Latarbelakang Masyarakat Melayu -

10.1 KONSEP KEMAJUAN MELAYU

Kemajuan Melayu ialah sebuah kemajuan yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menajdi lingua franca atau bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan bahasa Melayu dengan kitab-kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.

Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu tergolong di dalam cabang Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Melanau, Sulu dan sebagainya. Cabang Melayu-Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu Keluarga Bahasa Austric, seperti berikut:


10.2 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT KERAJAAN DAN KEMAJUAN MELAYU

Kerajaan-kerajaan pra-Islam di Alam Melayu terbahagi kepada dua bentuk. Pertama, berbentuk agraria yang menjadikan kegiatan pertanian sebagai latarbelakang ekonomi negara. Antaranya ialah empayar Funan dan kerajaan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara dan Majapahit di Jawa. Kerjaan Funan merupakan negeri pertama yang menerima pengaruh kebudayaan India (Hindu- Buddha), sejak kurun pertama Masihi.

Seterusnya Funan telah berkembang menjadi kerajaan berbentuk maritim, iaitu bentuk kerajaan yang kedua, yang menjadikan kegiatan perdagangan laut sebagai latarbelakang ekonomi negara. Kerajaan demikian memiliki sebuah atau beberapa buah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot memainkan peranan penting sebagai pusat persinggahan pedagang-pedagang dan pengumpulan dan penyebaran barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya. Melalui peranan pelabuhan entrepot ini, pusat-pusat demikian menjadi pintu masuk pengaruh asing yang melahirkan interaksi antara kemajuan. Antara pelabuhan-pelabuhan entrepot dan kerajaannya ialah Oc Eo di Funan (kurun ke-2), Ligor dan Singora di Langkasuka (kurun ke-2), Lembah Bujang di Kedah (kurun ke-4), Kuala Selinsing di Perak (kurun ke-5), di Sumatra Kan-t'o-li (kurun ke-5), Jambi/Melayu (kurun ke-6/7) yang dicantumkan dengan Srivijaya di Palembang (kurun ke-7), Surabaya dan Tuban di Jawa Timur (pada zaman Airlangga kurun ke-11 dan kerajaan Majapahit kurun ke-13).

Srivijaya dari kurun ke-7 hingga ke-11 merupakan kerajaan maritim Melayu yang terpenting yang mendominasi seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara, Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Barat dan juga perairan Selat Malaka dan Selat Sunda. Di Pulau Jawa, empayar Majapahit di peringkat awal merupakan kerajaan berbentuk agraria di lembah Sungai Berantas, tetapi melalui dasar peluasan kuasa dan perdagangan ia bertukar menjadi kerajaan maritim terpenting dari kurun ke-13 hingga ke-15/16. Kemunculan dan pembinaan negara-negara kota dan kerajaan pada zaman ini telah menjadi pusat-pusat kepada pembinaan dan pembentukan kemajuan Melayu seterusnya.

10.3 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT KEMAJUAN MELAYU PADA ZAMAN ISLAM

Dalam konteks kemasukan atau kedatangan agama Islam ke rantau ini, terdapat tiga teori mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Teori-teori ini menunjukkan perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca kedatangannya, dan juga kawasan manakah yang menerima agama Islam. Teori pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan juga oleh Niemann dan de Hollander yang seterusnya mendapat sokongan "Seminar Masuknya Islam ke Indonesia" dan juga Prof. S. M. Naquib al-Attas. Pendapat ini berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan Alam Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah Arab. Ini diperkukuh dengan laporan yang menyatakan hakikat bahawa telah terdapat beberapa buah perkampungan atau koloni orang Islam berketurunan Arab di kawasan pantai timur dan barat Sumatera seperti tercatat dalam dokumen kerajaan China. Selain itu, S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Teori kedua menyatakan Islam dibawa daripada China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Teori ini dipelopori oleh seorang penults Sepanyol, Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti dan hujah rasional yang dikemukakan ialah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren,Jawa bertarikh 1082, dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303. Kesemua bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada kemasukan agama Islam ke negeri China. Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu.

Teori ketiga punca kedatangan Islam adalah daripada India melalui Gujerat. Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda Pijnappel yang diperkukuh oleh Snouck Hurgronje dan J. P. Moquette. Teori ini didasarkan pada bukti bahawa wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai iaitu batu nisan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di GrisekJawa dengan yang di Gujerat India namun ini ditentang hebat oleh G. E. Marrison. Pendapat ini diperkukuh dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India dengan rantau ini sejak zaman pra-Islam lagi. Apabila agama Islam bertapak kukuh di India, pedagang-pedagang India yang telah memeluk agama Islam, datang berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa Islam bersama-sama mereka dan menyebarkannya. Secara umumnya, ketiga-tiga teori ini telah membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke rantau Asia Tenggara dan ini telah membuahkan interaksi antara kemajuan.

Siapakah yang memainkan peranan dan, bagaimanakah agama Islam dapat tersebar di Alam Melayu? Peranan menyebarkan agama Islam telah dijalankan oleh beberapa golongan, iaitu para pedagang yang juga pendakwah (ada yang berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan zuriat penyebar Islam seterusnya). Juga golongan bangsawan tempatan yang terawal memeluk agama Islam, menyebarkannya kepada rakyat/pengikutnya. Para mubaligh, pendakwah, ulama dan ahli sufi juga berperanan menyebarkan Islam secara hikmah dengan akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana. Melalui penyebaran ini, maka muncullah kerajaan-kerajaan Melayu Islam seperti Perlak-Samudera-Pasai (840) dan kemudiannya kerajaan Islam Aceh (1507), Minangkabau (1500) di Sumatera, Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor-Riau-Lingga (1673), Patani di Selatan Thailand (1500); Brunei (1480), Sambas (1580); Demak (1450), Bantan (1572), Sunda Kelapa (1527) dan Mataram (1586) di Pulau Jawa, Makassar (1600), Ternate (1490), Sulu (1450) dan Magindanao (1490) di Indoesia timur. Manakala di Tanah Besar Asia Tenggara, muncul Campa di Indo-China. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini menunjukkan juga peranan yang dimainkan oleh raja dan golongan pemerintah melalui istana dengan memberikan naungan kepada Islam. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dan penegakan kemajuan Melayu di Alam Melayu.

Mengenai agama Islam itu sendiri, terdapat beberapa ciri istimewa yang menyebabkan ia dapat diterima dengan meluas oleh masyarakat Melayu di Alam Melayu. Ciri-ciri istimewa ini antaranya agama Islam merupakan agama yang mudah difahami, yang menekankan kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional dan logikal, yang mengutamakan akhlak dan kehalusan budi bahasa yang dianggap serasi dengan budaya orang Melayu.

Seperti yang dinyatakan, kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat kemajuan Melayu Islam terawal. Perlak merupakan kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan raja pertamanya, Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Samudera-Pasai pula telah muncul sekitar tahun 1042 sehingga tahun 1450 dengan raja pertamanya, Meurah Giri yang menggunakan gelaran Maharaja Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mukammil seorang ulama bernama Abdullah Ariff telah sampai dengan membawa kitab BahrLahut (Lautan Ketuhanan) yang membicarakan ilmu tasawuf. Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diislamkan dan diberi nama Sultan Malik al-Saleh oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan Melaka dan mengambil alih peranan penting sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam terutama di kawasan barat Alam Melayu sekitar kurun ke-17. Antara raja Aceh yang penting dan terkenal ialah Sultan Allaudin Ri'ayat Shah (1588-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606- 1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh raja- raja perempuan apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan sebagai pemerintah Aceh. Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain peranannya sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.

Di Semenanjung Tanah Melayu, Melaka muncul sebagai sebuah pusat kemajuan Melayu Islam yang menguasai persisiran Selat Melaka sekitar kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Melaka telah dibuka sekitar tahun 1400 oleh Parameswara, seorang keturunan Raja Srivijaya yang telah berundur dari Palembang apabila ianya diserang oleh kerajaan Jawa. Mula-mula baginda ke Temasik kemudian membuka Melaka yang seterusnya menerima Islam di tangan Makhdum Syed Abdul Aziz, seorang mubaligh dari Makkah sekitar 1414. Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada pertengahan kurun ke-15; menjadi pelabuhan perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk; juga sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam; dan melalui dasar peluasan kuasa (imperialisme) telah berjaya menguasai wilayah-wilayah di pesisiran Semenanjung dan juga bahagian timur Sumatera di persisiran Selat Melaka sehinggalah kejatuhan ibu kotanya di tangan kuasa Portugis pada tahun 1511.

Di Pulau Borneo, muncul sebuah pusat kemajuan Melayu Islam terulung iaitu Kesultanan Melayu Brunei sebagaimana kemunculan kerajaan Islam Aceh dan Kerajaan Johor-Riau-Lingga. Brunei dikatakan menerima Islam apabila rajanya bernama Awang Alak Betatar memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad (1363-1402, setengah pengkaji mengatakan pada 1480) Namun penemuan batu nisan bertarikh tahun 1048, menunjukkan wujudnya penempatan orang Islam lebih awal lagi di kawasan ini. Sebagaimana Aceh yang mengambil alih peranan Melaka, Brunei juga menjadi lebih teguh dan berkembang menjelang kurun ke-16 terutama selepas kejatuhan Melaka. Ini didorong oleh tindakan pedagang-pedagang dan penyebar (mubaligh) agama Islam yang telah mencari pelabuhan alternatif selain Melaka yang terletak di bawah penguasaan kuasa Portugis yang beragama Kristian. Kekuasaan dan pengaruh Brunei telah berkembang sampai ke Kepulauan Filipina (Sulu, Luzon, Mindanao) sehinggalah wilayah-wilayah ini jatuh ke tangan kuasa Sepanyol, dan di bahagian utara Pulau Borneo pula iaitu pantai barat Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pihak Inggeris.


Berdasarkan kemunculan dan peranan kerajaan-kerajaan Melayu Islam atau pusat-pusat kemajuan Melayu Islam itu, ternyata kejatuhan Melaka telah mendorong kemunculan puat-pusat itu secara bertaburan hampir di setiap pelosok kawasan di rantau ini. Pusat-pusat kemajuan Melayu Islam ini mengambil alih peranan Melaka, walaupun kemunculannya tidak dapat menyaingi Melaka kecuali kerajaan Islam Aceh.

10.4 KESAN-KESAN KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Kedatangan dan penerimaan agama Islam telah membuahkan beberapa ciri utama dalam kemajuan Melayu sebagai kesan atau natijah terpentingnya. Mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah telah diperkenalkan dengan meletakkan 'sultan' sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam pelaksanaan pentadbiran, sultan dijadikan 'Khalifah Allah di bumi' dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri daripada alim ulama dan mufti. Undang-undang yang berdasarkan hukum syariah telah diperkenalkan walaupun ia tidak secara menyeluruh, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Hukum Kanun Melaka di zaman Melaka dan Batu Bersurat Terengganu 1303. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah iaitu kuasa Portugis, Sepanyol, Belanda, dan kemudiannya Inggeris untuk menakluki dan mendominasi pusat-pusat kemajuan Melayu telah memunculkan dan meningkatkan semangat jihad di kalangan masyarakat Islam untuk menentang kuasa-kuasa Eropah yang beragama Kristian ini. Persaingan dan pertembungan antara pusat kemajuan Melayu Islam dengan kuasa Eropah Kristian menggambarkan penerusan siri Perang Salib tetapi berlangsung di kawasan dunia timur.

Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan, dan pandangan semesta ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi antaranya ialah pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren atau di masjid-masjid dan surau-surau telah wujud. Ini menunjukkan semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama ajaran Islam. Kesannya, muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat kemajuan Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.

Mengenai kehidupan masyarakat Melayu di pusat-pusat kemajuan Melayu Islam ini, mereka juga menerima kesan daripada pancaran kemajuan Islam ini. Antaranya institusi kesultanan dan sultan sebagai 'Khailfah Allah di bumi' atau Khalifatullahfi l-Ardhi bagi menggantikan sistem beraja berteraskan pengaruh


kosmologi Hindu-Buddha. Sultan menerima nasihat dan panduan daripada golongan alim ulama dan mufti termasuk dalam melaksanakan undang-undang syariah terhadap masyarakat tersebut.

Secara umumnya, pusat-pusat kemajuan Melayu Islam ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan ini secara langsung meletakkan kemajuan Melayu di dalam jaringan kemajuan Islam global yang berhubungan dengan kerajaan Uthmaniah Turki, Safawiyah Parsi, Mughal India dan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah dan Afrika. Walaupun terletak di dalam lingkungan jaringan kemajuan Islam global, kemajuan Melayu dari sudut kebudayaan temyata terus berkembang subur dan bersifat dinamik dengan menyerap unsur-unsur tempatan selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan syariah Islam yang berteraskan konsep Tauhid atau 'mengesakan Allah s.w.t.'

10.5 PANDANGAN SEMESTA MELAYU PRA-ISLAM DAN PADA ZAMAN ISLAM

10.5.1 Masyarkat Melayu Praagama Hindu dan Buddha

Menurut persejarahan awal di rantau Alam Melayu ini, sistem kepercayaan masyarakat peribumi berasaskan 'animisme' dan 'dinamisme'. Sistem kepercayaan animisme bermakna kepercayaan bahawa setiap benda (objek) ada jiwa, roh dan semangat yang mempunyai perwatakan sendiri. Kepercayaan ini pula telah melahirkan peraturan atau pantang larang tertentu dalam sesuatu masyarakat. Sistem kepercayaan dinamisme ialah kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan, benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk kepada manusia. Kepercayaan dinamisme ini melahirkan magis iaitu penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan perbuatan atau upacara tertentu yang dilakukan oleh bomoh dan pawang, sehingga tenaga ghaib itu dapat dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau untuk kerugian kepada orang lain.

Dalam masyarakat Melayu tradisional ini, juga wujud kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dinamakan hyang yang seerti dengan poyang atau moyang. Roh nenek moyang ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Oleh itu roh nenek moyang itu perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyajian. Hyang itu juga ada yang dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang perlu dipuja dan disembah, maka timbullah istilah semhahyang iaitu menyembah roh jelmaan luhan. Dalam konteks ini, pawang, bomoh dan dalang merupakan peribadi-peribadi perantara yang boleh menghubungi hyang itu melalui upacara- upacara tertentu berbentuk pemujaan atau penyembahan iaitu jampi, serapah, penyajian, penyembelihan, pewayangan, perbomohan dan sebagainya.


Namun begitu dalam sistem kepercayaan pra-Hindu-Buddha ini, ada pendapat yang mengatakan bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa di Alam Melayu. Bahawa perkataan 'Tuhan' itu sendiri berasal daripada perkataan 'tuha-an' iaitu gandingan perkataan 'tuha' yang bermaksud 'tua' danakhiran'an'; 'tuhan' membawa maksud 'yang paling tua' dan yang tidak berpermulaan'. Maka timbulah konsep Sang Hyang Tunggal yang bermaksud Tuhan yang Maha Esa', yang merupakan peninggalan daripada agama Tauhid yang dari permulaan (primordial) dibawa oleh para Nabi.

10.5.2 Pandangan Semesta Melayu Pengaruh Agama Hindu dan Buddha

Dengan kedatangan agama Hindu-Buddha di rantau Alam Melayu ini, upacara dan penyembahan keagamaan menjadi lebih tersusun dan berbentuk rasmi. Ajaran agama Hindu-Buddha juga telah mengalami proses sinkritisme atau penyerapan dengan kepercayaan tempatan yang asli untuk membentuk satu kepercayaan baru yang saling melengkapi. Namun begitu terdapat pandangan yang menyatakan kesan pengaruh Hindu-Buddha ini hanya berlaku pada lapisan atas masyarakat Melayu iaitu golongan pemerintah dan bangsawan sahaja tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu terutama di lapisan bawahan iaitu golongan rakyat jelata yang masih mengamalkan kepercayaan animisme dan dmamisme.

Mengenai aspek politik dan pentadbiran, pengaruh ini tidak benar-benar melibatkan keseluruhan doktrin atau ajaran murni yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli yang luhur itu. Hanya yang dipentingkan ialah perkara- perkara yang membesarkan dewa-dewa supaya dapat dikaitkan dengan kedudukan dan status raja sebagai penjelmaan dewa-dewa seperti yang telah diungkapkan oleh konsep 'dewaraja'. Melalui konsep ini, kedudukan raja-raja dari aspek spiritual dan peranan fizikal diperkukuhkan melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja-raja sebagai peribadi yang luhur, suci dan kudus.

Mengenai aspek kesusasteraan dan aestetik, ternyata ajaran agama Hindu dan Buddha yang lebih diutamakan bukan aspek rasional dan intelektual yang bersendikan akal budi dan pengetahuan akiiah. Oleh yang demikian, pengaj aran daripada kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabarata, Bhagavad Sita dan Baratayudha, bukan aspek falsafah dan penghujahan metafizik yang rasional yang diutamakan; tetapi aspek-aspek kesenian, keindahan, keromantisan, keharuan, keagungan dan ketakjuban yang lebih ditekankan. Juga unsur-unsur kesusasteraan Hindu dari segi epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan yang ditekankan menjadi amat popular di kalangan golongan bangsawan di istana dan kraton di rantau Alam Melayu. Maka muncullah epik Hikayat Sri Rama (daripada Ramayana), Hikayat maharajaRawana (daripada Ramay ana), Hikayat Pendawa (daripada Mahabharata) dan lain-lain.


Namun begitu, kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu ini seperti sistem penglapisan masyarakat (sistem kasta) yang memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah menular ke dalam sistem sosial kelompok Melayu.

10.5.3 Pandangan Semesta Melayu dan Pengaruh Agama Islam

Bagi masyarakat Melayu, pandangan semesta Melayu' berpusat kepada manusia (man-centered), bertitik-tolak kepada tanggapan mereka terhadap alam sama ada alam nyata (fizikal) atau alam ghaib (spiritual); dan mengenai kehidupan mereka sama ada dari segi sosial dan bukan sosial. Konsepsi 'adat yang sebenar adat' (iaitu hukum alam) merupakan contoh terbaik pandangan semesta manusia Melayu sebagaimana digambarkan di dalam pepatahnya iaitu 'adat air membasah, adat api membakar, adat angin menyejukkan'. Manusia Melayu juga di dalam alam ini terdapat makhluk lain dan ada manusia lain yang wujud di samping mereka. Keseluruhan kedinamikan hubungan sosial sesama manusia melahirkan sistem budaya, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik dan sebagainya. Begitu juga apabila manusia Melayu berinteraksi dengan alam maka ini akan melahirkan satu konsep yang cukup pentinguntuk mendasari kehidupan mereka, iaitu 'peng

 alam

 an (pengalaman)'. Interaksi dengan alam juga membolehkan manusia Melayu memahami persoalan kosmologi mereka sama ada yang berbentuk makrokosmik yang luas dan tinggi (alamjagat raya) atau berbentuk mikrokosmik iaiatu alam kecil (diri manusia).

Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu sebenarnya telah memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlakunya proses pentakrifan semula tentangnya. Ayat-ayat di dalam kitab suci Al-Quran bukan sahaja ditafsirkan untuk mengetahui segala rahsia tersembunyi dalam kewujudan Tuhan, tetapi juga untuk mengukuhkan keyakinan, ketakwaan, dan ketauhidan mereka kepada Allah s.w.t. Konsep tauhid mengandungi Tauhid Rahuhiyah iaitu mempercayai Tuhan yang esa sebagai Rabb Pencipta, Pemilik dan Pentadbir yang tunggal bagi alam ini, dan juga Tauhid 'Uludiyah iaitu penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Tuhan yang satu bukan kepada dewa-dewa, roh dan semangat. Juga terangkum dalam konsep tauhid ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk memanfaatkan manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau bukti bagi wujudnya Rabbul'alamin Tuhan Semesta Alam. Juga dikaitkan dengan konsep tauhid tentang kejadian manusia sebagai hamba Tuhan atau 'Abdullah, dan sebagai wakil Tuhan di alam dunia ini atau Khalifatullahfi l-Ardhi. Juga agama Islam memasukkan kepercayaan kepada alam akhirat sebagai natijah atau hasil daripada kehidupan manusia di alam dunia ini, sebagai sebahagian daripada pandangan semesta Melayu. Amalan yang baik di dunia bukan sahaja memanfaatkan kehidupan di dunia tetapi lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat sebagai natijah atau hasil yang muktamad. Demikian juga segala amalan yang jahat akan mendatangkan keburukan kepada pelakunya baik di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti sebagai balasan muktamadnya.

Lantaran pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia Melayu {man-centered), dan menyedari bahawa seluruh hidup mereka juga berfokus dan terarah kepada Tuhan (god-centered), maka manusia Melayu menyedari dan menyakini bahawa Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani. Justeru itu, pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan kepada 'hablumminallah' (hubungan manusia dengan Allah s.w.t.) dan 'hablumminannas' (hubungan manusia dengan manusia).