologi, carigali di Arikamedu di India Selatan, Oc-eo di Indo China, Kuala Selinsing di Perak menunjukkan kesan-kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara, kawasan India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh masihi. Inskripsi-inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (di selatan Thai) dan Labu Tuwa (Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syankat peniaga-peniaga India di Asia Tenggara.

Unsur-unsur budaya dan tradisi India yang dibawa oleh pedagang- pedagang ke Asia Selatan telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera dan seni rakyat ke rantau ini. Dalam sistem politik Asia Tenggara, unsur-unsur agama Hindu dan Buddha menjadi asas kerohanian bagi institusi kerajaan sehingga pihak pemenntah digelar sebagai devaraja. Pengaruh ajaran Saivisme terlihat pada candi yang mempunyai patung lingo, (lambang aspek kedewaan Siva) manakala pemerintah yang menganuti Vaisnavisme dianggap sebagai inkamasi Dewa Vishnu. Untuk memperkukuhkan dan mengesahkan konsep mengenai pemujaan devaraja, ianya dijalankan oleh pendita-pendita Brahmin atau sami-sami Buddha melalui nyanyian-nyanyian suci berbahasa Sanskrit dan Tamil di istana-istana raja. Nyanyian-nyanyian suci dari Tevaram dan Tiruvacakam masih diamalkan sehingga kini di Thailand semasa upacara pertabalan raja. Manakala, pengaruh agama Buddha dapat dilihat pada candi BorobudurdiPulauJawa dan candi Angkor Thorn di Kampuchea.

Dalam bidang kesusasteraan Asia Tenggara, pengaruh karya-karya epik Hindu dan cerita-cerita agama Buddha amat penting. Cerita-cerita Ramayana, Mahabharata danJataka menyediakan bahan-bahan penting untuk perkembangan tradisi kesusasteraan yang bercorak lisan dan bertulis. Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia dan Ramakien di Siam menunjukkan kepentingan cerita Sri Rama di kalangan penduduk Asia Tenggara. Cerita-cerita Ramayana dan Mahabharata telah memperkayakan lagi seni pertunjukan pentas seperti wayangkulit.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan bahasa-bahasa di Asia Tenggara diperkayakan melalui proses pinjam meminjam dari banyak perkataan dari bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil. la melibatkan dalam bidang ketatanegaraan, kekeluargaan, perdagangan, pengetahuan, keagamaan, fenomena semula jadi dan sebagainya.

Begitu juga dengan Sri Lanka (Ceylon), pengaruh India dapat dilihat pada masa agama Buddha disebarkan pada zaman Asoka dan kemudiannya menjadi agama rasmi, dalam seni bina seperti di Anuradhapura dan Polonnaruva, dalam seni lukis, seni ukir, seni tarian dan seni muzik. Manakala negara China tidak terkecuali dari pengaruh India terutama agama Buddha yang telah menggalakkan pengembara Buddhis Cina seperti Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I Tsing yang melawat India untuk belajar, mengkaji dan mengumpul kitab-kitab Buddhis.

14.4 SEJARAH ZAMAN PERTENGAHAN (1000-1756)

14.4.1 Zaman Muslim

India Utara tidak bebas daripada ancaman dan serangan luar sejak sebelum tahun Masihi. Kumpulan-kumpulan orang Greek, Scythia, Parthia dan Hun yang datang sebagai orang asing untuk memerintah India, akhirnya mereka telah diasimilasikan. Sebaliknya, kedatangan kumpulan-kumpulan Muslim (orang Islam) adalah berbeza kerana mereka dapat mengekalkan agama mereka di India.

Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu pertama, sehingga tahun 1000SM, hubungan pedagang-pedagang Arab dengan penduduk-penduduk India dari kawasan-kawasan pantai di India Selatan sehingga menyebabkan mereka memeluk agama Islam. Pengaruh politik mereka begitu kuat sehinggakan pedagang kuda dan peniaga Arab di Korkai dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Pandya. Kedua, pemelukan selepas penaklukan mula berlaku selepas kumpulan-kumpulan Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai kawasan-kawasan di India dan menubuhkan kesultanan- kesultanan mereka. Ini bermula dengan serangan-serangan Mahmud Ghaznih dari tahun 1008 hingga 1026 yang menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura dimusnahkan. Ini diikuti pula oleh serangan Muhammad Ghuri pada tahun 1191 dan pembukaan petempatan-petempatan di India Utara. Pada tahun 1206, Ghuri telah dibunuh oleh Qutb-ud-din Aibak, seorang pengikut (hamba) Ghuri yang kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi. Pemerintah-pemerintah dinasti Hamba (1206-1290) digantikan oleh dinasti Khiiji (1290 -1320), dinasti Tughluq (1320-1412), dinasti Sayyid (1412- 1450) dan dinasti Lodi (1451-1526).

Pemerintah Ibrahim Lodi diserang oleh Babur, dari keturunan Mongol Genghis Khan pada tahun 1526 yang mengasaskan kerajaan dan dinasti baru iaitu dinasti Mughal. Kerajaan Mughal menjadi termasyhur di bawah pemerintahan Akhbar. Sebelum tahun 1599 kawasan kekuasaan Mughal terbentang dari Kashmir di utara India sehingga Deccan di selatan. Akhbar telah menjalinkan hubungan baik dengan rakyat beragama Hindu melalui cara perkahwinan dengan melantik pegawai-pegawai Hindu memegang jawatan dalam kerajaan. Melalui tindakan ini, ianya dapat meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa baginda adalah ketua mereka. Untuk mengelakkan tentangan rakyat keturunan Afghan, Turki, Uzbek, Iran, Turani, Kayastha, Rajput dan Brahmin dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran. Baginda mengamalkan sikap toleransi terutama terhadap penganut Hindu dengan membatalkan cukai jizayah, memulihkan tempat-tempat suci Hindu, membenarkan isteri-isteri orang Hindu bersembahyang di istana-istana mereka, dan membenarkan orang Hindu membina kuil dan mengadakan upacara umum. Baginda juga menggalakkan penterjemahan Veda-veda, Ramayana dan Mahabharata, mempengerusikan sidang diskusi antara agama-agama dan cuba memperkenalkan agama Din -I- -lahi bertujuan untuk menyatupadukan penganut Hindu dengan penganut Muslim.

Dasar toleransi tidak lagi diutamakan oleh pemerintah-pemerintah selepas Akbar seperti Jahangir (1605-1627) yang menunjukkan penentangan rerhadap ajaranJain dan membunuh ketua Sikh, Guru Arjun; ShahJahan (1628- 1658) yang tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu dan menghalang mereka yang keluar dari Islam; Aurangzeb (1658-1707) yang memperkenalkan semula -izayah, memusnahkan kuil-kuil Hindu dan menggantikan pegawai-pegawai Hindu dengan pegawai-pegawai Muslim. Dasar-dasar ini menyebabkan kerajaan Mughal terpaksa menghadapi tentangan dari kumpulan-kumpulan Maratha, Peshwa, Sikh dan Rajput. Pada peringkat akhir pemerintahan Mughal, apabila kuasa British (Inggeris) menyerang kerajaan Muslim maka orang-orang Hindu ridak lagi memberikan sokongan. Kemenangan kuasa British dengan menakluki kawasan demi kawasan di India terutama di bawah pemerintahan Mughal kerana peranan tentera sepoi-sepoi India, yang berkhidmat dengan British.

Dalam hal kerajaan dan pentadbiran, sultan dianggap sebagai wakil Khalifah walaupun ia bebas dengan berautoriti sendiri. Dalam hal pentadbiran rerdapat kawalan atas kuasanya iaitu undang-undang Syariah. Pentadbiran sivil diketuai oleh wazir (menteri perdana) yang mengendalikan kutipan cukai, akaun dan perbelanjaan selain daripada menasihati sultan. Wazir menjaga hal pentadbiran kerajaan pusat di samping bersama dengan tiga menteri lain iaitu ketua jabatan tentera, ketua hubungan luar negeri dan ketua menjaga hubungan dalam negeri. Pentadbiran di peringkat wilayah diketuai oleh gabenor dengan beberapa jabatan pentadbiran manakala pentadbiran kampung dikendalikan oleh ketua kampung, akauntan (patwari) dan pendaftar (chauduri).

Serangan orang-orang Turki dan Afghan telah membuka India Utara kepada perdagangan dengan Asia Tengah yang kemudian diperkuatkan oleh kedatangan kumpulan Mongol. Golongan bangsawan menggalakkan pertukaran barang-barang India dengan barang-barang di pasar-pasar Asia Tengah, termasuklah tekstil Gujarat dan Bengal diekspot. Setiap bandar mempunyai pasar-pasar yang menjadi pusat pertemuan dan perniagaan di antara pedagang- pedagang dan ahli perniagaan. Di Delhi, wujud pasar-pasar yang menerima barangan dari dalam dan luar India menjadikan ianya termasyhur sehingga Ibn Batutta, seorang pengembara Arab menggambarkan Delhi sebagai bandar tercantik dalam dunia Muslim.

Bengal meneruskan hubungan perdagangan dengan rantau Asia Tenggara dan kapal-kapal India yang membawa rempah, tekstil dan lain-lain berdagang di Melaka dengan barang-barang yang dibawa dari Pulau Jawa, Borneo dan Kepulauan Maluku.

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan kemunculan satu budaya komposit natijah dari interaksi antara kemajuan di mana unsur-unsur Islam dan Hindu telah diterima pakai oleh orang Muslim di India. Dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam aspek bahasa, kesusasteraan, perubatan, astronomi, dan seni halus seperti muzik, tarian, seni bina dan lukisan, persajakan mahupun dalam agama dapat dilihat unsur-unsur campuran. Misalnya bahasa Urdu mempunyai nahu Prakrit dengan kata-kata Persia, Arab dan Turki dan ditulis dengan skrip Arab; dalam bidang muzik iaitu alat muzik sitar adalah gabungan vinai India Selatan dan tanbura Persia; dalam tarian kathak terdapat pakaian Persia dengan tema Hindu; dan dalam seni bina Turki, Afghan dan Mughal dapat dikesani unsur-unsur Hindu, Iran dan Jain. Agama Din-i-llahi yang diperkenalkan oleh Akbar, ajaran Kabir (1440-1518) dan Nanak (1469-1533) semuanya mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam dengan tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalinkan hubungan persahabatan atau perpaduan antara komuniti Muslim dan Hindu. Ajaran sufi dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan melalui kasihkan Tuhan juga telah mempengaruhi orang-orang Hindu. Apa yang harus diperhatikan di sini ialah kedatangan Islam ke India menyebabkan kemunculan budaya unik yang mengintegrasikan unsur-unsur Islam dengan unsur-unsur Hindu.

14.4.2 Kerajaan Vijayanagar (1336-1565)

Selepas empayar Chola lenyap pada awal kurun ke-13, sejarah India merupakan sejarah empat buah kerajaan yang muncul dari keruntuhan empayar-empayar sebelumnya. Kerajaan-kerajaan tersebut ialah Pandya, Hoysala, Kakatiya dan Yadavatetapi permusuhan di antara kerajaan-kerajaan ini; dan serangan orang- orang Muslim yang bermula pada hujung kurun ke-13 telah memporak- perandakan keempat-empat kerajaan itu sehingga keadaannya menjadi kucar- kacir. Keadaan kucar-kacir ini berubah dengan kemunculan, perkembangan dan perluasan kuasa oleh kerajaan Vijayanagar pada pertengahan kedua kurun ke-14. Kerajaan Vijayanagar telah berkembang menjadi satu empayar yang besar dan agung. Empayar ini telah mempertahankan kemaraan serta menyekat pemusnahan tradisi Hindu dari golongan Muslim dan mempelopori tradisi peradaban dan kebudayaan Hindu di India Selatan selama lebih kurang dua ratus tahun (1336-1570). Dengan ini mereka dapat memelihara tradisi yang diwarisi dari segi ketatanegaraan, pendidikan dan kesenian. Sejarah Vijayanagar merupakan zaman kegemilangan yang akhir di negeri Hindu di India Selatan.

Walaupun Harihara I menjadi pengasas empayar Vijayanagar yang menyumbangkan kepada penyusunan sistem pentadbiran; tetapi Krishnadeva Raya dianggap termahsyur bukan sahaja kerana ia merupakan seorang pahlawan dalam perang yang dapat meluaskan kawasan empayar tetapi juga kerana ianya pakar dalam ketatanegaraan dan pentadbiran di samping menjadi penaung seni dan sastera. Layanan yang diberi kepada rombongan-rombongan luar negara, perwatakannya sendiri serta cintanya kepada kesusasteraan dan agama, dan pembinaan kuil-kuil Hindu menjadikannya seorang pemerintah yang popular. Selepas kemangkatan Krishnadeva Raya, pemerintah-pemerintah Vijayanagar yang berikutnya tidak dapat menahan kuasa-kuasa Muslim untuk menakluki kawasan-kawasan India Selatan.

14.5 ZAMAN MODEN (1750-1947)

Kedatangan kuasa-kuasa Barat di India bermula dengan kedatangan dan penaklukan kuasa Portugis ke atas Goa (1510), kuasa Belanda (1602) dan diikuti oleh kuasa Perancis pada tahun 1664. Tetapi kemudiannya, kedatangan British pada tahun 1612 dan penaklukan kawasan-kawasan di India yang bermula sejak tahun 1750 merupakan permulaan zaman baru di negara ini. Penaklukan ini dilakukan dengan bantuan orang-orang dan askar-askar (sepoi-sepoi) India. Bagaimanapun kawasan seluas dua pertiga India tidak tertakluk kepada pemerintahan British dan kekal sebagai negeri-negeri beraja sehingga kemerdekaan India.

Pihak pemerintahan British telah membahagikan India kepada tiga presidensi iaitu Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan) untuk memudahkan pentadbiran. Presidensi diketuai oleh gabenor dan seorang Gabenor-Jeneral dilantik sebagai ketua pentadbiran India. Dasar politik, ekonomi, sosial dan budaya yang diperkenal dan dibentuk banyak dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin British di India dan England. Di kalangan pemimpin ada yang mengizinkan perubahan yang perlahan (evolusi) dengan menghormati tradisi-tradisi tempatan dan ada yang ingin mengEropahkan India. Akhirnya, dibentuk satu dasar yang merupakan satu gabungan pelbagai pendirian iaitu British menghormati budaya dan agama dengan memberi jaminan tidak akan campurtangan dalam hal-ehwal ini; memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris; dan memperkenalkan dan membentuk pentadbiran moden. Antara Gabenor- Jeneral British yang memerintah India ialah Warren Hastings (mengekalkan kuasa British dan memperkenalkan pentadbiran moden), Lord Dalhosie (dasar memperluaskan kawasan India-British), William Bentinck (memperkenalkan dasar pendidikan), Lord Curzon (dasar luar negara dan kecekapan pentadbiran), dan Lord Mountbatten (bertanggungjawab membahagikan India dan memberi kemerdekaan) adalah pentadbir-pentadbir yang terkenal.

Pada permulaan kurun ke-19, kerajaan British begitu mementingkan dasar perdagangan yang menguntungkan England termasuk dorong kerana Revolusi Perindustrian. Kesannya, barang-barang perkilangan buatan mesin dari England yang dieksport ke India secara besar-besaran menyebabkan barangan buatan India yang serupa mengalami kerugian besar kerana kegagalan untuk bersaing. Dalam arena politik, orang-orang India merasa tidak puas hati dengan tindakan British menakluki kawasan demi kawasan dengan tidak menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Semua ini menyebabkan berlakunya pergolakan sosial pada tahun 1857 dan pihak British menggunakan tindakan kekerasan untuk mengalahkan pemberontak-pemberontak. Kesan pergolakan politik ini, menyebabkan berlaku proses pembentukan semula di mana pihak British memperkuatkan kuasa tentera dan memperkenalkan undang- undang yang mengurangkan kebebasan orang India.

Dasar memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, peranan mubaligh Kristian dan pembaharu-pembaharu India telah menyakinkan orang India tentang reformasi sosial dan agama. Amalan-amalan dan adat-adat yang difikirkan tidak bersesuaian ditentang dan usaha-usaha dilakukan untuk memperbaiki kedudukan kaum wanita. Dalam hal ini, Brahma Samaj memainkan peranan penting dan Raja Ram Mohan Roy dianggap pula dianggap sebagai perintis dalam reformasi sosial dan agama.

Pertengahan kedua kurun ke-19 memperlihatkan kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India. Penubuhan pertubuhan-pertubuhan untuk memulihkan agama Hindu seperti Arya Samaj dan Ramakrishna Mission, peranan Brahma Samaj, Prarthana Samaj dan lain-lain pertubuhan membangkitkan kesedaran sosial tentang beberapa amalan dalam masyarakat. Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan perjuangan kebangsaan melalui Indian National Congress (1885) yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan usaha-usaha ini mula mengancam kedudukan British di India. Walaupun pihak British berusaha membahagikan orang-orang Hindu dan Muslim, tuntutan untuk kemerdekaan terus dibuat sehingga England terpaksa berundur dari tanah India pada tahun 1947. Dalam konteks ini, British telah memberikan kemerdekaan tetapi dengan membahagikan tanah India kepada dua bahagian. India untuk orang-orang Hindu dan mewujudkan negara Pakistan bagi memenuhi kehendak Liga Muslim yang mewakili orang-orang Muslim di India 14.1 ZAMAN PRASEJARAH

Zaman Batu Awal (Paleolitik) dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi yang membawa kita sehingga ke tahun 400,000SM, tetapi ketidakwujudan atau kekurangan lain-lain bukti telah menghadkan pengetahuan tentang kehidupan zaman ini. Berdasarkan penemuan jenis-jenis peralatan batu dapat disimpulkan bahawa aktiviti pemburuan dan mengumpul bahan-bahan makanan berlaku di tebing sungai. Pada zaman berikutnya, iaitu Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) penduduk India telah menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Bukti-bukti menunjukkan wujudnya konsep kehidupan selepas kematian, menghiasi badan, menggunakan binatang kecil dan penggunaan biji-bijian. Di Zaman Batu Baru (Neolitik), unsur-unsur zaman batu ini selaras dengan unsur-unsur zaman batu di beberapa kawasan lain di dunia. Bentuk budaya yang muncul di India menunjukkan alat-alat batu yang digilap, pertanian, penternakan, tembikar dan penggunaan kayu dalam pembinaan. Tinggalan-tinggalan zaman ini terdapat hampir di seluruh kawasan benua kecil India dan mereka telah mengetahui kaedah menghasilkan benang dan kain. Dalam konteks ini, tradisi Zaman Batu Baru dianggap sebagai pendahuluan kepada kemunculan tamadun Harrapa (3,000-1,500SM) di Lembah Sungai Indus.

14.2 ZAMAN PROTOSEJARAH

Zaman proto-sejarah di India bermula lebih kurang pada tahun 3,000SM di Lembah Sungai Indus. Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjo-daro (di daerah Larkana, Sind) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Sungai Indus telah mencapai suatu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Di Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2,400-2,300SM) dan ini membuktikan serta menyakinkan kita tentang perdagangan antarabangsa yang telah berlangsung ketika itu antara dua kawasan peradaban. Budaya Lembah Sungai Indus meliputi kawasan Punjab, Sind, utara Rajasthan dan kawasan Kathiawar di barat India. Penemuan-penemuan arkeologi di Harappa, Mohenjo- daro, Lothal, Kalibangan dan Dholavira di Lembah Sungai Indus menunjukkan bahawa India (tamadun Indus) juga merupakan perintis dalam pembentukan peradaban-peradaban dunia seiring dengan kemunculan tamadun Mesopotamia (Sumeria), tamadun Mesir dan tamadun Cina.

Walaupun tamadun Indus telah lenyap lebih kurang pada tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan lain terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam tamadun Indus digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam. Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan tamadun Indus. Di kawasan Gujarat, perdagangan laut memainkan peranan penting terutama di bandar-bandar iaitu Prabhaspatan, Broach dan Nagara. Ini merupakan rantaian dan kesinambungan kepada perdagangan Gujarat.

Lebih kurang pada tahun 600SM, penubuhan republik dan negeri-negeri beraja di kawasan utara India telah membawa sejarah tamadun India ke satu tahap yang penting. Repubik-republik terletak di kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab manakala negeri-negeri beraja terletak di kawasan Sungai Ganges.

Walaupun pengasas kerajaan Pushyabhuti ialah Prabhakara-vardhana tetapi pemerintah yang termashyur ialah Harsha-vardhana atau Harsha. Harsha memulakan pemerintahan pada tahun 606, meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga Punjab, Kashmir, Nepal dan Valabhi di barat laut dan utara. Perjuangan untuk menakluki kawasan-kawasan Deccan gagal kerana ditewaskan oleh Pulikeshin II dari kerajaan Chalukya. Harsha menubuhkan sebuah kerajaan yang cekap dan mengadakan hubungan luar dengan negara China sehingga Maharaja Tang Tai Tsung menghantar dua duta. 14.3.6 Zaman Sangam

Pembinaan kuil-kuil berlaku secara besar-besaran dan seorang pengembara Cina, Tsuan Tsang telah melawat Kanchi pada tahun 642. Dalam rekodnya, beliau menyatakan Kanchi mempunyai seratus buah vihara Buddhis serta sepuluh ribu orang rahib Buddhis, dan lapan puluh kuil Saivisme dan Vaisnavisme, dan agama Jainisme juga diamalkan. Terdapat tiga jenis kuil Hindu yang dibina iaitu kuil-kuil gua, kuil-kuil batu best dan kuil-kuil biasa yang dibuat dari pasir dan batu-bata. Raja Mahendravarman, Raja Narasimhavarman, Raja Rajasimhan dan Raja Nandivarman III adalah antara pemerintah-pemerintah terkemuka zaman Pallava yang memperbanyakkan pembinaan kuil-kuil Hindu dan meluaskan perdagangan luar. Kewujudan sebuah kolam Avani Naranan dan tempat berhala di negeri Thai yang dibina oleh pedagang-pedagang zaman Pallava menunjukkan kepentingan perdagangan luar. 14.3.8 Zaman Chola (850-1200)

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan kemunculan satu budaya komposit natijah dari interaksi antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan Hindu telah diterima pakai oleh orang Muslim di India. Dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam aspek bahasa, kesusasteraan, perubatan, astronomi, dan seni halus seperti muzik, tarian, seni bina dan lukisan, persajakan mahupun dalam agama dapat dilihat unsur-unsur campuran. Misalnya bahasa Urdu mempunyai nahu Prakrit dengan kata-kata Persia, Arab dan Turki dan ditulis dengan skrip Arab; dalam bidang muzik iaitu alat muzik sitar adalah gabungan vinai India Selatan dan tanbura Persia; dalam tarian kathak terdapat pakaian Persia dengan tema Hindu; dan dalam seni bina Turki, Afghan dan Mughal dapat dikesani unsur-unsur Hindu, Iran dan Jain. Agama Din-i-llahi yang diperkenalkan oleh Akbar, ajaran Kabir (1440-1518) dan Nanak (1469-1533) semuanya mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam dengan tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalinkan hubungan persahabatan atau perpaduan antara komuniti Muslim dan Hindu. Ajaran sufi dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan melalui kasihkan Tuhan juga telah mempengaruhi orang-orang Hindu. Apa yang harus diperhatikan di sini ialah kedatangan Islam ke India menyebabkan kemunculan budaya unik yang mengintegrasikan unsur-unsur Islam dengan unsur-unsur Hindu.

Pertengahan kedua kurun ke-19 memperlihatkan kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India. Penubuhan pertubuhan-pertubuhan untuk memulihkan agama Hindu seperti Arya Samaj dan Ramakrishna Mission, peranan Brahma Samaj, Prarthana Samaj dan lain-lain pertubuhan membangkitkan kesedaran sosial tentang beberapa amalan dalam masyarakat. Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan perjuangan kebangsaan melalui Indian National Congress (1885) yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan usaha-usaha ini mula mengancam kedudukan British di India. Walaupun pihak British berusaha membahagikan orang-orang Hindu dan Muslim, tuntutan untuk kemerdekaan terus dibuat sehingga England terpaksa berundur dari tanah India pada tahun 1947. Dalam konteks ini, British telah memberikan kemerdekaan tetapi dengan membahagikan tanah India kepada dua bahagian. India untuk orang-orang Hindu dan mewujudkan negara Pakistan bagi memenuhi kehendak Liga Muslim yang mewakili orang-orang Muslim di India.